KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah menerima tamparan
hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, apabila
empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR keluar parti
untuk menyertai Umno.
Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.Mereka mengumumkan keputusan mereka pada sidang media yang dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Bangunan Umno di sini, Khamis.
Sambil mengalu-alukan keputusan menyertai Umno, Yahya berkata pendirian mereka adalah bijak selepas menyedari hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat. Beliau berkata keputusan itu menunjukkan ketua cabang PKR berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu di Sabah.
Dalam pada itu, Mazhry berkata keputusan keluar parti itu dan menyertai Umno dibuat tanpa didesak atau didorong oleh mana-mana pihak.
Saidil, yang juga pengarah Buku Jingga PKR Sabah, berkata beliau membuat keputusan itu selepas menyedari perjuangannya selama ini bersama parti pembangkang itu adalah kosong dan sia-sia sahaja. -BERNAMA

Sumber: 1Malaysia
No comments:
Post a Comment