Thursday, April 11, 2013

Dr Sidek Baba: Saya Mahu Negara Dipimpin Pemimpin Yang Ada Maruah Dan Kredibiliti.


KUALA LUMPUR, 11 April -- Ahli Akademik, Prof. Dato Dr. Sidek Baba menyeru masyarakat Islam di negara ini agar membuka pintu pemikiran serta tidak bersikap taksub terhadap seseorang indidivu pemimpin atau parti-parti politik tertentu kerana sikap taksub itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau meluahkan rasa dukacitanya apabila dirinya dicemuh dan dilontarkan dengan pelbagai tohamahan dan fitnah, apabila beliau mengambil tindakan kontroversi dengan mendedahkan sebab-sebab beliau meninggalkan perjuangannya bersama Anwar Ibrahim kepada umum.

"Kedukacitaan saya begini, apabila saya membuat kenyataan dengan hujah-hujah dan fakta, mereka tidak sepatutnya mencemuh saya tanpa bertanya dan menyiasat terlebih dulu apa yang saya bongkarkan. Mereka patut menemui saya dan bertanyakan perkara yang sebenar. Itulah cara yang dituntut Islam.

"Saya tidak menuduh Anwar dengan perbuatan liwat, zina dan sebagainya, tetapi apa yang saya tegaskan pendirian dan prinsip perjuangan beliau yang dilihat tersasar dari landasan Islam dengan terlibat dalam agenda plurisme agama, termasuk kaitannya dengan pelobi-pelobi yahudi," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, seperti yang telah beliau jelaskan sebelum ini, sebelum membuat tindakan ini, beliau telah berjumpa ramai orang termasuk orang-orang yang amat rapat dengan Anwar.

"Dulu saya pernah di tahan bawah akta ISA dan ditunjukkan bermacam-macam bukti tentang perilaku Anwar, namun tidak goyang pendirian saya terhadap Anwar. Amat sukar untuk saya berpaling tadah dengan Anwar yang sudah saya kenal lebih dari 30 tahun.

"Namun 38 maklumat baru ini bagaimana pun akhirnya membuatkan saya yakin. Malah saya juga berjumpa dengan Tun Mahathir untuk mengetahui perihal Anwar dan penjelasan Tun cukup dengan bukti yang meyakinkan saya.

"Memang masa yang saya ambil agak lama lebih kurang tiga tahun kerana saya perlu mengkaji, menyelidik dan menyiasat terlebih dulu, kerana memang begitulah sifat seorang ahli akademik seperti saya," ujarnya.

Justeru pendedahannya itu, beliau mengakui sudah mula wujud tohmahan dan fitnah terhadap dirinya yang kini disebar luaskan melalui media sosial.

"Ada dua fitnah yang tertonjol iaitu yang pertamanya ialah minit mesyuarat yang dikatakan saya terlibat dalam mesyuarat tersebut. Ini adalah fitnah semata-mata. Ia hanya rekaan dan palsu. Bukti saya tak terlibat dalam mesyuarat itu ialah ketika tarikh itu saya berada di Sarawak menjalankan kerja-kerja dakwah dan mendekati masyarakat.

"Yang keduanya, ialah fakta-fakta yang dikeluarkan sebuah blog dengan nama Haji Omar Abdul Rahman, yang mendakwa saya kenal dia padahal saya tidak kenal pada individu yang bernama Haji Omar itu.

"Dia tuduh saya menerima RM 50 ribu dan tanah kurniaan kerajaan Selangor. Itu tidak benar sama sekali. Itu hanya tuduhan liar dan jika dia benar, maka kemukakanlah bukti. Ini tidak lain hanyalah fitnah untuk menyerang saya kerana tindakan saya mengumumkan tidak lagi bersama dengan perjuangan Anwar," tegasnya.

Ditanya mengapa beliau bersependapat dengan beberapa tokoh agama seperti Datuk Hassan Ali dan beberapa tokoh lain yang menyeru agar umat Islam memberikan undi kepada UMNO pada PRU ke 13 ini, maka jawab beliau, apabila bercakap soal siapa yang patut memimpin negara, beliau terpaksa berkata benar.

"Saya bukan ahli politik dan bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa. Saya adalah ahli akademik dan pendakwah, tetapi saya mahu negara Malaysia ini dipimpin oleh individu yang mempunyai maruah dan kredibiliti," jelasnya.

Manakala menyentuh dakwaan sesetengah pihak seperti parti Pas yang mengatakan UMNO menolak Islam dan sebagainya, menurut beliau itu hanyalah satu dakwaan politik yang tidak ada asasnya.

"Dakwaan tersebut tidak adil. Apakah bantuan yang diberikan kepada fakir-fakir, golongan masakin dan asnaf itu tidak islamik? Secara institusi pula dizahirkan Universiti Islam Antarabangsa, Univerisiti Sains Islam Malaysia dan kini kerajaan dalam percangan mewujudkan Universiti Al Quran Malaysia. Apakah ini tidak Islamik?," soal beliau tegas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...