Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

RAKYAT SABAH DIMINTA TOLAK PR #PRU13

Oleh : HAYATI DZULKIFLI



KOTA KINABALU: Penyandang Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, yang merupakan seorang Ahli Parlimen bebas Pro-Barisan Nasional (Pro BN), berkata mengundi Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bermakna mengundi bencana.

Beliau berkata, rakyat Sabah mesti menolak Anwar pada 5 Mei kerana mengundi untuknya akan menjejaskan masa depan pembangunan Negara dan generasi muda.

Ini kerana, katanya, Anwar hanya tahu membuat janji dan harapan kosong yang akan memperdayakan rakyat dan mengecewakan mereka kemudian.

“Saya pernah berada dalam PKR dan rapat kepada Anwar selama 12 tahun dan untuk itu, saya memanggil ‘Raja Janji’ kerana beliau sangat berkebolehan memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat tetapi tidak memenuhinya.

“Satu contoh jelas, Anwar berjanji kepada lebih 20 keluarga India di kg Buah Pala, Selangor seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2008 bahawa sebaik PR menjadi kerajaan, beliau berjanji untuk mengeluarkan geran tanah kepada keluarga-keluarga ini dalam tempoh dua minggu. Sehingga kini, janji kekal janji kosong dan menghancurkan harapan mereka untuk memiliki tanah.

“janji kosong PR yang paling diketahui ramai tidak membuat pembayaran elaun bulanan kepada ibu tunggal di Selangor dan ia disaman oleh mereka. Satu lagi janji, ia gagal mengeluarkan RM1,000 kepada setiap bayi baru lahir di Selangor termasuk kepada setiap pelajar yang meneruskan pengajian mereka di universiti,” katanya.

Gobalakrishnan berkata demikian dalam satu sidang media bersama dengan presiden Pakatan NGO Pro BN Zulkarnai Mahdar di sini pada selasa lepas.

Beliau antara penceramah dalam program Pakatan NGO Pro BN ‘Gerak Gempur: Membongkar pembohongan Anwar Ibrahim dan Bahaya Memilih Pakatan Pembangkang’ di Tamparuli, Tuaran dan daerah lain di Sabah.

Hadir sama adalah seorang penggiat politik merangkap bekas Pengarah Perhubungan PKR Sabah, Ronnie Klassen.

Gobalakrishnan, yang juga Presiden Perkemas, berkata Anwar melalui PR meminta perintah mahkamah untuk merobohkan sebuah kuil di Bukit Gasing, Selangor untuk memberi laluan bagi pembangunan di tanah itu.

“Bukan sahaja kuil, Anwar juga gagal menepati janjinya untuk membantu sebuah kuil di Selangor untuk memberi laluan bagi pembangunan di estet itu.

“Saya sangat kecewa beliau tidak memenuhi janjinya, malah meminta perintah mahkamah untuk merobohkan kuil itu.

“Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang terbukti merupakan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat di bawah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tanpa mengira agama, kaum dan budaya mereka,” katanya.

Selain itu, Gobalakrishnan turut mendedahkan bahawa Anwar juga sanggup melakukan apa saja untuk faedah politiknya seperti memberi ganjaran kepada ahli politik semata-mata untuk mendapat persekutuan politik dan sokongan mereka.

“Anwar juga pernah menggoda saya dengan satu projek bernilai RM440 juta untuk mengimport bahan api dari Arab Saudi ke India untuk saya kembali ke pihak pembangkang dan menyokongnya.

“Saya menolak projek untuk membeli saya itu kerana saya kenal Anwar…inilah yang beliau lakukan, membeli orang untuk menjadi sekutu politiknya.”

Beliau memberi amaran kepada rakyat Sabah supaya berwaspada terhadap manifesto pilihan raya PR yang hanya bertujuan memancing pengundi untuk mempercayai mereka. (DE)


Sumber: sabahkini

Saturday, April 13, 2013

Luahan Hati Seorang Rakyat Sabah


 
SAYA RAKYAT SABAH. APA KAU RASA?

Tersiar di mana-mana berita dan media sosial mengenai pembubaran parlimen. Beberapa hari kemudian di umumkan pula mengenai tarikh bagi rakyat untuk membuang undi 5 MEI 2013 bagi PRU13. Teruja..bukan apa..ini kali pertama saya mengundi..dan inilah kali pertama undi saya akan di gunakan bagi menentukan nasib negeri tercinta saya sendiri amnya dan negara ku tersayang khususnya..perghh..boleh tahan ayat saya ni..hehehe.... Dimana-mana org asyik bercerita mengenai pilihanraya kali ini…ada yang kata kali ini sangat sengit la..kali ini aura pilihanraya lain sikit la..macam-macam….dan….jeng jeng jeng….rasanya mau taip plak luahan hati dan pendapat dari saya insan kecil mengenai pandangan dan pemerhatian mata serta akal anugerah tuhan ini……penyokong kerajaan…ataupun pembangkang…sila jangan marah ya… ini pandangan…dan fahaman kita masing-masing…tidak ada wajib dan haramnya fahaman kita ini kerana ini adalah dari sudut pemikiran kita tersendiri…

Saya sangat bersyukur berada dalam negara kita Malaysia..apatah lagi saya lahir dan membesar di Negeri Bawah Bayu ini…sungguhpun kita berlainan fahaman politik…kita masih boleh duduk minum semeja…bercerita dengan mesra…tidak tahu di negeri lain tapi di Negeri Sabah ini..begitulah hakikatnya..sebab tu saya sayaaaaaaaaaangggg SABAH….mungkin kerana kami orang Sabah tidak terlalu ekstrem dalam berpolitik….org sabah..setuju kah?? Hehe…kalau ada yang tidak setuju mungkin bukan orang Sabah…

Sebagai pengundi baru…pengundi muda…dan hak mengundi saya…saya pilih untuk terus kekal bersama kerajaan sekarang….nah…tau suda la kan saya undi apa…tapi kamu tidak kenal siapa saya..jadi tidak kisah..saya masih boleh cakap undi saya rahsia juga lagi..hahaha…..orang sabah sekarang sedikit sebanyak sudah mula mempersoalkan kononnya kerajaan ini tidak bagus…tidak prihatin…tidak menepati janji…dan macam-macam lagi…telinga ini cukup banyak mendengar banyak ketidak puas hatian….sememangnya kita akui…kerajaan masih ada banyak benda yang perlu di perbaiki dari masa ke semasa…tidak akan perfect…tidak akan sempurna…sebagus mana pun kerajaan…mesti ada yang tetap tidak berpuas hati….hati berjuta rakyat dalam negara ni mana dapat di puaskan…itu lah yang harus kita faham…siapa pun yg memerintah…. Di mana kita ingin mencari kerajaan yang memberi pelbagai subsidi kepada rakyatnya…adakah anda mahu negara kita menjadi seperti negara-negara jiran kita..Indonesia? Thailand? Filipina? Maaf…saya tidak mahu….tidak mahu…..dan saya TIDAK MAHU….sememangnya janji kosong banyak di taburkan oleh pembangkang..kononnya PTPTN bakal di hapus sekiranya pembangkang menang…adakah kita terfikir apa akan jadi kepada ekonomi negara dan hutang yang di tanggung kalau betul ini terjadi? Saya seorang peminjam PTPTN tapi saya masih bleh berfikir dengan betul dan logic…kalau betul hapus…berapa ratus ribu peminjam PTPTN…yang setiap satunya meminjam puluhan ribu…jadi semuanya berapa? Selepas itu…maksudnya..pelajar akan terus belajar secara percuma di seluruh Universiti..Kolej2 swasta? Maaf…kurang logik…lingkup negara kita…saya pun befikir juga..kalau asyik begini senang…pinjam…selepas tu minta kerajaan tanggung hutang saya…kalau tidak saya tukar kerajaan…hahahahahaha….. Sudah di beri kemudahan pinjaman…untuk terus belajar…mahu plak kita lebih lagi…macam ni peribahasa la ba..beri betis..mo paha…sebab paha sedap sikit tengok kan..hahahah…kita kan manusia…dia tau apa kelemahan manusia…untuk menarik minat pengundi muda..maka janji ini di buat…KHAS UNTUK PENGUNDI MUDA….maka PENGUNDI MUDA…berfikir secara wajar dan logik…kemudian buat keputusan… Nasib negara di tangan KITA….KITA PENENTU….

Saya pelik dan hairan…mengapa orang begitu taksub dan percaya dengan seorang pemimpin bernama Anwar Ibrahim ni…kemudian saya lihat satu video ceramahnya…maka saya terus faham…mengapa dan kenapa…..hehehe…. Di akui beliau seorang pemimpin yang sangat pandai berkata-kata….sangat pandai menarik perhatian orang yang mendengar..dan percaya dengan apa sahaja yang keluar dari mulutnya…bukan apa…dia keluarkan fakta-fakta dengan begitu yakin dan teratur…dan membuatkan kita turut yakin....walhal kita belum selidik dengan betul dan berfikir apakah perkara di sebaliknya…..dan kalau pun betul apa yang di kata adakah kita berfikir mengapa kerajaan berbuat begini…beliau tidak bercakap mengenai MENGAPA kerajaan berbuat begitu…beliau tidak bercakap KESAN sekiranya janji yang di buat beliau di laksanakan…malah terus menerus menyalahkan kerajaan…. Contoh terdekat BR1M… sungguhpun BR1M ni membawa kesan yang baik kepada kita rakyat malaysia… ( saya sudah beli baju sama buku ni baucer..hahahaha)…walaupun benda ni baik..tetap juga ada orang cakap tidak baik…tapi mengambil juga la kan…malah konon apa lah juga rm500 ni..hahahahaha….ada yang terasa? Tengok iklan sana TV…nilai sendiri…betul kah tidak apa makcik tu cakap…DARIPADA TIADA..BAGUS ADA…. Maka kalau betul benda itu bagus jangan cakap tidak bagus…jangan hanya kerana politik maka benda-benda yang bagus kita cakap TIDAK BAGUS…setuju? Kesimpulan yang saya dapat buat berdasarkan akal fikiran ini…beliau tidak layak untuk menerajui negara…dengan bukti-bukti yang banyak…( tapi ramai orang asyik berkata ini fitnah dan itu fitnah..tapi mengapa beliau berdiam diri bila mana rakan-rakan baik beliau mencabar supaya beliau MENDAKWA mereka? Kerana…ANWAR IBRAHIM tidak berani disebabkan lebih banyak bukti yang di pegang oleh mereka ini..maka DIAM dan putar belitkan cerita adalah lebih baik…kan dia menggunakan istilah DIA DIZALIMI..)dengan pendedahan media orang-orang rapat beliau mencabar supaya beliau dakwa mereka tapi apa yang terjadi… Anwar Ibrahim tidak berani..kalau betul dia di fitnah dan di tuduh…siapa di dalam dunia ini tidak akan terima cabaran dan memfailkan dakwaan…maka…DIA BUKAN PEMIMPIN YANG SAYA INGINKAN…DAN DENGAN MENGUNDI PAKATAN BERMAKSUD SAYA MENYOKONG DIA MENJADI PENERAJU…no..no…..saya tidak rela…silap haribulan…dia jual negara…dia jual negeri sabah ni…dia bawa masuk kuasa asing..amerika kan kawan baik dia…mustahil? TIDAK…TIDAK ADA YANG MUSTAHIL perkara ini terjadi jika ANWAR IBRAHIM menjadi pemimpin negara…

Ramai pengundi muda terutamanya sekarang tidak masuk sudah dengan kempen perubahan yang berlaku dan bagaimana negara menjadi maju dan membangun seperti sekarang…kenapa? Sebab buka-buka mata sudah berdiri bangunan tinggi-tinggi..ada sudah SAMSUNG punya telefon menunggu di meja…kalau dulu…saya punya bapa jalan kaki jauh-jauh mau pigi sekolah….menoreh getah dulu subuh-subuh baru jalan pigi sekolah…mungkin kau..dan kau..dan kau punya bapa pun begitu juga dulu..susah…maka nya…pengundi muda sekarang boleh di katakan tidak menilai langsung dengan erti kemajuan dan perubahan yang sudah di buat… ( Dulu saya mandi sana air perigi…sekarang syukur ada paip sudah…jadi terima kasih kerajaan…bukan mau salahkan…tapi perbaiki kelemahan..itu yang sepatutnya)…

Nah…saya mau kasih berhenti dulu menaip sini..saya mau minum kupi….nanti saya cari di mana saya mau post saya punya hasil taipan ini...hehehe….apa pun…PEACE…I LOVE SABAH!!! :)
 
Luahan Hati Bookerz Gurlz

Thursday, April 04, 2013

Sejarah Proses Pilihan Raya Di Malaysia

Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Undang-undang dan peraturan pilihan raya
Hari Pengundian 19 Ogos 1959

Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-

Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Negeri.
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

Bahagian Pilihan Raya.
Pemilih.
Calon.
Proses Pilihan Raya.

Pusat Pengiraan Undi

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Pengundi memasukkan kertas undi

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-

warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-

pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-

warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-

telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
didapati seorang bankrap; atau
memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.
Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

tarikh mengundi;
lokasi tempat mengundi;
waktu mengundi di semua tempat mengundi;
lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.


Sumber Kedua: VAT59 

Lahad Datu: Penempatan Semula Dahulukan Kepentingan Rakyat

KOTA KINABALU 3 April - Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat berhubung sebarang keputusan penempatan semula penduduk yang terlibat dalam pencerobohan kumpulan pengganas Kiram.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, segala pandangan daripada ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua komuniti akan diambil kira bagi memastikan keputusan untuk penempatan semula dapat diusahakan dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

"Apa yang penting ialah segenap lapisan rakyat perlu terus memberi kerjasama, komitmen dan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya akan terus terpelihara," katanya.

Musa yang juga Pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan transformasi politik berhubung keselamatan Sabah dan Esszone yang turut dihadiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Musa turut melancarkan buku bertajuk Putting to Rest the Claim to Sabah by the Self-Proclaimed Sultanate of Sulu tulisan Gani.

Sebelum ini dilaporkan pasukan keselamatan memutuskan Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Sebagai Pengerusi Esszone, Musa berkata, beliau akan memastikan agar kebajikan setiap penduduk yang terjejas diberi perhatian sewajarnya.

"Penubuhan Esszone adalah satu langkah pragmatik bagi memperkukuhkan keselamatan negara dan semangat perpaduan rakyat terutamanya di kawasan Sabah Timur," katanya.

Berhubung persidangan itu, Musa berharap mereka yang terlibat dapat memanfaatkan sepenuh peluang yang disediakan menerusi forum itu bagi mendapatkan fakta yang tepat dan jelas berkenaan isu-isu insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan penubuhan Esszone.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Musa berharap persidangan itu dapat memberi penjelasan dan penerangan mengenai Esszone selain berusaha memikul tangungjawab sebaik mungkin bagi memastikan rakyat yang terlibat mendapat pembelaan sebaiknya.

Kira-kira 500 peserta terdiri daripada pegawai daerah, penjawat awam dan swasta serta pemimpin masyarakat menghadiri persidangan sehari itu. - BERNAMA


Sumber: Utusan

Wednesday, April 03, 2013

Kebajikan Rakyat: PR vs BN #PRU13


Siapa yang banyak beli kereta? Siapa yang beli kereta mahal? Orang kaya atau orang miskin?

Siapa yang banyak travel? Siapa yang selalu out-station? Siapa yang selalu bawa keluarga bercuti? Siapa yang selalu bawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu? Orang kaya atau orang miskin?

Rumah siapa yang lebih besar? Rumah siapa yang ada banyak lampu? Rumah siapa yang ada aircond di setiap ruang? Rumah siapa yang ada banyak TV? Rumah siapa yang ada banyak decoder astro? Orang kaya atau orang miskin?

Jadi…

Siapa yang paling banyak dapat subsidi minyak? Siapa yang paling banyak dapat subsidi elektrik? Siapa yang paling banyak dapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Etc. etc…

Jenis subsidi

Sebenarnya terdapat 2 jenis subsidi: 

1) Subsidi pukal  - subsidi yang diterima oleh semua orang tanpa mengira samaada mereka itu kaya atau miskin. Ia diberikan berasaskan kepada penggunaan. Dengan kata lain, siapa guna banyak dialah yang dapat banyak.

2) Subsidi bersasar  -  subsidi yang diberikan hanya kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Subsidi pukal

Pada tahun 2007, IMF telah menerbitkan sebuah kertas kerja berkenaan isu subsidi minyak. Menurut kertas kerja tersebut, subsidi minyak lebih menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Ini kerana, kajian mereka mendapati bahawa bagi setiap unit penggunaan sumber oleh golongan miskin, lebih 3 unit digunakan oleh golongan kaya.

Lebih jelas lagi, sekiranya subsidi  minyak diterima oleh golongan miskin adalah RM100, maka subsidi yang diterima oleh golongan kaya adalah lebih daripada RM300. Ini kerana subsidi minyak adalah berasaskan kepada penggunaan. Lebih banyak penggunaan, lebih tinggi subsidi diterima. 

Pastinya, jumlah penggunaan oleh golongan kaya adalah lebih tinggi daripada golongan miskin.  Sebagai contoh, golongan kaya mempunyai banyak kereta. Setiap ahli keluarga golongan kaya mempunyai kenderaan masing-masing. Jarak perjalanan mereka juga lebih jauh. Mereka sering ‘out-station’. Mereka sering bercuti.  Mereka sering membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu.

Golongan miskin pula hanya mempunyai motosikal yang dikongsi bersama ahli keluarga lain. Jarak perjalanan juga terhad di dalam kampung sahaja. Jarang-jarang sekali mereka ke bandar, melainkan sekiranya mempunyai urusan penting. 

Jelas sekali, penggunaan golongan kaya adalah jauh lebih banyak berbanding golongan miskin. Silap-silap, subsidi yang sampai kepada golongan miskin hanyalah sekitar ‘puluh-puluh’ sebulan manakala subsidi yang diterima oleh golongan kaya  adalah sebanyak ‘ratus-ratus’ dan mungkin mencecah ‘ribu-ribu’ sebulan!

Persoalannya, perlukah golongan kaya atau yang berpendapatan sederhana tinggi ini diberikan subsidi sebanyak ‘ratus-ratus’ atau ‘ribu-ribu’ sebulan? Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan?

Begitu juga dengan subsidi pukal lain seperti elektrik, gas memasak, makanan dan sebagainya. Rumah orang kaya adalah besar, banyak lampu, mempunyai aircond di setiap ruang dan alat-alat elektronik lain yang akan meningkatkan konsumsi elektrik .  Mereka lebih banyak makan dan lebih banyak menggunkan gas memasak. Rumah orang miskin pula hanya ada beberapa biji mentol lampu. Mereka hanya makan sekadar cukup memberi tenaga. Sebahagian mereka masih lagi memasak menggunakan dapur kayu.  Ini sekali lagi menunjukkan bahawa orang kaya lebih banyak menerima subsidi berbanding orang miskin. 

Itulah sebabnya subsidi pukal adalah kurang adil dan perlu dirasionalisasikan secara berperingkat-peringkat. Malah,kertas kerja IMF tersebut juga mencadangkan agar subsidi ini dihapuskan dan perbelanjaan subsidi ini dialihkan kepada pembinaan infrastruktur, perkhidmatan kesihatan, penambahbaikan program pendidikan dan pengurangan cukai yang memberikan manfaat lebih besar kepada rakyat dan negara.  

Subsidi bersasar

Kerajaan telah melaksanakan beberapa bentuk transformasi subsidi bagi memastikan sistem subsidi negara adalah lebih adil serta sampai kepada hanya mereka yang benar-benar layak.

Antaranya adalah dengan melakukan rasionalisasi subsidi petrol yang mana RON95 yang kebanyakannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah diberikan lebih banyak subsidi berbanding RON97 yang digunakan oleh mereka yang memiliki kereta-kereta mahal di kalangan orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi.

Kerajaan juga telah memperkenalkan banyak program subsidi bersasar yang disasarkan khusus kepada golongan miskin dan sederhana rendah. Ini termasuk program seperti 1azam bagi mengeluarkan golongan miskin daripada kemiskinan, program e-Kasih, Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. (Lebih lanjut, sila rujuk SINI)

Program-program ini telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara selain meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Penurunan harga kereta

Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh bagi mengetahui kesan penurunan harga kereta melalui penghapusan duti import. Apa yang perlu buat adalah meneliti harga-harga kereta di pulau bebas cukai Langkawi.

Kita akan dapati bahawa harga kereta-kereta sederhana dan murah hanya lebih murah sekitar RM10,000 ke RM20,000 jika dibandingkan harga di tempat lain di Malaysia. Ini berbeza dengan kereta mahal dan mewah yang ratusan ribu hingga jutaan lebih murah! Persoalannya, siapakah yang membeli kereta-kereta mewah? Orang kaya atau orang miskin? Siapakah yang lebih mendapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Orang kaya atau orang miskin?

Penghapusan duti import kereta akan mengorbankan sebanyak kira-kira RM7 billion pendapatan negara. Namun, untuk siapakah RM7 billion ini dikorbankan? Orang kaya atau orang miskin?

Lebihan wang

Apabila kita memberikan subsidi, rakyat akan mempunyai lebihan wang. Sebagai contoh, dengan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia, seseorang akan mendapat lebihan wang sebanyak RM500. Seseorang yang mendapat subsidi-subsidi lain seperti minyak, elektrik dan sebagainya juga akan mendapat lebihan wang berdasarkan kadar penggunaannya.

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara lebihan wang pada orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi dengan lebihan wang pada orang miskin atau berpendapatan sederhana rendah. 

Orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi banyak berbelanja di ‘atas’ iaitu dengan membeli barangan mewah, makan di restoran makanan segera dan mahal, minum kopi RM10, membeli-belah barangan berjenama, membeli telefon pintar yang canggih dan sebagainya.  Mereka berbelanja pada perusahaan yang dimiliki oleh orang kaya juga. Dengan kata lain, lebihan wang itu hanya mengalir di ‘atas’ dan sedikit sahaja yang mengalir ke ‘bawah’. 

Manakala orang miskin pula banyak berbelanja di ‘bawah’. Mereka membaiki rumah dengan mengupah tukang kampong, berbelanja di kedai-kedai peniaga kecil, membeli pakaian di pasar malam, makan makanan di gerai dan sebagainya yang biasanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana rendah. Ini bermakna lebihan wang pada golongan miskin dan berpendapatan sederhana rendah akan terlebih dahulu beredar di ‘bawah’, di kalangan mereka yang berpendapatan rendah sebelum naik ke ‘atas’.  Ini pasti memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa apa yang kelihatan indah di mata dan manis didengar tidaklah semestinya baik. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir di kalangan masyarakat awam dan ‘cerdik-pandai’ yang ‘idealis’ yang terpesona dengan kata-kata manis  pihak yang cuba menipu rakyat bagi menjayakan usaha mereka dalam merebut kuasa. Namun, hanya jauhari yang mengenal manikam.



Rasulullah SAW bersabda: 

“Ambillah daripada penduduk Yaman yang kaya sebahagian harta mereka dan agihkan kepada golongan fakir (dan miskin) di sana.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Firman Allah:

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” 
(Surah al-Hasyr, ayat 7)

Sunday, March 31, 2013

PM HEADS TO SABAH FOR ESSCOM @ ESSZONE


PICTURE ......Najib takes a picture of ministers and the chief 
of defence forces after his visit to Felda Sahabat March 7, 2013.

KOTA KINABALU : Datuk Seri Najib Razak will visit Sabah soon to express his deep appreciation for the sacrifices made by the security forces in defending the country’s sovereignty by thwarting the intrusion of Sulu terrorists.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the Prime Minister would also extend his appreciation to stakeholders involved.
“The Prime Minister was touched by the contributions and sacrifices made by all quarters, particularly the security forces as well as stakeholders in resolving the Lahad Datu intrusion,” Hishammuddin told reporters at the Kota Kinabalu International Airport, here today.

Present were Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, who is also Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) Chairman and Sabah Immigration director Datuk Mohammad Mentek who is also the newly appointed Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) director.

Hishammuddin said the setting up of ESSZONE covering 10 districts as a legal basis for ESSCOM must be clarified to avoid confusion on the areas covered.

The 10 districts are Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.

Welcoming the appointment of Mohammad Mentek as ESSCOM director, Hishammuddin said this was in line with the government’s plan to make ESSCOM’s implementation a success.

On Sabah’s security, he said the situation was returning to normal with the exception of several villages where mopping up operations were continuing and expected to end soon.

In this regard, he said the establishment of ESSCOM showed the government’s commitment in ensuring the safety of the people of Sabah.

“Actually, the threats cooked up by certain quarters are unfounded. I hope the people can learn from what we went through for the past few weeks over attempts by certain quarters to exploit the situation to intimidate Sabahans,” he said.

Hishammuddin said there was no declaration of emergency and curtailment of the 13th general election with the setting up of ESSZONE.

Meanwhile, Musa, who also welcomed the appointment of Mohammad Mentek as ESSCOM director, described it as timely and urged all quarters to give the latter the support needed. (Bernama)

Thursday, March 28, 2013

Musa Aman Wira Sabah

SANDAKAN : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, merasa terharu dan berbesar hati atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengumumkannya sebagai Pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) berkuatkuasa serta-merta itu.

Menurut beliau, amanah yang diberikan kepadanya akan digalas sebaik mungkin malahan akan berusaha bagi memastikan keamanan dan keselamatan seluruh rakyat jelata terus terjamin.
Beliau juga akan melakukan yang terbaik untuk negeri ini terutama melibatkan 10 daerah di bawah ESSZONE iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

"Saya amat menghargai perlantikan sebagai Pengerusi ESSZONE dan berikrar untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan demi keselamatan sekali gus memberikan kesejahteraan kepada kita semua," katanya.

Bercakap kepada pemberita semasa ditemui pada program Dryrun Simulasi PRU-13 BN Libaran di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat sini, kelmarin Musa berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan melantiknya sebagai Pengerusi ESSZONE.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri untuk mewujudkan ESSZONE yang merangkumi 10 daerah itu membuktikan bahawa komitmen tinggi beliau terhadap penduduk di negeri ini dengan memastikan keselamatan terus terjamin.

"Saya yakin dan percaya, Sabah akan berada dalam keadaan aman dan selamat dibawah pelaksanaan ESSZONE saya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri diatas amanah yang diberikan ini.

"Dari situ, kita boleh nampak keprihatinan beliau yang bertindak cepat demi keamanan dan keselamatan rakyat negeri ini ... sudah pasti pendekatan ini akan menambah lagi keyakinan rakyat," jelas Musa.

Terdahulu, sewaktu berucap pada program pilihanraya secara olok-olok itu Ketua Menteri menyuarakan keyakinan parti akan beroleh kejayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 berdasarkan komitmen yang tinggi daripada ahli-ahli.

Beliau berkata, kerjasama di kalangan tiga sayap penting parti iaitu Wanita Umno, Pemuda Umno dan Puteri Umno akan membantu mengukuhkan lagi kekuatan Barisan Nasional (BN) apabila berdepan dengan pihak pembangkang pada PRU-13 nanti.

Katanya, keyakinan ini ekoran strategi yang dirangka terbukti berkesan terutama program melibatkan pilihanraya secara olok-olok yang dapat dijalankan dengan lebih kemas dan teratur sekali gus menyumbang kepada kekuatan parti.

"Saya berpuas hati sepanjang program berkenaan ianya berjalan dengan sempurna dan apa yang menyumbang kepada kekuatan BN apabila kerjasama ketiga-tiga sayap penting parti dengan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi atau PDM.

"Mereka yang terlibat tahu peranan masing-masing dan sudah tentu kerjasama mereka ini akan dapat mengenal pasti apa jua kelemahan yang ada pada parti untuk diperbaiki segera.

"Saya beritahu tadi, walaupun program ini adalah satu pilihan raya yang olok-olok ... tapi penting untuk kita mengenal pasti kelemahan parti supaya bila tibanya pilihanraya nanti, kita akan lebih siap siaga.

"Yang penting setiap ahli parti tidak muda leka dan alpa sebaliknya sentiasa bersiap sedia bagi memantapkan lagi kekuatan jentera parti ... sebab itu, program sebegini amat penting demi kebaikan parti itu sendiri," katanya yang juga Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Pengerusi BN Negeri itu turut berkeyakinan ketiga-tiga kerusi di Libaran akan dapat dipertahankan berdasarkan sokongan rakyat semakin meningkat.

Menurutnya, sokongan rakyat di kawasan tersebut tidak pernah berbelah-bagi biarpun pihak lawan cuba mengaburi dengan bermacam-macam dakyah yang tidak berasas.

"Pihak lawan masih dengan taktik kosong dengan menjanjikan itu dan ini ... tetapi kerajaan BN mengotakan janji-janji, saya percaya keyakinan rakyat dan kesiapsiagaan parti akan membawa kejayaan yang lebih bermakna menjelang PRU-13 nanti," ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris dan Ketua Pemuda Umno Libaran, Suhaimi Haji Nasir serta ketua-ketua cawangan Umno Libaran termasuk ketua-ketua PDM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...