Wednesday, April 17, 2013

#Revise: Muslihat Dan Tipu Helah Lajim-Bumburing #PRU13


Apakah ada muslihat politik lebih besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing kerana dalam politik, tiada siapapun boleh menang jika permainan politik dilakukan sendirian malah kemenangan dalam politik ditentukan oleh kumpulan berserta massa yang mendokongnya.

Apakah Lajim dan Bumburing merupakan` prime mover’ kepada gelombang lebih besar? Siapa-siapa kah yang terlibat di mana pada masa ini masih bermain di belakang layar kerana dalam sejarah politik Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai muslihat yang lebih besar dibelakangnya.

Tahun 1976, Tun Mustapha dengan Usnonya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri, apabila Menteri Kewangan masa itu-Datuk Harris Salleh menubuhkan parti Berjaya dan mendapat kerjasama dibelakang tabir daripada pemimpin pusat serta TYT masa itu- Tun Mohd Fuad Stephen.

Demikian juga pada tahun 1985, apabila Berjaya ditumpaskan oleh PBS, apabila Pairin dipecat daripada Berjaya kemudian disertai oleh kumpulan pemimpin parti Berjaya.

Peristiwa yang sama berulang pada tahun 1994, apabila tiga orang pemimpin PBS keluar parti menyertai BN, yang mengakibatkan jumlah ADUN PBS di DUN Sabah menjadi minoriti, akibatnya BN membentuk kerajaan dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah-atas ilham mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad.

Apakah keadaan yang sama berulang dengan tindakan Lajim dan Bumburing? meskipun caranya berbeza, kerana tindakan dua pemimpin BN ini tidak mengubah status quo kerajaan.

Kita sama-sama maklum, bahawa mandat kerajaan sekarang akan berahir pada Mac,2013-yakni berbaki 7 bulan lagi, atas sebab itu pilihanraya umum perlu diadakan. Ada yang memperkirakan, bahawa PRU-13 akan diadakan selepas bajet yang dibentangkan pada ujung September ini di Dewan Rakyat.

Dipihak BN, ramai yang meremehkan tindakan Lajim dan Bumburing; malah ada yang mengucapkan selamat berjuang kepada mereka. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada performance BN pada PRU-13 akan datang.

Yang pasti itulah anggapan para pemimpin BN, kerana tiada siapapun tahu movement dua pemimpin itu-apakah mereka merupakan prime mover kepada gelombang yang lebih besar.

Sejak tahun 2008, memang tidak dapat dinafikan ada beberapa pemimpin BN yang bersuara lantang, antaranya Timbalan Presiden LDP, MP Kalabakan dan ADUN Pantai Manis serta Presiden UPKO; selain daripada mereka itu, keadaan adalah under control di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman.

Di pihak pembangkang pula memberi gambaran bahawa gerakan bermula daripada Tuaran dan Beaufort, kononnya akan menukar lanskap politik Sabah pada PRU-13 akan datang. Malah anggapan mereka itu disokong oleh seorang ahli akademik daripada UiTM cawangan Sabah, Arnold Poyuk, kononnya BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang tersedia.

Telah disebutkan diawal tulisan ini, dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.

Lajim dan Bumburing adalah mantan pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.

Melihat kepada kadar pembangunan kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan yang ada, adalah hasil dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd Bumburing).

Mengkaji rekod perkhidmatan kedua-dua pemimpin (Lajim dan Bumburing) tiadapun yang perlu rakyat banggakan, kecualilah segelintir pengikut yang mendapat habuan.

Walau apapun-dalam politik semuanya boleh berlaku, namun berasaskan kepada keadaan semasa, jika hanya mereka berdua yang bertindak melawan arus, percayalah impak yang boleh memudaratkan BN tidak akan berlaku.


Sumber: STJ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...