Showing posts with label Kemiskinan. Show all posts
Showing posts with label Kemiskinan. Show all posts

Wednesday, April 03, 2013

Kebajikan Rakyat: PR vs BN #PRU13


Siapa yang banyak beli kereta? Siapa yang beli kereta mahal? Orang kaya atau orang miskin?

Siapa yang banyak travel? Siapa yang selalu out-station? Siapa yang selalu bawa keluarga bercuti? Siapa yang selalu bawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu? Orang kaya atau orang miskin?

Rumah siapa yang lebih besar? Rumah siapa yang ada banyak lampu? Rumah siapa yang ada aircond di setiap ruang? Rumah siapa yang ada banyak TV? Rumah siapa yang ada banyak decoder astro? Orang kaya atau orang miskin?

Jadi…

Siapa yang paling banyak dapat subsidi minyak? Siapa yang paling banyak dapat subsidi elektrik? Siapa yang paling banyak dapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Etc. etc…

Jenis subsidi

Sebenarnya terdapat 2 jenis subsidi: 

1) Subsidi pukal  - subsidi yang diterima oleh semua orang tanpa mengira samaada mereka itu kaya atau miskin. Ia diberikan berasaskan kepada penggunaan. Dengan kata lain, siapa guna banyak dialah yang dapat banyak.

2) Subsidi bersasar  -  subsidi yang diberikan hanya kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Subsidi pukal

Pada tahun 2007, IMF telah menerbitkan sebuah kertas kerja berkenaan isu subsidi minyak. Menurut kertas kerja tersebut, subsidi minyak lebih menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Ini kerana, kajian mereka mendapati bahawa bagi setiap unit penggunaan sumber oleh golongan miskin, lebih 3 unit digunakan oleh golongan kaya.

Lebih jelas lagi, sekiranya subsidi  minyak diterima oleh golongan miskin adalah RM100, maka subsidi yang diterima oleh golongan kaya adalah lebih daripada RM300. Ini kerana subsidi minyak adalah berasaskan kepada penggunaan. Lebih banyak penggunaan, lebih tinggi subsidi diterima. 

Pastinya, jumlah penggunaan oleh golongan kaya adalah lebih tinggi daripada golongan miskin.  Sebagai contoh, golongan kaya mempunyai banyak kereta. Setiap ahli keluarga golongan kaya mempunyai kenderaan masing-masing. Jarak perjalanan mereka juga lebih jauh. Mereka sering ‘out-station’. Mereka sering bercuti.  Mereka sering membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu.

Golongan miskin pula hanya mempunyai motosikal yang dikongsi bersama ahli keluarga lain. Jarak perjalanan juga terhad di dalam kampung sahaja. Jarang-jarang sekali mereka ke bandar, melainkan sekiranya mempunyai urusan penting. 

Jelas sekali, penggunaan golongan kaya adalah jauh lebih banyak berbanding golongan miskin. Silap-silap, subsidi yang sampai kepada golongan miskin hanyalah sekitar ‘puluh-puluh’ sebulan manakala subsidi yang diterima oleh golongan kaya  adalah sebanyak ‘ratus-ratus’ dan mungkin mencecah ‘ribu-ribu’ sebulan!

Persoalannya, perlukah golongan kaya atau yang berpendapatan sederhana tinggi ini diberikan subsidi sebanyak ‘ratus-ratus’ atau ‘ribu-ribu’ sebulan? Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan?

Begitu juga dengan subsidi pukal lain seperti elektrik, gas memasak, makanan dan sebagainya. Rumah orang kaya adalah besar, banyak lampu, mempunyai aircond di setiap ruang dan alat-alat elektronik lain yang akan meningkatkan konsumsi elektrik .  Mereka lebih banyak makan dan lebih banyak menggunkan gas memasak. Rumah orang miskin pula hanya ada beberapa biji mentol lampu. Mereka hanya makan sekadar cukup memberi tenaga. Sebahagian mereka masih lagi memasak menggunakan dapur kayu.  Ini sekali lagi menunjukkan bahawa orang kaya lebih banyak menerima subsidi berbanding orang miskin. 

Itulah sebabnya subsidi pukal adalah kurang adil dan perlu dirasionalisasikan secara berperingkat-peringkat. Malah,kertas kerja IMF tersebut juga mencadangkan agar subsidi ini dihapuskan dan perbelanjaan subsidi ini dialihkan kepada pembinaan infrastruktur, perkhidmatan kesihatan, penambahbaikan program pendidikan dan pengurangan cukai yang memberikan manfaat lebih besar kepada rakyat dan negara.  

Subsidi bersasar

Kerajaan telah melaksanakan beberapa bentuk transformasi subsidi bagi memastikan sistem subsidi negara adalah lebih adil serta sampai kepada hanya mereka yang benar-benar layak.

Antaranya adalah dengan melakukan rasionalisasi subsidi petrol yang mana RON95 yang kebanyakannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah diberikan lebih banyak subsidi berbanding RON97 yang digunakan oleh mereka yang memiliki kereta-kereta mahal di kalangan orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi.

Kerajaan juga telah memperkenalkan banyak program subsidi bersasar yang disasarkan khusus kepada golongan miskin dan sederhana rendah. Ini termasuk program seperti 1azam bagi mengeluarkan golongan miskin daripada kemiskinan, program e-Kasih, Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. (Lebih lanjut, sila rujuk SINI)

Program-program ini telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara selain meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Penurunan harga kereta

Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh bagi mengetahui kesan penurunan harga kereta melalui penghapusan duti import. Apa yang perlu buat adalah meneliti harga-harga kereta di pulau bebas cukai Langkawi.

Kita akan dapati bahawa harga kereta-kereta sederhana dan murah hanya lebih murah sekitar RM10,000 ke RM20,000 jika dibandingkan harga di tempat lain di Malaysia. Ini berbeza dengan kereta mahal dan mewah yang ratusan ribu hingga jutaan lebih murah! Persoalannya, siapakah yang membeli kereta-kereta mewah? Orang kaya atau orang miskin? Siapakah yang lebih mendapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Orang kaya atau orang miskin?

Penghapusan duti import kereta akan mengorbankan sebanyak kira-kira RM7 billion pendapatan negara. Namun, untuk siapakah RM7 billion ini dikorbankan? Orang kaya atau orang miskin?

Lebihan wang

Apabila kita memberikan subsidi, rakyat akan mempunyai lebihan wang. Sebagai contoh, dengan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia, seseorang akan mendapat lebihan wang sebanyak RM500. Seseorang yang mendapat subsidi-subsidi lain seperti minyak, elektrik dan sebagainya juga akan mendapat lebihan wang berdasarkan kadar penggunaannya.

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara lebihan wang pada orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi dengan lebihan wang pada orang miskin atau berpendapatan sederhana rendah. 

Orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi banyak berbelanja di ‘atas’ iaitu dengan membeli barangan mewah, makan di restoran makanan segera dan mahal, minum kopi RM10, membeli-belah barangan berjenama, membeli telefon pintar yang canggih dan sebagainya.  Mereka berbelanja pada perusahaan yang dimiliki oleh orang kaya juga. Dengan kata lain, lebihan wang itu hanya mengalir di ‘atas’ dan sedikit sahaja yang mengalir ke ‘bawah’. 

Manakala orang miskin pula banyak berbelanja di ‘bawah’. Mereka membaiki rumah dengan mengupah tukang kampong, berbelanja di kedai-kedai peniaga kecil, membeli pakaian di pasar malam, makan makanan di gerai dan sebagainya yang biasanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana rendah. Ini bermakna lebihan wang pada golongan miskin dan berpendapatan sederhana rendah akan terlebih dahulu beredar di ‘bawah’, di kalangan mereka yang berpendapatan rendah sebelum naik ke ‘atas’.  Ini pasti memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa apa yang kelihatan indah di mata dan manis didengar tidaklah semestinya baik. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir di kalangan masyarakat awam dan ‘cerdik-pandai’ yang ‘idealis’ yang terpesona dengan kata-kata manis  pihak yang cuba menipu rakyat bagi menjayakan usaha mereka dalam merebut kuasa. Namun, hanya jauhari yang mengenal manikam.



Rasulullah SAW bersabda: 

“Ambillah daripada penduduk Yaman yang kaya sebahagian harta mereka dan agihkan kepada golongan fakir (dan miskin) di sana.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Firman Allah:

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” 
(Surah al-Hasyr, ayat 7)

Tuesday, March 26, 2013

Menyelami Disebalik Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK - KE 10)



1. Apakah yang difahamkan dengan RMK10?

• RMK10 adalah jambatan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.
• RMK10 boleh diibaratkan seperti membina sebuah rumah. Bumbungnya adalah gagasan induk iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dindingnya adalah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan model ekonomi baru iaitu di lipat gandakan pendapatan . Lantainya yang sedang dibina, adalah RMK10 dan seterusnya RMK 11.
• Maka, tangga untuk menaiki rumah 1Malaysia ini adalah dasar-dasar keadilan sosial dan budaya pencapaian tinggi.
• Melalui RMK10, pendapatan per kapita melonjak kepada RM38,845.00 menjelang tahun 2015.
• Malaysia perlu berani berfikir dari luar kotak. Kita tidak boleh memenjarakan pemikiran. Kita tidak boleh terperangkap dengan himpunan peristiwa serta pelbagai saat suka duka sehingga boleh menyebabkan berlakunya paralisis daripada segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.


2. Apakah tumpuan RMK10 ?

• RMK10 memberi fokus kepada aktiviti ekonomi:
• Bagi meningkatkan pendapatan per kapita rakyat yang tinggi (RM49,000 pada tahun 2020 daripada RM23,000 sekarang).
• Bagi merealisasikan wawasan sebagai negara maju.


3. Apakah pendekatan dalam melaksanakan RMK10 ?

Terdapat 10 idea utama yang digariskan dalam pelaksanaan RMK10 iaitu :-
• Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri dan persekitaran luar negara.
• Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa.
• Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
• Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
• Memupuk, menarik dan mengekal modal insan cemerlang.
• Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas.
• Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
• Menghargai khazanah alam sekitar.
• Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


4. Bagaimanakah RMK10 boleh menangani masalah rakyat?

• RMK10 adalah untuk semua rakyat tanpa kira bangsa, agama dan budaya. Ia akan dinikmati oleh semua lapisan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
• Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat didapati melalui maklum balas dan tinjauan mesra.


5. Adakah RMK10 memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan?

• Memastikan setiap rakyat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara.
• Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tiada sesiapa yang akan dipinggirkan.
• Kerajaan akan terus mengambil langkahlangkah perlu bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat.


6. Bagaimana dengan kedudukan golongan terpinggir?

• Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia akan diberi tumpuan.
• Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.
• Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian secara bersepadu.
• Tumpuan akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang.
• Penduduk yang tinggal di kampung Cina juga akan diberi bantuan. Kini, terdapat 280 000 isi rumah yang tinggal di kawasan Kampung Baru Cina.


7. Bagaimanakah RMK10 boleh membangunkan modal insan bertaraf dunia?

• Kerajaan akan salur peruntukan besar untuk membangunkan modal insan.
• Kerajaan akan mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
• Kerajaan akan pastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.
• Kerajaan akan menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.
• Keperluan guru Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan juga akan dipertimbangkan.
• Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan di tingkat daripada 28% kepada 60%.
• Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.


8. Bagaimanakah matlamat RMK10 boleh dicapai?

Cara untuk mencapai matlamat RMK10 adalah berdasarkan kepada beberapa pendekatan iaitu:
• Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
• Program Transformasi Kerajaan GTP.
• Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan kepada Model Baru Ekonomi.
• Dua Rancangan Pembangunan 5 tahun iaitu RMK10.
• Membudayakan kreativiti dan inovasi.
• Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan.
• Nilai untuk wang atau “value for money”.
• Nilai integriti.


9. Berapakah peruntukan RMK-10?


• Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan RMK-10.
• Peruntukan ini melibatkan 55% untuk projek ekonomi, 30% untuk program sosial, 10% untuk memperkukuhkan keamanan dan keselamatan dan 5% untuk menampung kos pentadbiran.


10. Contoh-contoh peruntukan projek/ program adalah seperti berikut:

• RM150 juta digunakan untuk melatih 20,000 pelajar yang tercicir. RM80 juta untuk pekerja yang kehilangan pekerjaan tanpa pampasan. RM500 juta untuk tujuan pinjaman kepada pekerja dan mereka yang sudah tamat pelajaran untuk menjalani latihan dan peningkatan kemahiran.
• Jalur lebar diperluaskan sehingga 75% menjelang 2015. RM2.7 bilion untuk membina jalanraya dan landasan kereta api ke pelabuhan dan lapangan terbang.
• Kemudahan bekalan elektrik dilaksanakan di hampir 100% kawasan luar bandar di Semenanjung dan 99% di Sabah dan Sarawak.
• Air bersih disalurkan kepada hampir 99% penduduk luar bandar di Semenanjung, 98% di Sabah dan 95% di Sarawak.
• RM6.37 juta untuk membina 197 klinik baru bagi penggal baru RMK10.


Sumber: JASA

Kerajaan Akan Sediakan Inisiatif Penempatan Semula Di Timur Sabah - PM


Kuala Lumpur: Kerajaan akan menempatkan semula penduduk yang tinggal di beberapa lokasi di kawasan timur Sabah yang terdedah kepada bahaya penyusupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan orang tidak bernegara.

Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif di bawah Bahagian III Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 itu dilaksanakan selepas menyedari punca utama pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan kawasan timur lain di Sabah disebabkan kewujudan beberapa penempatan seumpama itu.


Keselamatan penduduk

Beliau berkata, ia membolehkan kerajaan menempatkan semula mana-mana orang atau kumpulan orang, khususnya PATI dan orang tidak bernegara ke satu kawasan selamat dan sesuai yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Katanya, ia untuk memelihara keselamatan awam dan kerajaan akan mengambil pertimbangan bukan saja keselamatan dan kesejahteraan pihak yang ditempatkan semula, malah penduduk sedia ada yang tinggal di kawasan penempatan semula.

“Kerajaan akan mempertimbangkan semua aspek mengenai penempatan semula, termasuk mata pencarian orang yang hendak ditempatkan semula dan berunding dengan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung bagi memastikan kepentingan penduduk sedia ada di kawasan penempatan semula terpelihara,” katanya di upacara perbarisan peringatan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan inisiatif itu tidak akan menghalang mana-mana warga negara di sesuatu kawasan penempatan semula yang terkilan dengan keputusan kerajaan dalam isu berkenaan daripada mencabar keputusan kerajaan.
Katanya, di bawah inisiatif penempatan semula, kerajaan menyediakan tempat tinggal sempurna dan memastikan keselamatan orang yang ditempatkan semula.


Impak besar

“Ini kerana kerajaan sedar keputusan menempatkan semula memberi impak besar kepada kehidupan masa depan mereka terbabit. Penghijrahan ke suatu tempat baru membabitkan penyesuaian masyarakat terhadap suasana tempat tinggal baru,” katanya.

Sehubungan itu, atas dasar kemanusiaan dan bagi memastikan orang yang terbabit mendapat manfaat daripada inisiatif itu, kerajaan akan memastikan kesihatan awam, perkhidmatan perubatan dan sanitasi disediakan selain peluang pendidikan seperti pendidikan asas dan peluang pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menyediakan latihan dan kelengkapan jika perlu dengan mendapatkan kerjasama, bantuan serta nasihat dan sumbangan daripada mana-mana organisasi atau badan dalam serta luar negara.

Katanya, walaupun inisiatif penempatan semula hanya tertumpu kepada kawasan timur Sabah saja, ia tidak bermakna kawasan pantai barat Sabah diketepikan.

“Buat masa ini keperluan keselamatan yang lebih mendesak tertumpu ke kawasan timur. Inisiatif ini akan diperluaskan ke seluruh Sabah apabila sesuai,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan kerajaan tidak meragui kesetiaan warga negara berketurunan Suluk kerana mereka warga negara yang mempunyai hak seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

Sebaliknya, Najib berkata kerajaan akan terus melindungi hak mereka yang sah dan memperjuangkan kebajikan mereka. 
 
Sumber: BH

Tuesday, March 19, 2013

Najib: Government Has Met Its Transformation Programmes' Aims


Pix: The Star
  
Najib announced that the people's aid handout BR1M will be a yearly affair.

PETALING JAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic) on Tuesday presented his latest report card for the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme that aims to make Malaysia a high income nation by 2020.

He said the aims under seven critical areas have been met and with the economy in good shape.

“We have kept our promises,” he said, particularly in giving people access to the best in life good wages, quality education, good public facilities, home ownership among others.

He also announced that the people's aid handout, BR1M, will be a yearly affair 

Cost of Living 

*Initiatives taken include expanding the 1Malaysia people's aid programme targetted at the people who need them by allocating RM2.34bil benefitting six million Malaysians.

*1Malaysia school vouchers of RM100 given to 5.24 million students amounting to RM524mil.

*1Malaysia book vouchers worth RM250 each given to 390,000 students in universities and colleges totaling RM97.5mil.

*Aid and grants given to the people worth RM37.8bil, including RM22.3bil in subsidies, RM873.5mil incentive payments and RM14.6bil in direct aid.

*85 1Malaysia shops selling basic goods at prices 20% to 40% below market price and 168 clinics that offer health care at RM1. 

Increasing Standard Of Living Among Low Income Households

*Poverty rate has been cut by 1.7% but efforts will continue to increase standards of living.

*Under the programme to end poverty, 106,967 people have been registered for jobs, businesses, and agriculture and have received help.

*Under the e-Kasih programme 89% or more than 100,000 of those who registered have been lifted from poverty in three years.

*Government has offered 100,000 units of affordable housing. 

Uplifting Rural Basic Infrastructure 

*More than 3,300km of roads have been built and, 1.4 mil households have clean water supply and more than 470,000 households have access to steady electricity suppy.

*The government has built and repaired 53,000 homes for the rural poor. 

Improving Students' Academic Achievements

*Preschool enrolment is now at 80% in 2012, compared to 67% in 2009.

*In 2012, 164 schools have been lifted from the low performing ranks.

Improving Public Transport

*The government has improved the LRT and MRT connections. The people are urged to be patient until the projects are completed.

*Among others, six coaches have been added to KTM Komuter and GoKL offers free bus service.

*In the future the people can look forward a high speed train between Kuala Lumpur and Singapore that will take just 90 minutes. 

Eradicating Corruption

 *Initiatives taken have borne fruit. According to Transparency International, in the perception of graft ranking, Malaysia has moved six steps up to 54 in 2012 and third in Asean

* 14 Special Session Courts established in the last three years and 400 graft cases have been tried and nearly 260 cases decided upon by 2012 

Reducing Crime

*Initiatives have been further expanded to ensure greater police presence, particularly in collaboration with resident and community associations and strengthening initiatives such as the deployment of more police personnel to concentrate on “Hotspot” areas to reduce crime.

- The Star

Sunday, March 10, 2013

Program Desa Cemerlang Dan Berinovasi

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas.


Kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mewujudkan satu usaha dalam melaksanakan "Program Desa Cemerlang Dan Berinovasi" melalui Yayasan Sabah. Perlaksanaan ini membuktikan iltizam kerajaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di kawasan desa di seluruh negeri Sabah bermula tahun 2012.

Konsep Program
Satu usaha pembangunan desa yang menyeluruh dan seimbang dengan memberikan penekanan kepada pembangunan modal insan secara holistik melalui pemberdayaan dan pemerkasaan komuniti desa.

Ciri Kejayaan PDCB
Pendapatan purata isi rumah meningkat kepada RM1,511.40 dan menurunkan kadar kemiskinan kepada 5%.

Kawasan Terlibat
1. Kg Pandasan, Kota Belud
2. Kg Lambidan, Kuala Penyu
3. Kg Singgaron Baru, Ranau
4. Kg Sinaron, Keningau
5. Kg Sebait, Sandakan
6. Kg Lormalong, Kunak



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...