Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Thursday, May 02, 2013

PRU-13: 'Lajim yang banyak gadai tanah' - Musa

 
Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

BEAUFORT 2 Mei - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyelar bekas Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin kerana gemar berbohong apabila mendakwa semua pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di daerah ini merupakan hasil usahanya.

Beliau menyifatkan dakwaan itu tidak benar kerana banyak projek besar yang dilaksanakan di daerah itu diusahakan calon BN bagi kerusi Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Tegas Musa, Azizah telah berusaha memohon projek-projek pembangunan untuk daerah itu semasa bertugas dalam kementerian Persekutuan antara 2004 hingga 2008.

"Sebagai contoh, Kompleks Sukan Beaufort, bangunan perpustakaan daerah, jambatan dan bekalan air adalah antara projek yang diusahakan oleh beliau (Azizah).

"Namun, dalam kempennya, Lajim mendakwa semua projek itu diusahakannya. Kita ada bukti," ujarnya ketika berucap pada majlis anjuran Yayasan Sabah hari ini.

Yang turut hadir, Azizah; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Isnin Aliasnih; calon BN DUN Kuala Penyu, Limus Jury; calon BN Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; calon BN DUN Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi dan calon BN DUN Sindumin, Ahmad Bujang.

Tambah Musa, Lajim turut menabur fitnah dengan mengaitkan namanya dengan pemilikan tanah di daerah yang kemudian dijadikan isu kempen beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Lajim tuduh tanah padang dan tapak tamu pekan daerah Beaufort dikaitkan dengan nama saya sedangkan ia milik Majlis Daerah Beaufort (MDB). Apa yang saya tahu, beliaulah yang banyak menggadai tanah kepada orang luar untuk kepentingan sendiri," katanya. - UTUSAN ONLINE
 
 

Wednesday, May 01, 2013

ATM Nafi Bawa Pengundi Hantu Ke Semenanjung. #PRU13


LAHAD DATU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ia membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu bagi mencemar imej pasukan keselamatan.

Beliau meminta pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan fitnah mereka yang tidak berasas itu yang dipercayai dibuat semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya umum ini.

"Tuduhan melulu sesetengah pihak termasuk dakwaan kononnya ATM dipengaruhi parti politik dalam pilihan raya, menyebabkan imej ATM tercemar. Hentikan serangan politik yang tidak sihat dan jangan sekali-kali membabitkan ATM kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap negara dan rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya ATM cuba membawa masuk pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Khalid pada sidang media baru-baru ini dilaporkan sebagai mendakwa terdapat penerbangan khas dari Sabah Sarawak yang mendarat di lokasi tertentu, bukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Tambang Rendah (LCCT) yang dikatakan membawa pengundi hantu berdasarkan kononnya risikanpakatan pembangkang.

Zulkifeli yang kesal dengan perbuatan itu berkata ATM merupakan institusi berkecuali yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

"Sebagai badan profesional, kami menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir yang mengganggu ketenteraman awam.

"Atas tugas dan tanggungjawab itu juga ada antara anggota kita terkorban," katanya.- Bernama



Sumber: BERNAMA

Tuesday, April 30, 2013

Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) Tidak Layak Mengundi #PRU13


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Sehubungan itu beliau berkata dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

"Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.

"Namun status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan atau masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jariah berkata pada 2008 Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang baharu telah dikeluarkan dan dikenali sebagai MyKas berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan Pemastautin Sementara serta dicatat sebagai Bukan Warganegara pada kad itu, dengan tempoh sah laku selama lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

"Sebelum 2009, semua kad pengenalan dikeluarkan menggunakan kad yang sama berwarna biru, sama ada kepada mereka yang bertaraf warganegara atau bukan warganegara.

"Bagaimanapun bagi Kad Pengenalan Pemastautin Sementara terdapat perbezaan pada muka depan kad tersebut iaitu mempunyai catatan tarikh luput, 'Pemastautin Sementara' dan terdapat lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad," katanya. (Bernama)


Sumber: SabahKini

Monday, April 29, 2013

SABAH: MANTAN MP (Datuk Suhaili Abdul Rahman) AJAK RAKYAT TOLAK PEMBANGKANG #PRU13


Oleh : MUTALIB M.D

WALAUPUN dibayangi pelbagai kemelut dan persepsi, namun Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yakin Barisan Nasional akan berjaya mempertahankan kerusi tradisinya, Labuan tanpa menghadapi banyak rintangan.

Suhaili yang berjaya dihubungi sebentar tadi berkata walaupun terdapat prajudis di kalangan pengikut masing-masing dan beliau tidak dijemput memberikan ceramah, namun beliau tetap membantu calon BN, Rozman Isli, dengan mendekati para pengundi secara peribadi dan menghadiri setiap ceramah yang dianjurkan BN jika beliau berada di Labuan.

Kata Suhaili, sebagai pemimpin veteran, beliau tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi melalui publisiti kerana tumpuannya untuk membantu BN mempertahankan kerusi Labuan dengan majoriti yang lebih besar.

"Saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan akhbar sebelum ini kerana mahu memastikan kedudukan BN selamat kerana untuk apa kita buat spekulasi jika belum pastikan jentera BN benar-benar mantap?," kata Suhaili yang menafikan laporan media bahawa berlaku krisis dalam parti.

Tegas Suhaili, beliau tidak bersetuju dengan laporan yang mengatakan bahawa Rozman rasis; namun mengakui kesilapan juru acara yang gemar menggunakan bahasa Kedayan sehingga ada pihak yang melakukan provokasi untuk menaikkan kemarahan masyarakat Brunei.

"Sudah lama berlaku asimilasi dan kepelbagai budaya Kedayan dan Brunei, tetapi tidak sampai berlaku persengketaan kaum kerana masing-masing daripada rumpun yang sama," ujar Suhaili yang meminta agar kedua kaum berkenaan kembali merapatkan barisan untuk memastikan masa hadapan mereka terbela di bawah panji-panji BN.

Kemunculan calon Pakatan Rakyat di ambang pilihanraya kata Suhaili, umpama fatamorgana di padang pasir nan tandus. Boleh dilihat tetapi sukar dipercayai janji mereka kerana semuanya hanya illusi.

Sehubungan itu, Suhaili menggesa agar jentera BN melaksanakan tugas mereka dengan penuh hemat agar dapat menarik lebih ramai pengundi dan memastikan tidak berlaku sabotaj dalam parti seperti yang menjangkiti Pakatan Rakyat sekarang.


Sumber: SabahKini

Saturday, April 27, 2013

Labuan: PAS Labuan Boikot Anwar #PRU13

Labuan: Ketiadaan pemimpin PAS pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menimbulkan persoalan kepemimpinan parti itu kecewa calon parti itu, Hadnan Mohamad diminta berundur bagi memberi laluan kepada calon PKR.

Dalam ceramah di Kampung Patau-Patau dekat sini, selain Hadnan yang juga Ketua Penerangan PAS Labuan, turut tidak kelihatan Yang Dipertuanya, Hamir Zahari.

Difahamkan, pemimpin serta ahli akar umbi PAS Labuan masih terkilan dengan keputusan kepemimpinan pakatan pembangkang yang meminta Hadnan memberi laluan kepada calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin walaupun pencalonannya dipersetujui PAS Pusat terlebih awal.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, Ibrahim yang juga calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Sabah akan berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Rozman Isli.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Penasihat PKR mendakwa, isu berhubung pengagihan kerusi dalam pakatan pembangkang sudah diselesaikan.

“Masalah berkaitan calon PAS (Parlimen Labuan) sudah selesai. Jadi, saya minta semua penyokong pakatan mengundi calon PKR (pada hari pengundian 5 Mei ini),” katanya.
Sumber: BHarian

Fakta Rawak Yang Perlu Anda Tahu Jika Anda Sayangkan Malaysia #PRU13











Barisan Nasional Sudah Tepati Dan Lakukan Untuk Rakyat #PRU13







Friday, April 26, 2013

PRU-13: Najib 'doktor politik' yang rawat masalah negara - Pairin

Photo: PRU-13: Najib 'doktor politik' yang rawat masalah negara - Pairin

JOSEPH Pairin Kitingan (kanan) disambut mesra oleh masyarakat tempatan selepas merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Pisompuruan Square, Tambunan hari ini. - BERNAMA

di pasar tamu selepas merasmikan Majlis 'Roadshow' Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara di Dewan Pisompuruan Square Tambunan dekat sini, hari ini. --fotoBERNAMA

TAMBUNAN 25 April - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Doktor Politik' atas kebolehan beliau merawat masalah negara.

Beliau berkata, seperti doktor perubatan, Najib akan mendengar permasalahan yang diajukan kepadanya sebelum mengambil setiap data berkaitan supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.

"Doktor politik ini kemudiannya membawa data-data ini ke 'bengkel' untuk mendapatkan idea-idea termasuk daripada pihak swasta dalam mencari penyelesaian terbaik kepada rakyat," katanya semasa berucap merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Pisompuruan Square di sini.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul dan Penolong Pegawai Daerah Tambunan (Pembangunan), Robert Stidi. Majlis dihadiri kira-kira 5,000 penduduk.

Sehubungan itu, Pairin meminta supaya rakyat Sabah dalam menjalankan kewajipan pada 5 Mei ini untuk tidak melepaskan doktor politik yang telah berada di dalam genggaman hanya kerana mahu memilih pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang tanpa rekod prestasi cemerlang sebagai ukuran. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130425/px_69/PRU-13-Najib-doktor-politik-yang-rawat-masalah-negara---Pairin#ixzz2RU8gBJCh
© Utusan Melayu (M) Bhd

JOSEPH Pairin Kitingan (kanan) disambut mesra oleh masyarakat tempatan selepas merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Pisompuruan Square, Tambunan hari ini. - BERNAMA

di pasar tamu selepas merasmikan Majlis 'Roadshow' Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara di Dewan Pisompuruan Square Tambunan dekat sini, hari ini. --fotoBERNAMA

TAMBUNAN 25 April - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Doktor Politik' atas kebolehan beliau merawat masalah negara.

Beliau berkata, seperti doktor perubatan, Najib akan mendengar permasalahan yang diajukan kepadanya sebelum mengambil setiap data berkaitan supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.

"Doktor politik ini kemudiannya membawa data-data ini ke 'bengkel' untuk mendapatkan idea-idea termasuk daripada pihak swasta dalam mencari penyelesaian terbaik kepada rakyat," katanya semasa berucap merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Pisompuruan Square di sini.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul dan Penolong Pegawai Daerah Tambunan (Pembangunan), Robert Stidi. Majlis dihadiri kira-kira 5,000 penduduk.

Sehubungan itu, Pairin meminta supaya rakyat Sabah dalam menjalankan kewajipan pada 5 Mei ini untuk tidak melepaskan doktor politik yang telah berada di dalam genggaman hanya kerana mahu memilih pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang tanpa rekod prestasi cemerlang sebagai ukuran. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130425/px_69/PRU-13-Najib-doktor-politik-yang-rawat-masalah-negara---Pairin#ixzz2RU8gBJCh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anwar terlalu 'manjakan' Lajim Ukin punca 1500 bakal keluar PKR. #PRU13


Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

 Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Klias. Katanya mereka kecewa kerana Lajim terlalu banyak campur tangan dalam urusan pentadbiran PKR negeri dan ini menimbulkan banyak masalah terutama kepada 25 orang ketua cabang PKR negeri."

 "Dia (Lajim) juga tidak memaklumkan kepada 15 orang ahli cabang PKR bahawa mereka tidak akan bertanding untuk PRU13 ini meskipun beliau mendapat kuota tersebut sebaliknya telah menggantikan ahli dari Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah(PPPS) sebagai calon dengan menggunakan lambang PKR," katanya kepada Bernama di sini semalam.

 Ramli yang juga bekas bendahari PKR negeri, berkata mereka juga tidak berpuas hati dengan janji autonomi oleh PKR pusat. "Mengikut autonomi itu, ketua cabang PKR di Sabah diberi kuasa penuh sama ada mentadbir, memilih calon dan pengerusi perhubungan negeri tetapi ia tidak dilaksanakan, di mana pemilihan pengerusi pimpinan negeri bukan dari suara majoriti ketua cabang negeri tetapi dari pusat, jadi sekiranya mereka akan memerintah apa akan jadi pada negeri Sabah," katanya.

 Ramli yang masih belum memutuskan untuk menyertai parti komponen BN yang mana, telah menyertai kempen calon BN di kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. Lajim mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum 5 Mei ini Pada Selasa lepas, Ramli mengetuai 200 anggota PKR mengumumkan keluar dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke Sabah. 


Sumber: UtaraNews

Thursday, April 25, 2013

PKR Sabah Terima Tamparan Hebat Menjelang PRU-13


KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, apabila empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR keluar parti untuk menyertai Umno.

Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.Mereka mengumumkan keputusan mereka pada sidang media yang dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Bangunan Umno di sini, Khamis.

Sambil mengalu-alukan keputusan menyertai Umno, Yahya berkata pendirian mereka adalah bijak selepas menyedari hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat. Beliau berkata keputusan itu menunjukkan ketua cabang PKR berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu di Sabah.

Dalam pada itu, Mazhry berkata keputusan keluar parti itu dan menyertai Umno dibuat tanpa didesak atau didorong oleh mana-mana pihak.

Saidil, yang juga pengarah Buku Jingga PKR Sabah, berkata beliau membuat keputusan itu selepas menyedari perjuangannya selama ini bersama parti pembangkang itu adalah kosong dan sia-sia sahaja. -BERNAMA


Sumber: 1Malaysia

Penjelasan Mitos Mengenai Hutang Negara #PRU13

Slide1

Slide2

Slide3

Slide4


Sumber: DarahTua

Wednesday, April 24, 2013

Mengapa Barisan Nasional Harus Kekal? #PRU13









PRU-13: Manifesto pembangkang berisi madu beracun - PM.

Photo: PRU-13: Manifesto pembangkang berisi madu beracun - PM.

KENINGAU 24 April - Pembangkang diibaratkan menghidang madu beracun kepada rakyat melalui manifestonya yang mampu menghancurkan negara sekiranya dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang juga telah merosakkan erti sebenar manifesto apabila gagal melaksanakan setiap janji yang dibentangkan.

"Manifesto atau janji-janji yang diberikan pembangkang memang nampak menarik dan sangat manis ibarat madu.

"Tapi harus diingat, dalam madu itu ada racun dan apabila rakyat termakan madu itu maka ia akan membawa musibah," katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; calon Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; dan calon Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup. - UTUSAN ONLINE


KENINGAU 24 April - Pembangkang diibaratkan menghidang madu beracun kepada rakyat melalui manifestonya yang mampu menghancurkan negara sekiranya dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang juga telah merosakkan erti sebenar manifesto apabila gagal melaksanakan setiap janji yang dibentangkan.

"Manifesto atau janji-janji yang diberikan pembangkang memang nampak menarik dan sangat manis ibarat madu.

"Tapi harus diingat, dalam madu itu ada racun dan apabila rakyat termakan madu itu maka ia akan membawa musibah," katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; calon Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; dan calon Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, April 23, 2013

KOTA BELUD: BUKU BERTEMU RUAS? #PRU13


PERTEMBUNGAN paling hangat dalam sejarah politik Sabah antara dua calon di satu kawasan Parlimen tentunya berada di Kota belud. P169 menyaksikan pertemuan antara setiausaha BN Sabah, datuk rahman dahlan dengan calon PKR , anak tempatan Cik Munirah Majlid.

Pertembungan dua calon ini persis pertemuan dua arus besar laut Cina Selatan dengan laut Sulu di Tanjung Magayau, Kudat. Arusnya kuat, berpusing-pusing, derasnya bukan kepalang. Bunyinya gerak gempita tatkala air pasang dan surutnya bisa kelihatan batu dan karang.
Saya katakan sebagai satu pertembungan yang mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana dalam sejarah politik Kota belud, inilah julung-julungnya 'diperturunkan' seorang calon wanita. Strategi PKR nyata ampuh dan berwawasan. Tidak sia-sia kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali di Kota belud selain dari ceramah umumnya, nyata percaturan Ketua Umum PKR itu masih berbisa.

DSAI tahu bahawa hanya dengan cara meletakkan calon wanita yang mewakili golongan muda, kedudukan Datuk Rahman Dahlan akan tergugat. DSAI tahu sejarah politik KB. DSAI membaca pergerakan demografi dan kelahiran luar jangka penduduk KB.

DSAI tahu dengan meletakkan calon wanita, yang mewakili 60% pengundi kawasan parlimen Kota belud. Jika itu memihak kepada calon PKR, Munirah Majilid, bermakna selebihnya hanya penentu undi kemenangan.

Sebab itu dalam banyak ceramah DSAI di Kota belud, Ketua Pembangkang ini melabelkan Datuk Rahman Dahlan sebagai 'angkuh' dan 'sombong'. Dengan meletakkan calon wanita pada PRU 13 ini, nyata DSAI mahukan DARD 'dimalukan' dalam sejarah politik peribadinya.

BN dan UMNO Sabah, nyata gagal membaca nawaitu DSAI yang selalu berkunjung di KB. DSAI tahu dan pasti dengan keyakinan 99% Datuk Rahman akan dicalonkan kembali di KB lantaran kelantangan mengkritik PR di Dewan Rakyat.

Satu-satunya pemimpin mewakili golongan muda di Sabah yang sebegitu menonjol dalam setiap kali perbahasan di Parlimen termasuk menyertai apa-apa program BN dan UMNO, sama ada dalam wacana dan bicara rakyat.

Pertembungan DARD dan Munirah ini akan menyaksikan pertembungan 'dua darjat'. Antara calon wanita dan calon lelaki. Dua gender yang berbeza dan juga berbeza dari status kependudukan mengikut daerah.

DARD adalah orang Tuaran, manakala Munirah adalah Anak Jati KB. Kedua-duanya adalah calon mewakili golongan profesional dan golongan muda. Hanya yang membezakan mereka ialah sama ada salah seorangnya dapat menarik sokongan golongan 'atas pagar' sebagai loncatan kemenangan mereka.

DARD nampaknya memikul tugas yang amat berat atas pundaknya. 'MEMPERTAHAN' adalah lebih bahaya dari 'MEREBUT' pada hemat saya, selepas penamaan calon harini, 20 April 2013, DARD tidak akan lagi 'bertafakur' lama; sebaliknya akan menyusun strategi dan akan menggunakan segala kelebihan yang ada untuk memastikan P169 masih dalam gengamannya.

Pada waktu yang sama, kita juga percaya, Munirah tidak akan menunggu lama, akan menggerakan jentera PKR di KB dan Sabah untuk menyusun plan A dan Plan B hatta mungkin hingga ke plan Z untuk 'menggoda' DARD meninggalkan takhta P169 Kota Belud ini.

Situasi ini akan lebih menarik jika DARD dan MUNIRAH dipertemukan atas padang yang rata. Satu lawan satu. Kita juga berharap agar kedua-dua pihak tidak berselindung dengan calon-calon BEBAS tajaan mereka; sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan rakyat KB untuk menentukan siapa sebenarnya yang benar-benar layak mewakili aspirasi mereka.

Kita juga tertunggu-tunggu apakah isu yang akan menjadi talian hayat DARD. Prestasinya? Kredibilitnya? Wawasannya? Projek bekalan airnya? ataupun isu-isu peringkat nasional yang membingitkan telinga rakyat KB.

Apakah juga MUNIRAH telah bersedia mempamerkan segala macam kecacatan DARD sewaktu menjadi MP kota Belud. mendedahkan kepincangan dalam pengurusan dan pengagehan peruntukan Parlimen? atau MUNIRAH sudah punya bukti nyata untuk mempengaruhi rakyat KB untuk menolak DARD? Sama-sama kita tunggu!.

AUTONOMI PKR SABAH HANYA RETORIK #PRU13


Saudara Pengarang,

SEJAK Anwar gila kuasa untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri, pelbagai taburan janji kosong telah diberi kepada Majlis Pimpinan Negeri Sabah terutama kuasa untuk memutuskan hal-hal berkaitan kepentingan Negeri Sabah tanpa campurtangan dari pimpinan PKR kuala Lumpur; namun semuanya hanya Sandiwara!

Sebenarnya Ketua Umum PKR ini tidak pernah sedikitpun menghormati pemimpin PKR Sabah untuk membuat keputusan sendiri melainkan harus dicampuri oleh mereka dari Semenanjung.

Contoh yang lebih tepat ialah ketika krisis kepimpinan PKR Sabah, Datin Wan Azizah selaku Presiden PKR sendiri pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah selama tiga bulan; sekaligus membelakangkan janji Autonomi.

Setelah melantik Ustsz Pajuddin Nordin menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah; dalam beberapa saat sahaja, disebabkan adanya campurtangan beberapa pemimpin Sabah yang cuba menguasai Ustaz Pajudin; perlantikan berkenaan ditarik kembali.

Sehinggalah insiden yang memalukan iaitu 17 ketua cabang PKR Sabah yang diketuai oleh Ahmad Thamrin Hj Jaini membuat memorandum untuk mengetengahkan Hj. Ansari Abdullah sebagai MPN berdasarkan kepimpinan dan ketokohan dan orang lama dalam PKR.

Setelah persetujuan ini mencapai majoriti 2/3, maka memo tersebut di serahkan kepada Presiden dan Anwar untuk mengumumkan kepimpinan Sabah yang baru.

Malang sekali kuasa demokrasi dan autonomi yang dijanjikan kepada pimpinan Sabah juga berakhir dengan apa yang diingini oleh Anwar, iaitu melantik Ahmad Thamrin.

Walaupun beberapa pemimpin PKR Sabah mengetahui perkara ini telah dikianati oleh Ketua Kuku Besi iaitu Anwar Ibrahim, namun demi untuk menghentikan pergolakan kepimpinan PKR Sabah ketika itu; serta berhadapan PRU-13, maka Anwar dengan kuasa 'veto'nya (kuasa yang tiada dalam Perlembagaan Parti) melantik semula Ahmad Thamrin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Semua Ketua Cabang PKR Sabah terpaksa terima keputusan tersebut walau pun perit sehinggalah ke hari ini. Mereka tidak pernah membantah keputusan Ketua Umum, Anwar Ibrahim sehinggalah hari ini tidak di ketengahkan sebagai Calon PRU-13.

Bayangkan belumpun Anwar ini menjadi Perdana Menteri Malaysia, hak- hak rakyat Sabah sudah dinodai dan dikianati, apatah lagi konon mahu memberi 20 % royalti minyak kepada negeri Sabah, mustahil perkara ini boleh berlaku.

Sehubungan itu, rakyat Sabah harus bangun dan sedarlah kerana selama ini kita sudah lama dikianati oleh manusia bernama Anwar Ibrahim sejak tahun 1994 iaitu ketika era pemerintahan PBS lagi.

Marilah kita sama-sama tolak Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kerana beliau masih bermimpi di siang hari dan terus mengkhianati janji.

Salam Hormat,

NAIB-NAIB KETUA CABANG PKR

MUSA AMAN LAWAN 'UNDERDOG'? #PRU13 #MUSA AMAN WIRA SABAH


KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sudah dianggap menang sebelum bertanding kerana semua empat calon yang menentang beliau hanyalah tokoh yang tidak dikenali atau 'Underdog' dalam politik.

Musa, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah ditentang calon PKR, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Bebas.

PKR meletakkan calonnya Ketua Angkatan Muda Keadilan Libaran, Irwanshah Mustapha; A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP); Mohd Arshad Abdul (Bebas) dan Mohd Roslan Yussof (Star).

Musa penyandang DUN Sungai Sibuga tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serba Guna Libaran pada 9.11 pagi bersama pencadang Datuk Basrah Abdul Rahman dan penyokong Mokhran Ingkat.

Sebaik pusat penamaan calon dibuka di Dewan Serba Guna Libaran, calon SAPP paling awal memasuki dewan dan menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pengurus pada jam 9.02 pagi.

Musa diarak oleh penyokongnya ke pusat penamaan calon dari rumahnya terletak bersebelahan dengan pusat penamaan calon.

Pada jam 11.35 pagi, Pegawai Pengurus P.184 Libaran Jeffrey Aman mengumumkan calon yang bertanding untuk Parlimen Libaran, DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Bagi DUN Gum-Gum, penyandang kerusi itu Datuk Zakaria Edris (BN) berhadapan dua calon pembangkang iaitu Ketua Perhubungan PKR, Ahmad Thamrin@Tamrin Mohd Jaini dan Hassan Hami@Hamid (Star).

Dalam PRU12, Zakaria menang tanpa bertanding untuk kerusi itu.

Parlimen Libaran, penyandangnya Datuk Juslie Ajirol (BN) ditentang tiga calon daripada PKR, Star dan Bebas.

Membuat kejutan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Libaran yang juga bekas Ketua Pemuda Umno bahagian itu Sahar Saka bertanding atas tiket Bebas manakala PKR meletakkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Mohd Serman Hassnar dan Rosnah Unsari (Star).

Keadaan keselamatan terkawal dan tiada kejadian diingini berlaku berikutan kawalan ketat anggota polis serta penyokong parti yang bertanding, mematuhi arahan polis.

Musa merupakan sebahagian daripada 262 calon Dewan Undangan Negeri yang layak bertanding di 60 kawasan di dalam PRU-13 di Sabah yang menyaksikan buat pertama kalinya tiada calon yang menang tanpa bertanding seperti sebelumnya.


Sumber: SabahKini

Monday, April 22, 2013

Benarkan DAP Guna Simbol Sendiri Untuk Pertandingan Yang Adil - Salleh #PRU13


KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Datuk Seri Salleh Said Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sebelum dibubarkan, Jumaat berkata Barisan Nasional (BN) sedia berdepan DAP dalam saingan yang adil dan saksama pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, beliau berkata pemimpin DAP perlu dibenarkan menggunakan simbol roket mereka dalam pilihan raya itu, dengan penamaan calon ditetapkan esok dan pengundian pada 5 Mei.

"Biarkan mereka bertanding... namun saya yakin BN akan mengalahkan mereka dalam pilihan raya," katanya kepada Bernama.

Salleh, yang juga calon BN bagi kerusi DUN Usukan, diminta mengulas laporan mengenai kemungkinan pendaftaran DAP dibatalkan.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dipetik sebagai berkata pejabat ROS telah memaklumkan DAP bahawa pihaknya sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian dalam kalangan anggotanya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu baru-baru ini.

Beliau berkata bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak dibatalkan dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ini. - BERNAMA

What is Sabah Development Corridor?



The Sabah Development Corridor (SDC) was launched on 29 January 2008 to enhance the quality of life of the people by accelerating the growth of Sabah’s economy, promoting regional balance and bridging the rural-urban divide while ensuring sustainable management of the state’s resources. It is part of the five economic corridors inspired by the former Prime Minister YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. It is in line with the key thrusts and objectives of the Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah, launched in 2004 by YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, Chief Minister of Sabah, which outlines the direction of the state’s development.

The theme for the SDC is Harnessing Unity in Diversity for Wealth Creation and Social Well-Being. The concept of the SDC is also in line with the theme of One Malaysia: People First, Performance Now announced by YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, the current Prime Minister.
The SDC programmes are underpinned by the three key principles that will guide development in Sabah, namely the need to:
  • Capture higher value economic activities
  • Promote balanced economic growth with distribution
  • Ensure sustainable growth via environmental conservation
The initiative by YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak to introduce a new high income service-based economic model driver by creativity, innovation and high value is clearly consistent with the principles underpinning the SDC programmes. Under the SDC initiative, sub-regions and growth centres will be planned systematically to ensure optimum resources utilisation and development efforts are well-coordinated.

The initial focus is on enhancing Sabah’s liveability index and making it a business friendly location via targeted infrastructure upgrading and by lowering the cost of doing business.
By 2025, the SDC initiative aims to triple Sabah’s Gross Domestic Product (GDP) per capita and increase its GDP by four times through the implementation of the prioritised programmes. In total, more than 900,000 new jobs are expected to be generated during the SDC implementation period.

MAJOR PROGRAMMES OF SDC

  • Development of Kinabalu Harbour Front and Gold Coast Enclave
  • Consolidation of logistics and transportation infrastructure as well as reducing the cost of doing business
  • Development of the Interior Food Valley: Commercial rice, fruits and livestock production
  • Development of Agro-marine Belt: POIC Lahad Datu, Permanent Food Production Parks, seafood and aquaculture
  • Development of Oil and Gas Industry Cluster
  • Sandakan-Kinabatangan-Beluran Bio-Triangle:    
    Sandakan Education Hub, Sandakan POIC, Bandar Samudera Elopura and Wildlife Conservation
  • Environmental rehabilitation and conservation:
    Ecodesign promotion, carbon footprint reduction (green technology) and biodiversity conservation
  • Brunei Bay Development Zone:
    Multi-modal logistics and transportation, halal industry, Sabah Agro-Industrial Precinct, sailing and sea sports 
  • Agropolitan projects for the rural poor
  • Participation in Trade Fairs and Investment Promotions
  • Promoting new sources of growth via the application of pioneering technology in SDC, such as ICT, biotech and nanotechnology (e.g. creative talent development, bio informatics, Sabah Bio-Xchange Initiatives, incubator network and science-industry linkages)
  • Establishing a One-Stop Service Centre for SDC and Business Desk for SMEs, start-ups and Bumiputera Commercial and Industrial Community (BCIC)
Sabah Economic Development and  Investment Authority (SEDIA) has been entrusted as the One-Stop Authority to drive SDC with the primary responsibility to plan, coordinate, promote and accelerate the development of the SDC.


Sources: myCorridor

GE13: Sabah BN manifesto pledges to solve Sabah illegal immigrant problems #PRU13

KOTA KINABALU: A pledge to continue to find solutions to Sabah illegal immigrant problems and solutions to native land issues is one of the highlights of a special 16-point Sabah Barisan Nasional manifesto.
The special manifesto by the state Barisan, aimed at countering various local issues, including oil royalties raised by the opposition, was launched by Sabah Barisan chairman Datuk Seri Musa Aman together with heads of component parties at the Sabah Umno headquarters here on Monday.
``This is our commitment to the rakyat. We are continuing our efforts. Barisan Sabah will do more,'' he said in dismissing opposition promises in their manifesto for Sabah as unrealistic.
The state Barisan manifesto promises to implement the recommendations of the ongoing Royal Commission of Inquiry to solve the illegal immigrant problem, he said in apparent reference to the proposal by the opposition to reissue identity cards (ICs) for Sabahans.
The manifesto, which printed in Bahasa Malaysia, English, Chinese and Kadazandusun, promises to also implement new laws and institutions to speed up solutions to land matters under Native Customary Rights (NCR).
Sabah Barisan also promised to protect the spirit of the 20-point Malaysia Agreement of 1963 while also promising equal opportunity for all in state service.
``The government has committed to continue special cash payments, development and operational funding exceeding 20% of oil and gas revenue,'' Musa said, promising to match the Pakatan Rakayat's promise to give Sabah 20% royalty.
In launching the manifesto, Musa said that the state Barisan government was prudent in its spending and has over RM4.088bil in reserves and had helped reduce poverty rates from 19.7% to 8.1% over the last three years.
Among the achievements of the state Barisan government included the issuance of communal titles that involved over 192,000 villagers while tourism earnings hit the RM5.17bil mark last year.

Sumber: The STar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...