Angkatan Tentera DiRaja
Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan
terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu,
Sabah.
Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.
Konflik Lahad Datu perlu
dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula
kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mynewshub
difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan
berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya
dan bukan kerajaan ‘caretaker’.
Seperti yang kita tahu,
semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota
untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung
Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12
Feb lepas.
Malah, Panglima Angkatan
Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat
yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan
tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan
kecil.
Beliau berkata 12 kereta
kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat
dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di
sini secara berperingkat.
Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.
Zulkifeli berkata,
langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus
laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut
dan di darat.
Sementara itu, Menteri
Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak
akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan
yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.
Ini bererti hanya
tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis
pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.
Hari ini, Op Daulat
memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet
pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.
Walaupun pengganas Sulu
yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan
itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.
Kumpulan berkenaan yang
sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op
Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke
zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.
Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil. - MyNewsHub
Sumber: Empayar Pemuda
No comments:
Post a Comment