Saturday, March 23, 2013

Sabah diceroboh: Suruhanjaya dibentuk, PM umum butiran Isnin ini

 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KLUANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan butiran pembentukan Suruhanjaya Diraja Siasatan berhubung insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina ke atas Lahad Datu, Sabah bulan lalu minggu depan.

Pengumuman akan dibuat Isnin ini sempena sambutan Hari Polis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Walaupun kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang Suruhanjaya Diraja Siasatan, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas.
Sumber: SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...