Showing posts with label Ketua Menteri. Show all posts
Showing posts with label Ketua Menteri. Show all posts

Thursday, May 02, 2013

PRU-13: 'Lajim yang banyak gadai tanah' - Musa

 
Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

BEAUFORT 2 Mei - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyelar bekas Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin kerana gemar berbohong apabila mendakwa semua pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di daerah ini merupakan hasil usahanya.

Beliau menyifatkan dakwaan itu tidak benar kerana banyak projek besar yang dilaksanakan di daerah itu diusahakan calon BN bagi kerusi Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Tegas Musa, Azizah telah berusaha memohon projek-projek pembangunan untuk daerah itu semasa bertugas dalam kementerian Persekutuan antara 2004 hingga 2008.

"Sebagai contoh, Kompleks Sukan Beaufort, bangunan perpustakaan daerah, jambatan dan bekalan air adalah antara projek yang diusahakan oleh beliau (Azizah).

"Namun, dalam kempennya, Lajim mendakwa semua projek itu diusahakannya. Kita ada bukti," ujarnya ketika berucap pada majlis anjuran Yayasan Sabah hari ini.

Yang turut hadir, Azizah; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Isnin Aliasnih; calon BN DUN Kuala Penyu, Limus Jury; calon BN Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; calon BN DUN Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi dan calon BN DUN Sindumin, Ahmad Bujang.

Tambah Musa, Lajim turut menabur fitnah dengan mengaitkan namanya dengan pemilikan tanah di daerah yang kemudian dijadikan isu kempen beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Lajim tuduh tanah padang dan tapak tamu pekan daerah Beaufort dikaitkan dengan nama saya sedangkan ia milik Majlis Daerah Beaufort (MDB). Apa yang saya tahu, beliaulah yang banyak menggadai tanah kepada orang luar untuk kepentingan sendiri," katanya. - UTUSAN ONLINE
 
 

Wednesday, May 01, 2013

ATM Nafi Bawa Pengundi Hantu Ke Semenanjung. #PRU13


LAHAD DATU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ia membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini menyifatkan dakwaan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu bagi mencemar imej pasukan keselamatan.

Beliau meminta pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan fitnah mereka yang tidak berasas itu yang dipercayai dibuat semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya umum ini.

"Tuduhan melulu sesetengah pihak termasuk dakwaan kononnya ATM dipengaruhi parti politik dalam pilihan raya, menyebabkan imej ATM tercemar. Hentikan serangan politik yang tidak sihat dan jangan sekali-kali membabitkan ATM kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap negara dan rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya ATM cuba membawa masuk pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Khalid pada sidang media baru-baru ini dilaporkan sebagai mendakwa terdapat penerbangan khas dari Sabah Sarawak yang mendarat di lokasi tertentu, bukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Tambang Rendah (LCCT) yang dikatakan membawa pengundi hantu berdasarkan kononnya risikanpakatan pembangkang.

Zulkifeli yang kesal dengan perbuatan itu berkata ATM merupakan institusi berkecuali yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik di negara ini.

"Sebagai badan profesional, kami menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir yang mengganggu ketenteraman awam.

"Atas tugas dan tanggungjawab itu juga ada antara anggota kita terkorban," katanya.- Bernama



Sumber: BERNAMA

Tuesday, April 30, 2013

Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) Tidak Layak Mengundi #PRU13


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Sehubungan itu beliau berkata dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

"Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.

"Namun status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan atau masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jariah berkata pada 2008 Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang baharu telah dikeluarkan dan dikenali sebagai MyKas berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan Pemastautin Sementara serta dicatat sebagai Bukan Warganegara pada kad itu, dengan tempoh sah laku selama lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

"Sebelum 2009, semua kad pengenalan dikeluarkan menggunakan kad yang sama berwarna biru, sama ada kepada mereka yang bertaraf warganegara atau bukan warganegara.

"Bagaimanapun bagi Kad Pengenalan Pemastautin Sementara terdapat perbezaan pada muka depan kad tersebut iaitu mempunyai catatan tarikh luput, 'Pemastautin Sementara' dan terdapat lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad," katanya. (Bernama)


Sumber: SabahKini

Monday, April 29, 2013

SABAH: MANTAN MP (Datuk Suhaili Abdul Rahman) AJAK RAKYAT TOLAK PEMBANGKANG #PRU13


Oleh : MUTALIB M.D

WALAUPUN dibayangi pelbagai kemelut dan persepsi, namun Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yakin Barisan Nasional akan berjaya mempertahankan kerusi tradisinya, Labuan tanpa menghadapi banyak rintangan.

Suhaili yang berjaya dihubungi sebentar tadi berkata walaupun terdapat prajudis di kalangan pengikut masing-masing dan beliau tidak dijemput memberikan ceramah, namun beliau tetap membantu calon BN, Rozman Isli, dengan mendekati para pengundi secara peribadi dan menghadiri setiap ceramah yang dianjurkan BN jika beliau berada di Labuan.

Kata Suhaili, sebagai pemimpin veteran, beliau tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi melalui publisiti kerana tumpuannya untuk membantu BN mempertahankan kerusi Labuan dengan majoriti yang lebih besar.

"Saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan akhbar sebelum ini kerana mahu memastikan kedudukan BN selamat kerana untuk apa kita buat spekulasi jika belum pastikan jentera BN benar-benar mantap?," kata Suhaili yang menafikan laporan media bahawa berlaku krisis dalam parti.

Tegas Suhaili, beliau tidak bersetuju dengan laporan yang mengatakan bahawa Rozman rasis; namun mengakui kesilapan juru acara yang gemar menggunakan bahasa Kedayan sehingga ada pihak yang melakukan provokasi untuk menaikkan kemarahan masyarakat Brunei.

"Sudah lama berlaku asimilasi dan kepelbagai budaya Kedayan dan Brunei, tetapi tidak sampai berlaku persengketaan kaum kerana masing-masing daripada rumpun yang sama," ujar Suhaili yang meminta agar kedua kaum berkenaan kembali merapatkan barisan untuk memastikan masa hadapan mereka terbela di bawah panji-panji BN.

Kemunculan calon Pakatan Rakyat di ambang pilihanraya kata Suhaili, umpama fatamorgana di padang pasir nan tandus. Boleh dilihat tetapi sukar dipercayai janji mereka kerana semuanya hanya illusi.

Sehubungan itu, Suhaili menggesa agar jentera BN melaksanakan tugas mereka dengan penuh hemat agar dapat menarik lebih ramai pengundi dan memastikan tidak berlaku sabotaj dalam parti seperti yang menjangkiti Pakatan Rakyat sekarang.


Sumber: SabahKini

Saturday, April 27, 2013

Labuan: PAS Labuan Boikot Anwar #PRU13

Labuan: Ketiadaan pemimpin PAS pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menimbulkan persoalan kepemimpinan parti itu kecewa calon parti itu, Hadnan Mohamad diminta berundur bagi memberi laluan kepada calon PKR.

Dalam ceramah di Kampung Patau-Patau dekat sini, selain Hadnan yang juga Ketua Penerangan PAS Labuan, turut tidak kelihatan Yang Dipertuanya, Hamir Zahari.

Difahamkan, pemimpin serta ahli akar umbi PAS Labuan masih terkilan dengan keputusan kepemimpinan pakatan pembangkang yang meminta Hadnan memberi laluan kepada calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin walaupun pencalonannya dipersetujui PAS Pusat terlebih awal.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, Ibrahim yang juga calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Sabah akan berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Rozman Isli.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Penasihat PKR mendakwa, isu berhubung pengagihan kerusi dalam pakatan pembangkang sudah diselesaikan.

“Masalah berkaitan calon PAS (Parlimen Labuan) sudah selesai. Jadi, saya minta semua penyokong pakatan mengundi calon PKR (pada hari pengundian 5 Mei ini),” katanya.
Sumber: BHarian

Tuesday, April 23, 2013

MUSA AMAN LAWAN 'UNDERDOG'? #PRU13 #MUSA AMAN WIRA SABAH


KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sudah dianggap menang sebelum bertanding kerana semua empat calon yang menentang beliau hanyalah tokoh yang tidak dikenali atau 'Underdog' dalam politik.

Musa, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah ditentang calon PKR, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Bebas.

PKR meletakkan calonnya Ketua Angkatan Muda Keadilan Libaran, Irwanshah Mustapha; A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP); Mohd Arshad Abdul (Bebas) dan Mohd Roslan Yussof (Star).

Musa penyandang DUN Sungai Sibuga tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serba Guna Libaran pada 9.11 pagi bersama pencadang Datuk Basrah Abdul Rahman dan penyokong Mokhran Ingkat.

Sebaik pusat penamaan calon dibuka di Dewan Serba Guna Libaran, calon SAPP paling awal memasuki dewan dan menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pengurus pada jam 9.02 pagi.

Musa diarak oleh penyokongnya ke pusat penamaan calon dari rumahnya terletak bersebelahan dengan pusat penamaan calon.

Pada jam 11.35 pagi, Pegawai Pengurus P.184 Libaran Jeffrey Aman mengumumkan calon yang bertanding untuk Parlimen Libaran, DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Bagi DUN Gum-Gum, penyandang kerusi itu Datuk Zakaria Edris (BN) berhadapan dua calon pembangkang iaitu Ketua Perhubungan PKR, Ahmad Thamrin@Tamrin Mohd Jaini dan Hassan Hami@Hamid (Star).

Dalam PRU12, Zakaria menang tanpa bertanding untuk kerusi itu.

Parlimen Libaran, penyandangnya Datuk Juslie Ajirol (BN) ditentang tiga calon daripada PKR, Star dan Bebas.

Membuat kejutan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Libaran yang juga bekas Ketua Pemuda Umno bahagian itu Sahar Saka bertanding atas tiket Bebas manakala PKR meletakkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Mohd Serman Hassnar dan Rosnah Unsari (Star).

Keadaan keselamatan terkawal dan tiada kejadian diingini berlaku berikutan kawalan ketat anggota polis serta penyokong parti yang bertanding, mematuhi arahan polis.

Musa merupakan sebahagian daripada 262 calon Dewan Undangan Negeri yang layak bertanding di 60 kawasan di dalam PRU-13 di Sabah yang menyaksikan buat pertama kalinya tiada calon yang menang tanpa bertanding seperti sebelumnya.


Sumber: SabahKini

Monday, April 22, 2013

GE13: Sabah BN manifesto pledges to solve Sabah illegal immigrant problems #PRU13

KOTA KINABALU: A pledge to continue to find solutions to Sabah illegal immigrant problems and solutions to native land issues is one of the highlights of a special 16-point Sabah Barisan Nasional manifesto.
The special manifesto by the state Barisan, aimed at countering various local issues, including oil royalties raised by the opposition, was launched by Sabah Barisan chairman Datuk Seri Musa Aman together with heads of component parties at the Sabah Umno headquarters here on Monday.
``This is our commitment to the rakyat. We are continuing our efforts. Barisan Sabah will do more,'' he said in dismissing opposition promises in their manifesto for Sabah as unrealistic.
The state Barisan manifesto promises to implement the recommendations of the ongoing Royal Commission of Inquiry to solve the illegal immigrant problem, he said in apparent reference to the proposal by the opposition to reissue identity cards (ICs) for Sabahans.
The manifesto, which printed in Bahasa Malaysia, English, Chinese and Kadazandusun, promises to also implement new laws and institutions to speed up solutions to land matters under Native Customary Rights (NCR).
Sabah Barisan also promised to protect the spirit of the 20-point Malaysia Agreement of 1963 while also promising equal opportunity for all in state service.
``The government has committed to continue special cash payments, development and operational funding exceeding 20% of oil and gas revenue,'' Musa said, promising to match the Pakatan Rakayat's promise to give Sabah 20% royalty.
In launching the manifesto, Musa said that the state Barisan government was prudent in its spending and has over RM4.088bil in reserves and had helped reduce poverty rates from 19.7% to 8.1% over the last three years.
Among the achievements of the state Barisan government included the issuance of communal titles that involved over 192,000 villagers while tourism earnings hit the RM5.17bil mark last year.

Sumber: The STar

Manifesto BN Sabah: 16 Perkara Dalam Manifesto BN Sabah #PRU13





Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Isnin melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah bertemakan ‘Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan’, yang mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Manifesto itu merupakan pelengkap kepada manifesto nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak “Manifesto ini adalah komitmen dan iltizam kita semua dalam meneruskan perjuangan yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Ia telah dipersetujui selepas perbincangan oleh semua parti komponen yang mengambil kira semua pihak kerana kita tidak populis dan kita berpijak di bumi yang nyata,” kata Musa yang juga penyelaras BN negeri pada majlis pelancaran di Bangunan Umno di sini.

Antara kandungan manifesto itu ialah komitmen untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani pendatang haram, memelihara dan memperkenalkan ordinan tanah yang relevan dan mempertahankan keamanan serta keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

Manifesto itu juga mengandungi janji BN yang akan memastikan peluang saksama dalam perkhidmatan negeri, meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah.

BN juga akan mendokong Perjanjian 20 Perkara selain mengurangkan tahap kemiskinan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun, memelihara alam sekitar, membanteras rasuah, perundingan dengan masyarakat dalam membuat dasar serta sasaran terhadap pembangunan belia dan sukan.

Golongan wanita juga tidak dilupakan apabila manifesto itu turut melibatkan usaha memperkasa wanita dan memastikan kesaksamaan gender, meningkatkan pembangunan modal insan, penyertaan dalam ekonomi moden, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta keberkesanan badan-badan negeri.

Musa berkata segala janji dalam kandungan manifesto itu akan ditunaikan sekiranya kerajaan BN mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ini.

Malah, beliau percaya rakyat Sabah akan bijak membuat penilaian terhadap pencapaian kerajaan BN sepertimana terkandung dalam manifesto yang akan diedarkan kepada seluruh rakyat Sabah.

Menurutnya, manifesto itu akan diedar bersama aku janji BN nasional serta buletin BN dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Kadazandusun.Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Musa berkata manifesto yang dilancarkan itu adalah praktikal yang mampu dilaksanakan apabila mentadbir kerajaan negeri dan pusat.

“Manifesto ini adalah amat realistik dan berpijak di bumi yang nyata boleh dlaksanakan sedangkan manifesto pembangkang semuanya tidak betul dan tidak boleh melaksanakan segala janjinya,” katanya.

Turut hadir kesemua calon BN pada pilihan raya umum ini termasuk pemimpin parti komponen BN iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew. -BERNAMA




The key points are :
1. Resolve the issue of illegal immigrants

2. Land laws

3. Peace and security under Eastern Sabah Security Command

4. Equal opportunities in the state service

5. Oil and gas industry

6. 20-point agreement

7. Poverty eradication

8. Protecting the environment

9. Fight against corruption

10. Consultation with the people in decision making

11. Focus on youth and sports development

12. Empowering women and ensuring gender equality

13. Intensifying human capital development

14. Participation in the modern economy

15. Bridging the gap between urban and rural development

16. Effectiveness and accountability of state agencies.


Sumber: MummyNemo

Sunday, April 21, 2013

SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING PARLIMEN BAGI NEGERI SABAH, 2013 #PRU13

SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
PARLIMEN BAGI NEGERI SABAH, 2013


P. 167 - KUDAT

1. MOJURIP BIN DIYUNSAPP LAYAK BERTANDING

2. RAHIMAH BINTI MAJIDPKR LAYAK BERTANDING

3. DATUK ABD RAHIM BIN BAKRIBN LAYAK BERTANDING

4. JUTIRIM BIN GALIBAI GALABISTAR LAYAK BERTANDING

P. 168 - KOTA MARUDU

1. MAJAMIS BIN TIMBONGSTAR LAYAK BERTANDING

2. JOHNITY @ MAXIMUS BIN ONGKILIBN LAYAK BERTANDING

3. YUNTAU BIN KOLOD SAPP LAYAK BERTANDING

4. MAIJOL BIN MAHAPPKR LAYAK BERTANDING

P. 169 - KOTA BELUD

1. ISNARAISSAH MUNIRAH BT. MAJILIS @ FAKHARUDYPKR LAYAK BERTANDING

2. LAMSIL BIN AMIDSORBEBAS LAYAK BERTANDING

3. KANUL BIN GINDOLBEBAS LAYAK BERTANDING

4. DATO' ABD RAHMAN BIN DAHLANBN LAYAK BERTANDING

5. JALUMIN BIN BAYOGOHSTAR LAYAK BERTANDING

P. 170 - TUARAN

1. SAMIN @ JASMIN BIN DULINSTAR LAYAK BERTANDING

2. ERVEANA ANSARI ALIBEBAS LAYAK BERTANDING

3. MADIUS BIN TANGAUBN LAYAK BERTANDING

4. MOJILIP BIN BUMBURING @ WILFREDPKR LAYAK BERTANDING

P. 171 - SEPANGGAR

1. CHIN HON KIONGSAPP LAYAK BERTANDING

2. DANIEL JOHN JAMBUNSTAR LAYAK BERTANDING

3. JEFFREY KUMIN @ JOHNDAP LAYAK BERTANDING

4. DATUK JUMAT BIN IDRISBN LAYAK BERTANDING

P. 172 - KOTA KINABALU

1. CHIN TEK MINGBN LAYAK BERTANDING

2. LIEW HOCK LEONG @ MICHAELSTAR LAYAK BERTANDING

3. WONG SZE PHIN @ JIMMYDAP LAYAK BERTANDING

P. 173 - PUTATAN

1. LEE HAN KYUN @ JOSEPH LEEDAP LAYAK BERTANDING

2. MAKIN @ MARCUS MOJIGOHBN LAYAK BERTANDING

3. DULI @ DULLIE BIN MARI @ MARIESAPP LAYAK BERTANDING

4. AWANG AHMAD SAHSTAR LAYAK BERTANDING

P. 174 - PENAMPANG

1. BERNARD GILUK DOMPOKBN LAYAK BERTANDING

2. MELANIA @ MELANIE ANNOLSTAR LAYAK BERTANDING

3. IGNATIUS DORELL LEIKINGPKR LAYAK BERTANDING

P. 175 - PAPAR

1. DATUK ROSNAH BINTI HJ ABD RASHID SHIRLINBN LAYAK BERTANDING

2. MOHAMMAD YAHYA @ YAHYA BIN LAMPONGPKR LAYAK BERTANDING

3. BALON BIN MUJIMSTAR LAYAK BERTANDING

P. 176 - KIMANIS

1. DATUK ANIFAH BIN AMAN @ HANIFF AMMANBN LAYAK BERTANDING

2. JAAFAR BIN ISMAILPKR LAYAK BERTANDING

3. JAMIL BIN WILLIAM CORESAPP LAYAK BERTANDING

4. LUSIN BIN BALANGONSTAR LAYAK BERTANDING

P. 177 - BEAUFORT

1. GUAN DEE BIN KOH HOISTAR LAYAK BERTANDING

2. DATUK AZIZAH BINTI MOHD DUNBN LAYAK BERTANDING

3. LAJIM BIN UKINPKR LAYAK BERTANDING

P. 178 - SIPITANG

1. DATUK SAPAWI BIN AMAT WASALI @ AHMADBN LAYAK BERTANDING

2. KAMIS BIN DAMINGSAPP LAYAK BERTANDING

3. RAMLE BIN DUA @ RAMLI DUA LEEPKR LAYAK BERTANDING

P. 179 - RANAU

1. JONATHAN BIN YASINPKR LAYAK BERTANDING

2. YAZID BIN SAHJINANBEBAS LAYAK BERTANDING

3. EWON EBINBN LAYAK BERTANDING

4. JULIANAH BTE SITUN @ WIDYA JULIASTAR LAYAK BERTANDING

P. 180 - KENINGAU

1. GAPARI BIN KATINGAN @ GEOFFREY KITINGANSTAR LAYAK BERTANDING

2. JOSEPH PAIRIN KITINGANBN LAYAK BERTANDING

3. STEPHEN SANDORPKR LAYAK BERTANDING

P. 181 - TENOM

1. DATUK RAIME BIN UNGGIBN LAYAK BERTANDING

2. MUTANG @ SYLVESTER BIN DAWATKITA LAYAK BERTANDING

3. JAINEH BIN JUAYA @ JIMMY JAWATAHSAPP LAYAK BERTANDING

4. MASDIN BIN TUMASPKR LAYAK BERTANDING

5. HASMIN @ AZROY BIN ABDULLAHSTAR LAYAK BERTANDING

P. 182 - PENSIANGAN

1. MARTIN TOMY @ TOMMY STAR LAYAK BERTANDING

2. RICHARD SAKIAN BIN GUNTINGPKR LAYAK BERTANDING

3. JOSEPH KURUPBN LAYAK BERTANDING

4. FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUDBEBAS LAYAK BERTANDING

P. 183 - BELURAN

1. RONALD KIANDEEBN LAYAK BERTANDING

2. RAIMON BIN LANJATSTAR LAYAK BERTANDING

3. JAMES BIN MIKIPKR LAYAK BERTANDING

4. DATU KAMARUDDIN BIN DATU MUSTAPHABEBAS LAYAK BERTANDING

P. 184 - LIBARAN

1. DATUK JUSLIE BIN AJIROLBN LAYAK BERTANDING

2. SAHAR BIN SAKABEBAS LAYAK BERTANDING

3. MOHD SERMAN BIN HASSNARPKR LAYAK BERTANDING

4. ROSNAH BINTI UNSARISTAR LAYAK BERTANDING

P. 185 - BATU SAPI

1. HAMZA BIN A. ABDULLAH @ HAMZAHPAS LAYAK BERTANDING

2. TSEN THAU LINBN LAYAK BERTANDING

3. SAIFUL BAHARI RASHADA BIN AHMADSTAR LAYAK BERTANDING

P. 186 - SANDAKAN

1. LIEW VUI KEONGBN LAYAK BERTANDING

2. WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOHDAP LAYAK BERTANDING

P. 187 - KINABATANGAN

1. ABDULLAH BIN ABDUL SANIPKR LAYAK BERTANDING

2. DATUK MOKTAR BIN RADINBN LAYAK BERTANDING

3. HAJI ALI LATIP BIN HAJI TAHABEBAS LAYAK BERTANDING

4. YAMBUYA BIN PARANTIS @ CYRIL PONGODSTAR LAYAK BERTANDING

P. 188 - SILAM

1. APAS @ NAWAWIE BIN SAKINGSTAR LAYAK BERTANDING

2. BADRULAMIN BIN BAHRONPKR LAYAK BERTANDING

3. DATU NASRUN BIN DATU MANSURBN LAYAK BERTANDING

4. DUMI BIN PG. MASDALBEBAS LAYAK BERTANDING

P. 189 - SEMPORNA

1. DATUK SERI MOHD SHAFIE BIN APDALBN LAYAK BERTANDING

2. ZAMREE @ MOHD SUFFIAN B ABDUL HABIPKR LAYAK BERTANDING

3. DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HJ MUSTAPHABEBAS LAYAK BERTANDING

P. 190 - TAWAU

1. YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JINBN LAYAK BERTANDING

2. KONG HONG MING @ KONG FO MINPKR LAYAK BERTANDING

3. CHUA SOON BUISAPP LAYAK BERTANDING

4. AHMAD BIN AWANG @ MADONBEBAS LAYAK BERTANDING

P. 191 - KALABAKAN

1. MALVINE REYESSTAR LAYAK BERTANDING

2. FREDDIE JAPAT ANAK SIMBOLBEBAS LAYAK BERTANDING

3. YAHYA BIN ZAINAL BEBAS LAYAK BERTANDING

4. USMAN BIN MADEAMINGPAS LAYAK BERTANDING

5. ABDUL GHAPUR BIN SALLEHBN LAYAK BERTANDING

6. MOHD BIN MANUKEBEBAS LAYAK BERTANDING

7. SIAMSIR BIN BORHANBEBAS LAYAK BERTANDING


Sumber: SPR

Thursday, March 28, 2013

Musa Aman Wira Sabah

SANDAKAN : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, merasa terharu dan berbesar hati atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengumumkannya sebagai Pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) berkuatkuasa serta-merta itu.

Menurut beliau, amanah yang diberikan kepadanya akan digalas sebaik mungkin malahan akan berusaha bagi memastikan keamanan dan keselamatan seluruh rakyat jelata terus terjamin.
Beliau juga akan melakukan yang terbaik untuk negeri ini terutama melibatkan 10 daerah di bawah ESSZONE iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

"Saya amat menghargai perlantikan sebagai Pengerusi ESSZONE dan berikrar untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan demi keselamatan sekali gus memberikan kesejahteraan kepada kita semua," katanya.

Bercakap kepada pemberita semasa ditemui pada program Dryrun Simulasi PRU-13 BN Libaran di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat sini, kelmarin Musa berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan melantiknya sebagai Pengerusi ESSZONE.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri untuk mewujudkan ESSZONE yang merangkumi 10 daerah itu membuktikan bahawa komitmen tinggi beliau terhadap penduduk di negeri ini dengan memastikan keselamatan terus terjamin.

"Saya yakin dan percaya, Sabah akan berada dalam keadaan aman dan selamat dibawah pelaksanaan ESSZONE saya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri diatas amanah yang diberikan ini.

"Dari situ, kita boleh nampak keprihatinan beliau yang bertindak cepat demi keamanan dan keselamatan rakyat negeri ini ... sudah pasti pendekatan ini akan menambah lagi keyakinan rakyat," jelas Musa.

Terdahulu, sewaktu berucap pada program pilihanraya secara olok-olok itu Ketua Menteri menyuarakan keyakinan parti akan beroleh kejayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 berdasarkan komitmen yang tinggi daripada ahli-ahli.

Beliau berkata, kerjasama di kalangan tiga sayap penting parti iaitu Wanita Umno, Pemuda Umno dan Puteri Umno akan membantu mengukuhkan lagi kekuatan Barisan Nasional (BN) apabila berdepan dengan pihak pembangkang pada PRU-13 nanti.

Katanya, keyakinan ini ekoran strategi yang dirangka terbukti berkesan terutama program melibatkan pilihanraya secara olok-olok yang dapat dijalankan dengan lebih kemas dan teratur sekali gus menyumbang kepada kekuatan parti.

"Saya berpuas hati sepanjang program berkenaan ianya berjalan dengan sempurna dan apa yang menyumbang kepada kekuatan BN apabila kerjasama ketiga-tiga sayap penting parti dengan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi atau PDM.

"Mereka yang terlibat tahu peranan masing-masing dan sudah tentu kerjasama mereka ini akan dapat mengenal pasti apa jua kelemahan yang ada pada parti untuk diperbaiki segera.

"Saya beritahu tadi, walaupun program ini adalah satu pilihan raya yang olok-olok ... tapi penting untuk kita mengenal pasti kelemahan parti supaya bila tibanya pilihanraya nanti, kita akan lebih siap siaga.

"Yang penting setiap ahli parti tidak muda leka dan alpa sebaliknya sentiasa bersiap sedia bagi memantapkan lagi kekuatan jentera parti ... sebab itu, program sebegini amat penting demi kebaikan parti itu sendiri," katanya yang juga Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Pengerusi BN Negeri itu turut berkeyakinan ketiga-tiga kerusi di Libaran akan dapat dipertahankan berdasarkan sokongan rakyat semakin meningkat.

Menurutnya, sokongan rakyat di kawasan tersebut tidak pernah berbelah-bagi biarpun pihak lawan cuba mengaburi dengan bermacam-macam dakyah yang tidak berasas.

"Pihak lawan masih dengan taktik kosong dengan menjanjikan itu dan ini ... tetapi kerajaan BN mengotakan janji-janji, saya percaya keyakinan rakyat dan kesiapsiagaan parti akan membawa kejayaan yang lebih bermakna menjelang PRU-13 nanti," ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris dan Ketua Pemuda Umno Libaran, Suhaimi Haji Nasir serta ketua-ketua cawangan Umno Libaran termasuk ketua-ketua PDM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...