KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin, yang kini mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong pakatan pembangkang, akan mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Selain itu, Lajim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.
Di Parlimen Beaufort, beliau akan berhadapan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri manakala di DUN Klias pula menentang pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasneh.
Pada pilihan raya 2008, Lajim yang bertanding atas tiket BN mengalahkan calon PKR Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi bagi kerusi parlimen Beaufort.
Sebelum pembubaran DUN Sabah, DUN Klias disandang oleh Azizah daripada UMNO yang menang dengan majoriti 2,413 undi.
Ketika mengumumkan senarai calon PKR yang mewakili PPPS di sini hari ini, Lajim berkata penasihat PPPS yang juga bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Papar manakala tokoh korporat Tan Sri Ibrahim Menudin pula diberi peluang mencuba nasib di DUN Bongawan.
Katanya, pengagihan kerusi pakatan pembangkang Sabah menyaksikan lima wakil daripada PPPS bertanding kerusi Parlimen dan 15 pemimpin PPPS bertanding di DUN.
Selain PPPS yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakatan pembangkang Sabah dianggotai PKR, DAP, PAS dan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Wilfred Bumburing.
Lajim mengakui kemungkinan berlaku sedikit perpecahan undi pembangkang jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih tetapi yakin rakyat bijak memilih parti yang akan mentadbir negeri dan negara ini untuk lima tahun akan datang.
Sementara itu, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut mengumumkan akan bertanding di Parlimen Keningau dan DUN Bingkor.
Jeffrey akan bertarung dengan abangnya yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan calon BN Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Parlimen Keningau dan
Ketua Pemuda Upko Keningau Kennedy Jie John @ Kenn bagi kerusi DUN Bingkor.
Jeffrey berkata, STAR dan sekutunya Usno Baru, yang belum didaftarkan, bercadang untuk bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 55 kerusi DUN pada pilihan umum ini. - BERNAMA

Sumber: AKA FB
No comments:
Post a Comment