Saturday, March 30, 2013

"Hanya orang gila yang akan menyokong pakatan pembangkang" Media PRIBUMI'S


KOTA KINABALU : Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S)) mengambil ketetapan untuk menyokong serta membantu memenangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Presidennya, Dato Ruddy Awah berkata, keputusan itu diambil setelah melihat senario politik semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan transformasi pembangunan di negeri ini.
Kita akan bantu BN mendapatkan semula mandat daripada rakyat. Kita akan berusaha membantu semua komponen BN di negeri ini. Kerajaan tidak pernah meminggirkan hak rakyat untuk terus diberi pembelaan dalam memajukan diri dengan memperjuangkan kepentingan mereka.

Pribumi's di peringkat pusat akan buat program jelajah di seluruh negeri. Pemimpin Pribumi's di peringkat negeri juga akan membuat kempen kesedaran khususnya kepada masyarakat Pribumi yang masih ketingalan agar hak keistimewaan kita ini dapat terus dipertahankan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita, ketika ditemui di Daya Kinabalu Hotel selepas diminta mengulas ketetapan Pribumi’s dalam menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik menjelang PRU 13. Hadir sama, Timbalan Ketua Penerangan Afidah Bujang.

Terdahulu, Ruddy yang berbangsa Dusun Cino Kimarangang mengajak Pribumi agar tidak terpedaya dan terpengaruh untuk menyokong pembangkang yang kononnya akan membela Pribumi di negeri ini.

Beliau juga berkata, dengan pelbagai kepincangan pembangkang yang didedahkan terutamanya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya orang gila yang akan menyokong pakatan pembangkang.

Oleh : Media PRIBUMI'S

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...