Monday, April 08, 2013

Kerajaan Bakal Naik Taraf Sistem Pengawasan Radar Pantai Timur Sabah.

TAWAU: Sistem Pengawasan Radar Inisiatif 1206 di beberapa lokasi di kawasan Pantai Timur Sabah akan dinaiktaraf, manakala radar-radar baru akan dipasang di sepanjang 1,400 kilometer kawasan terbabit, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pemasangan radar baru itu tertakluk kepada keperluan ketiga-tiga perkhidmatan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah-mesra bersama warga ATM Zon Tawau di Dewan Berani Ikhlas, Kem Kubota, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif menaiktaraf dan pemasangan radar baru itu adalah selaras dengan tanggungjawab pasukan terbabit terutama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).”

Ditanya mengenai status terkini Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berikutan pewujudan ESSCOM dan ESSZONE, beliau menegaskan bahawa ATB 2 tidak akan dibubarkan.

“ATB 2 akan bersama-sama dengan ESSCOM bagi melaksanakan tanggungjawab ESSZONE...Sebaliknya penyelarasan akan dilakukan di dalam operasi oleh ATB dan lain-lain perkhidmatan ATM bersama polis dan APMM,” katanya.

- BERNAMA
 
 
Sumber: FB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...