Saturday, March 16, 2013

Yayasan Sabah Dalam Mempergiatkan Lagi Sosio-Budaya Dan Sosio-Ekonomi Rakyat Sabah


"Kumpulan Yayasan Sabah melalui program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) akan mempergiatkan lagi usaha dalam memastikan setiap program dan projek yang dilaksanakan olehnya akan mewujudkan kesan yang optima dalam semua aspek termasuklah sosio-budaya dan sosio-ekonomi", ujar Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Bin Datu Haji Jamalul pada Majlis Pelancaran Program 1Kampung yang telah diadakan pada 9 Mac 2013 bertempat di pentas terbuka Tamu Apin-Apin, Keningau.

"Kami berharap dalam aspek sosio-budaya, program seumpama ini berupaya melahirkan sebuah masyarakat penyayang, sentiasa bermuafakat dan bersatupadu dalam pembangunan kampung serta masyarakat di samping memelihara budaya dan tradisi bangsa", Tan Sri Khalil.

Program 1Kampung ini merupakan sebahagian daripada Program YSBR yang dianjurkan terutama sekalinya untuk menyebarluaskan interaksi antara komuniti tempatan di seluruh negeri serta sebagai satu wadah untuk masyarakat mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kepelbagaian program sosial Kumpulan Yayasan Sabah serta program mutakhir yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah.

Program yang dihadiri seramai 1,500 orang dari kawasan Apin-Apin, Keningau dan Tambunan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.33 Bingkor, YB Datuk Justin Guka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...