KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Datuk Seri Salleh Said Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sebelum dibubarkan, Jumaat berkata Barisan Nasional (BN) sedia berdepan DAP dalam saingan yang adil dan saksama pada pilihan raya umum ke-13.
Sehubungan itu, beliau berkata pemimpin DAP perlu dibenarkan menggunakan simbol roket mereka dalam pilihan raya itu, dengan penamaan calon ditetapkan esok dan pengundian pada 5 Mei.
"Biarkan mereka bertanding... namun saya yakin BN akan mengalahkan mereka dalam pilihan raya," katanya kepada Bernama.
Salleh, yang juga calon BN bagi kerusi DUN Usukan, diminta mengulas laporan mengenai kemungkinan pendaftaran DAP dibatalkan.
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dipetik sebagai berkata pejabat ROS telah memaklumkan DAP bahawa pihaknya sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian dalam kalangan anggotanya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu baru-baru ini.
Beliau berkata bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak dibatalkan dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ini. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment