Tuesday, April 23, 2013

MUSA AMAN LAWAN 'UNDERDOG'? #PRU13 #MUSA AMAN WIRA SABAH


KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sudah dianggap menang sebelum bertanding kerana semua empat calon yang menentang beliau hanyalah tokoh yang tidak dikenali atau 'Underdog' dalam politik.

Musa, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah ditentang calon PKR, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Bebas.

PKR meletakkan calonnya Ketua Angkatan Muda Keadilan Libaran, Irwanshah Mustapha; A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP); Mohd Arshad Abdul (Bebas) dan Mohd Roslan Yussof (Star).

Musa penyandang DUN Sungai Sibuga tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serba Guna Libaran pada 9.11 pagi bersama pencadang Datuk Basrah Abdul Rahman dan penyokong Mokhran Ingkat.

Sebaik pusat penamaan calon dibuka di Dewan Serba Guna Libaran, calon SAPP paling awal memasuki dewan dan menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pengurus pada jam 9.02 pagi.

Musa diarak oleh penyokongnya ke pusat penamaan calon dari rumahnya terletak bersebelahan dengan pusat penamaan calon.

Pada jam 11.35 pagi, Pegawai Pengurus P.184 Libaran Jeffrey Aman mengumumkan calon yang bertanding untuk Parlimen Libaran, DUN Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Bagi DUN Gum-Gum, penyandang kerusi itu Datuk Zakaria Edris (BN) berhadapan dua calon pembangkang iaitu Ketua Perhubungan PKR, Ahmad Thamrin@Tamrin Mohd Jaini dan Hassan Hami@Hamid (Star).

Dalam PRU12, Zakaria menang tanpa bertanding untuk kerusi itu.

Parlimen Libaran, penyandangnya Datuk Juslie Ajirol (BN) ditentang tiga calon daripada PKR, Star dan Bebas.

Membuat kejutan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Libaran yang juga bekas Ketua Pemuda Umno bahagian itu Sahar Saka bertanding atas tiket Bebas manakala PKR meletakkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Mohd Serman Hassnar dan Rosnah Unsari (Star).

Keadaan keselamatan terkawal dan tiada kejadian diingini berlaku berikutan kawalan ketat anggota polis serta penyokong parti yang bertanding, mematuhi arahan polis.

Musa merupakan sebahagian daripada 262 calon Dewan Undangan Negeri yang layak bertanding di 60 kawasan di dalam PRU-13 di Sabah yang menyaksikan buat pertama kalinya tiada calon yang menang tanpa bertanding seperti sebelumnya.


Sumber: SabahKini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...