Saturday, April 06, 2013

Program Transformasi Kerajaan BN Bela Nasib Semua Rakyat – Muhyiddin #PRU13

KUALA LUMPUR, 5 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata program transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pembelaan dan manfaat kepada segenap kelompok masyarakat di negara ini.

“Saya boleh katakan dengan program-program transformasi yang dilakukan kerajaan BN, tidak ada satupun kelompok dalam masyarakat kita yang terbiar atau tidak terbela.

“Semua diberi perhatian, bantuan dan pertolongan,” katanya semasa berucap pada jamuan yang diadakan selepas solat Jumaat di Madrasah Islahiah Addiniah, Taman Ibu Kota di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat harus memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang dalam memastikan agenda transformasi negara dapat diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu untuk memberi laluan kepada PRU-13.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM52,000 kepada 26 mangsa kebakaran rumah di Kampung Puah di sini baru-baru ini.

Timbalan pengerusi BN itu berkata usaha transformasi negara wajar diteruskan dalam mengejar matlamat status negara maju menjelang 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi.

“Di hadapan kita ini sudah terbentang suatu usaha besar yang telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya dan rakan-rakan dalam Kabinet sokong, dan kita mahu melihat dasar transformasi itu tidak terhenti di sini,” katanya.

Muhyiddin menarik perhatian kerajaan pimpinan BN yang memerintah Malaysia sejak lebih lima dekad berpengalaman luas dalam soal menguruskan negara termasuk dari segi ekonomi, pendidikan, keselamatan dan perpaduan.

“Walaupun kita sudah mentadbir negara 55 tahun tetapi parti tidak tua, pemimpin bertukar bersilih ganti bahkan lebih bertenaga daripada dulu, berupaya, berkemampuan, ada wawasan dan cita-cita.

“…dan yang lebih penting kita memahami kehendak rakyat,” tegasnya.


Sumber: Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...