Friday, April 05, 2013

Sabah Maju Di Bawah Kepimpina Musa Aman


Sabah bertuah kerana dipimpin oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman yang bijak mengurus kewangan negeri, kata wakil Pemuda Umno Sabah, Bahrul Razha Hj. Chuprat.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah juga seorang yang bervisi jauh dan selalu mendidik anggota Umno supaya ikhlas dalam perjuangan.

Katanya, kepimpinan Ketua Menteri dapat dilihat melalui kestabilan ekonomi di negeri itu, antaranya harga hartanah sentiasa meningkat dan Bajet Negeri 2013 yang terbaik dengan peruntukan RM4.088 bilion.

“Selain itu, dengan pengurusan kewangan yang baik, pendapatan kerajaan konsisten RM3.8 bilion setiap tahun (2009-2012), rizab wang RM3 billion, Laporan Perbendaharaan Negara (AG): Sabah pengurusan kewangan terbaik dan berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama 12 tahun berturut-turut.

“Pengurusan kewangan yang cemerlang juga berjaya menarik ramai pelabur datang ke Sabah. Setakat Jun 2012, 24 syarikat diluluskan untuk melabur di Sabah dengan nilai pelaburan RM4.86 bilion yang pastinya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agong Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, di sini, kelmarin.

Bahrul berkata, Pemuda Sabah akan terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mampu mentransformasikan negara, politik Umno/ Barisan Nasional (BN) dan landskap politik negara.

Oleh itu beliau menyeru Pemuda Sabah supaya bekerja habis-habisan untuk memastikan kememangan besar BN, pada pilihan raya akan datang seterusnya mengekalkan kepimpinan negeri dan negara sedia ada.

“Jentera pilihan raya terutamanya Pemuda Umno Sabah kini telah bersiap sedia untuk berperang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya.

Beliau yakin, Sabah akan kekal simpanan tetap BN berdasarkan kepimpinan Ketua Menteri yang kukuh dan sokongan padu semua parti komponen BN di negeri itu.

Bahrul berkata, pembangkang hanya tahu menabur janji kepada rakyat tetapi tidak dapat menunaikannya.
“Ramai pemimpin pembangkang yang hanya sekarang kerap kali datang ke Sabah untuk berkempen berjanji bulan dan bintang, semata-mata mahu meraih simpati daripada rakyat.

“Klon pembangkang yang baru pula, dulu dalam kerajaan tidak komplen sekarang luar kerajaan baru kuat komplen ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Tetapi saya yakin rakyat kini lebih bijak menilai prestasi kerajaan BN dan menolak pembangkang,” katanya.


Sumber: SABAH

Transformasi Ekonomi Sabah: Program Kraftangan Sabah

 

Program Transformasi Yayasan Sabah 2013-2023: Sabah International Convention Centre


Panduan Mengundi #PRU13

Thursday, April 04, 2013

Sejarah Proses Pilihan Raya Di Malaysia

Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme dikalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui Pilihan Raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Undang-undang dan peraturan pilihan raya
Hari Pengundian 19 Ogos 1959

Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-

Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Negeri.
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

Bahagian Pilihan Raya.
Pemilih.
Calon.
Proses Pilihan Raya.

Pusat Pengiraan Undi

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Pengundi memasukkan kertas undi

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-

warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-

pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-

warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-

telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
didapati seorang bankrap; atau
memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.
Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

tarikh mengundi;
lokasi tempat mengundi;
waktu mengundi di semua tempat mengundi;
lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.


Sumber Kedua: VAT59 

Kerajaan BN perlu kembali ke Putrajaya: Najib .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata penting untuk rakyat menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti kerana banyak lagi tugas khusus untuk kesejahteraan rakyat masih belum selesai.

"Kita akan kembali ke Putrajaya sebab banyak tugas belum diselesaikan, perubahan yang besar akan berlaku di negara dan semua rakyat Malaysia akan mendapat pembelaan yang sebaik-baiknya," katanya di majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri di sini.
Najib berkata, apa yang dilakukan kerajaan bukanlah janji kosong tetapi merupakan satu bukti janji ditepati kerana ia merupakan hasrat kerajaan agar dapat membela semua rakyat dengan kesungguhan dan komitmen tinggi.

Beliau berkata 'nambikei' atau keyakinan dengan masyarakat India di seluruh negara dapat diwujudkan kerana rakyat yakin bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang membuktikan janji yang dikotakan.

"Nambikei satu hubungan yang amat istimewa, saya tidak ada hasrat nak bertanding jawatan dalam MIC, saya cuma hendak bantu masyakarat kaum India di negara ini, saya pegang jawatan untuk semua bangsa," katanya.

Najib berkata, beliau mahukan kerajaan yang menegakkan keadilan sosial, berlaku adil kepada semua serta inklusif supaya semua rakyat dapat pertimbangan seadilnya di bawah sinaran cahaya gagasan 1Malaysia.

Beliau juga yakin sambutan rakyat pada majlis hari ini yang menggalakkan merupakan petanda baik untuk BN membawa arus dan gelombang yang akan mengangkat BN untuk kembali berkuasa dengan majoriti lebih besar kali ini.
"Dan sekali gus memberi harapan yang cukup besar bahawa kawasan (Parlimen) Batu boleh dimenangi oleh calon BN," katanya sambil menerima tepukan dan sorakan gemuruh daripada mereka yang hadir.

Beliau berkata, sempena 100 hari menerajui kepimpinan negara pada 1 Julai 2009, beliau telah mengumumkan beberapa komitmen utama, antaranya, memastikan pendaftaran lewat kelahiran, permohonan kewarganegaraan dan permit masuk dapat diselesaikan segera.

Beliau berkata, hasil daripada komitmen itu menunjukkan sejumlah 219,485 permohonan daftar lewat kelahiran, taraf kewarganegaraan dan permit masuk sejak 1997 hingga 2010 berjaya diselesaikan.

"Ini terbahagi kepada permohonan kewarganegaraan sebanyak 62,604, permit masuk (18,162) dan daftar lewat kelahiran (138,719). Ini menunjukkan bahawa Kementerian Dalam Negeri termasuk dua agensi khas iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen menggembleng tenaga untuk mencapai sasaran yang telah digariskan," katanya.

Najib berkata, melalui program MyDaftar, khususnya untuk kaum India, kerajaan telah menyelesaikan hampir 7,000 permohonan untuk dokumen pengenalan diri sejak ia dilaksanakan pada 2011.

"Kini kita terima sebanyak 7,600 permohonan baru dan saya percaya tindakan diambil untuk proses permohonan-permohonan tersebut," katanya.

Beliau berkata, kejayaan ini adalah berdasarkan perubahan daripada segi kerangka minda kakitangan dan pegawai agensi yang terbabit yang menyedari bahawa ini merupakan masalah kemanusiaan dan keadilan sosial yang perlu diberi pertimbangan untuk diambil tindakan segera.

"Kita juga menggunakan pendekatan jangan tunggu mereka datang ke Putrajaya atau ke pejabat JPN dan Imigresen, (sebaliknya) kita mesti turun, pergi tidak kira sama ada di ladang, estet, kampung Orang Asli yang jauh di pedalaman ataupun di rumah panjang.

"Walaupun kawasan tersebut amat sukar dari segi perhubungan tetapi agensi-agensi ini telahpun bergerak untuk mendekatkan kerajaan kepada mereka dan dengan ini begitu banyak kes-kes yang tidak mungkin dapat diselesaikan, sudahpun diselesaikan melalui pendekatan yang baru," katanya.

Beliau juga mahu JPN dan Imigresen supaya meneruskan tugas mereka mencari dan menyelesaikan kes-kes berkaitan secepat mungkin kerana pemerolehan dokumen pengenalan diri merupakan hak asasi mereka.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat seramai 300,000 masyarakat India yang masih belum memperolehi dokumen pengenalan diri, Najib berkata ia tidak masuk akal dan tidak perlu mempolitikkan isu terbabit.

"Kita panggil mereka datang, kalau 300,000 orang membanjiri Putrajaya mungkin akan sesak jalan tetapi yang muncul cuma satu peratus sahaja, mereka buat janji kononnya dalam masa 100 hari kalau pakatan perintah mereka boleh selesaikan 300,000 kes ini.

"Ini bererti 3,000 kes perlu diselesaikan dalam sehari dan tidak mungkin dapat diselesaikan, saya tidak percaya perkara ini boleh dilakukan, ini satu lagi janji palsu, janji bohong yang dibuat pembangkang," katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sijil kewarganegaraan kepada 100 orang, permit masuk (10) dan sijil kelahiran (10) serta melawat "Mobile Unit" JPN.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pelaksana Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. - BERNAMA

Lahad Datu: Penempatan Semula Dahulukan Kepentingan Rakyat

KOTA KINABALU 3 April - Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat berhubung sebarang keputusan penempatan semula penduduk yang terlibat dalam pencerobohan kumpulan pengganas Kiram.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, segala pandangan daripada ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua komuniti akan diambil kira bagi memastikan keputusan untuk penempatan semula dapat diusahakan dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

"Apa yang penting ialah segenap lapisan rakyat perlu terus memberi kerjasama, komitmen dan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya akan terus terpelihara," katanya.

Musa yang juga Pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan transformasi politik berhubung keselamatan Sabah dan Esszone yang turut dihadiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Musa turut melancarkan buku bertajuk Putting to Rest the Claim to Sabah by the Self-Proclaimed Sultanate of Sulu tulisan Gani.

Sebelum ini dilaporkan pasukan keselamatan memutuskan Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Sebagai Pengerusi Esszone, Musa berkata, beliau akan memastikan agar kebajikan setiap penduduk yang terjejas diberi perhatian sewajarnya.

"Penubuhan Esszone adalah satu langkah pragmatik bagi memperkukuhkan keselamatan negara dan semangat perpaduan rakyat terutamanya di kawasan Sabah Timur," katanya.

Berhubung persidangan itu, Musa berharap mereka yang terlibat dapat memanfaatkan sepenuh peluang yang disediakan menerusi forum itu bagi mendapatkan fakta yang tepat dan jelas berkenaan isu-isu insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan penubuhan Esszone.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Musa berharap persidangan itu dapat memberi penjelasan dan penerangan mengenai Esszone selain berusaha memikul tangungjawab sebaik mungkin bagi memastikan rakyat yang terlibat mendapat pembelaan sebaiknya.

Kira-kira 500 peserta terdiri daripada pegawai daerah, penjawat awam dan swasta serta pemimpin masyarakat menghadiri persidangan sehari itu. - BERNAMA


Sumber: Utusan

ESSZONE Buka Lembaran Baharu Penduduk Pantai Timur Sabah

ESSZONE Buka Lembaran Baharu Penduduk Pantai Timur Sabah 
Oleh Siti Zubaidah Abdullah

SEMPORNA, 3 April (Bernama) -- Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) adalah satu lembaran baharu dalam meningkatkan jaminan keselamatan dan keamanan di kawasan persisir pantai negeri itu yang bersempadan dengan selatan Filipina.

Bertitik tolak daripada pencerobohan militan dari selatan Filipina di persisir pantai Lahad Datu 12 Feb lepas, kerajaan mengambil langkah menubuhkan Esscom diikuti penubuhan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai landasan perundangan bagi ESSCOM.

Kawasan ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu yang dijadikan pusat pemerintah, diketuai Datuk Mohammad Mentek sebagai pengarahnya, manakala ESSZONE meliputi kawasan yang lebih luas iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

"Saya mahu perangi habis-habisan soal pencerobohan. Keselamatan rakyat Sabah tidak harus dikompromi dan saya ingin yakini orang ramai bahawa kerajaan serius dalam usaha mewujudkan zon keselamatan di Sabah," itu janji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Serentak dengan pelaksanaan ESSCOM dan ESSZONE itu, tiga pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan beroperasi di kawasan ESSCOM iaitu di Lahad Datu, Kudat dan Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit, Pulau Bangi.

Komitmen menteri berkenaan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan ESSCOM dan ESSZONE jelas apabila beliau sendiri 'turun padang' meninjau kawasan terlibat Sabtu lepas.

Memulakan lawatan di Pulau Bum Bum, berhampiran pekan Semporna itu, Hishammuddin berkata lebih 20 kabin berserta peralatan petugas polis telah berada di kawasan itu mengikut pelan susun atur dan memulakan operasi pada 2 April.

Kerja meletakkan kabin di enam balai tambahan lain sedang dalam pelaksanaan termasuk di Pulau Mabul, Semporna, manakala kabin tambahan akan ditempatkan di Balai Polis Tambisan, Lahad Datu serta Balai Polis Kerakit, Kudat.

Selain itu, Hishammuddin berkata tapak untuk Balai Polis Pulau Gaya, Kota Kinabalu sedang dikenal pasti dan Balai Polis Felda Sahabat di Lahad Datu kini dalam peringkat akhir pelaksanaan manakala enam kabin lagi ditambah di Balai Polis Cenderawasih Lahad Datu.

Rata-rata penduduk pantai timur Sabah yang ditemui Bernama menyatakan pembentukan ESSZONE memberi lebih keyakinan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan itu.

Abdul Suhud Jaani, 35, berkata pembinaan balai polis di Pulau Bum Bum merupakan 'anugerah besar' kepada rakyat Semporna amnya dan khususnya masyarakat di Pulau Bum Bum yang berhampiran perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

"Secara keseluruhannya rakyat di Semporna sangat berbesar hati dan amat bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kami berharap dengan adanya zon selamat ini dapat memberi jaminan dan menghalang kemasukan rakyat yang tidak diundang," kata pendidik anak jati Semporna itu.

Beliau berkata pembentukan zon selamat itu merupakan bukti keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat Sabah bagi menjamin keselamatan dan kedamaian yang berkekalan.

Seorang penduduk Pulau Bum-Bum, Filmen Madusin, 40, berkata kewujudan balai-balai baharu dan ICQS dapat menghilangkan rasa was-was dan tiada lagi ketakutan menghantui jika keselamatan rakyat terus dipelihara di pulau ini.

"Kerajaan telah buat apa sahaja untuk rakyat rasa selamat.. ini barang pasti (kerajaan BN) yang tidak harus ditukar mahupun disangsi lagi dan hari ini menteri berkaitan turun sendiri meninjau," katanya.

Bagi ibu kepada 13 anak, Siti Fatimah Yong, 38, beliau amat berpuas hati dengan pewujudan balai baharu yang membolehkan masyarakat sekitar menjalankan rutin harian pada sebelah malam atau siang hari dengan rasa selamat.

"...jika dahulu tiada balai, saya risau nak berjalan-jalan apatah lagi untuk membiarkan anak-anak bermain di bawah rumah hingga lewat petang. Sejak peristiwa pengganas mula tersebar hingga ke pulau ini, saya dan anak-anak risau dan takut untuk keluar malam... jam 8 malam sudah berada dalam rumah," katanya.

Anak muda Lahad Datu yang bekerja sebagai nelayan Nor Rahmat Mat Salleh, 27, berkata komitmen kerajaan membentuk ESSCOM dan ESSZONE dapat mengembalikan semangat untuk beliau turun ke laut selepas berbulan tidak bekerja berikutan kes pencerohohan militan Sulu di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cemawang di Gum-Gum, Sandakan pula berkongsi pandangan sama bahawa soal keselamatan di Sabah akan terus terpelihara selepas dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Sulu yang menakutkan penduduk di daerah kedua terbesar di Sabah itu.

Bahagian Keselamatan Dalam Negeri membuka bilik gerakan di Kota Kinabalu melalui talian 088-488850 dan di Kuala Lumpur 019-3936617 bagi menerima dan menyalur maklumat kepada orang awam berhubung perkembangan semasa insiden pencerobohan itu. - BERNAMA


Sumber: Tawau 

Wednesday, April 03, 2013

Jamalul Kiram nafi upah askar ceroboh Sabah??

Photo: Jamalul Kiram nafi upah askar ceroboh Sabah

MANILA - Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menafikan dia membayar upah kepada askar-askar pasukan Keselamatan Diraja untuk memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, lapor akhbar dalam talian Philstar .com semalam.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata, Jamalul Kiram tidak mampu untuk membayar mereka dan para pengikutnya itu.

Idjirani turut berkata, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman telah mengaku tidak menyalurkan dana kepada Jamalul Kiram.

Bagaimanapun, katanya, Muhammad Ridhwan mengaku menyalurkan sumbangan kepada Muedzul Lail Tan Kiram yang didakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

"Muhammad Ridhwan mengaku tidak kenal Jamalul Kiram dan adiknya, Azzimuddie Kiram. Itu bermakna wujud konspirasi di Malaysia. Mereka (Malaysia) menggunakan yayasan amal untuk mencabar kesahihan Kesultanan Sulu," kata Idjirani.

Menurutnya, Muhammad Ridhwan merupakan individu yang membiayai istiadat pertabalan Muedzul sebagai Sultan Sulu pada Disember lalu.

Idjirani menegaskan bahawa walaupun Muedzul yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram, dia sebenarnya berada pada kedudukan ke-14 sebagai pengganti Sultan Sulu.

Dia menyatakan, Malaysia kini terlibat dalam kempen memberikan maklumat yang palsu.

Idjirani turut menyelar Malaysia kerana mendakwa lapan orang lelaki yang dilaporkan telah ditangkap sebagai para penyokong Tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, daripada lapan nama itu hanya seorang sahaja merupakan anggota tentera Kesultanan Sulu.

Para pengikut Jamalul Kiram memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu bagi menuntut tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.

Sementara itu, menurut portal berita, ABS-CBNnews.com kelmarin, Jamalul Kiram menemui Ketua Persidangan Biskop Katolik Filipina, Jose Palma dengan harapan tuntutannya ke atas Sabah akan mendapat perhatian Pope Francis I yang merupakan Ketua Gereja Roman Katolik.

Jamalul Kiram menemui Palma hampir sejam di pejabatnya di sini.

Palma berjanji untuk membawa kes itu ke Majlis Vatican di Vatican. - Agensi

MANILA - Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menafikan dia membayar upah kepada askar-askar pasukan Keselamatan Diraja untuk memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, lapor akhbar dalam talian Philstar .com semalam.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata, Jamalul Kiram tidak mampu untuk membayar mereka dan para pengikutnya itu.

Idjirani turut berkata, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman telah mengaku tidak menyalurkan dana kepada Jamalul Kiram.

Bagaimanapun, katanya, Muhammad Ridhwan mengaku menyalurkan sumbangan kepada Muedzul Lail Tan Kiram yang didakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

"Muhammad Ridhwan mengaku tidak kenal Jamalul Kiram dan adiknya, Azzimuddie Kiram. Itu bermakna wujud konspirasi di Malaysia. Mereka (Malaysia) menggunakan yayasan amal untuk mencabar kesahihan Kesultanan Sulu," kata Idjirani.

Menurutnya, Muhammad Ridhwan merupakan individu yang membiayai istiadat pertabalan Muedzul sebagai Sultan Sulu pada Disember lalu.

Idjirani menegaskan bahawa walaupun Muedzul yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram, dia sebenarnya berada pada kedudukan ke-14 sebagai pengganti Sultan Sulu.

Dia menyatakan, Malaysia kini terlibat dalam kempen memberikan maklumat yang palsu.

Idjirani turut menyelar Malaysia kerana mendakwa lapan orang lelaki yang dilaporkan telah ditangkap sebagai para penyokong Tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, daripada lapan nama itu hanya seorang sahaja merupakan anggota tentera Kesultanan Sulu.

Para pengikut Jamalul Kiram memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu bagi menuntut tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.

Sementara itu, menurut portal berita, ABS-CBNnews.com kelmarin, Jamalul Kiram menemui Ketua Persidangan Biskop Katolik Filipina, Jose Palma dengan harapan tuntutannya ke atas Sabah akan mendapat perhatian Pope Francis I yang merupakan Ketua Gereja Roman Katolik.

Jamalul Kiram menemui Palma hampir sejam di pejabatnya di sini.

Palma berjanji untuk membawa kes itu ke Majlis Vatican di Vatican. - Agensi


Sumber: VAT69

Kebajikan Rakyat: PR vs BN #PRU13


Siapa yang banyak beli kereta? Siapa yang beli kereta mahal? Orang kaya atau orang miskin?

Siapa yang banyak travel? Siapa yang selalu out-station? Siapa yang selalu bawa keluarga bercuti? Siapa yang selalu bawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu? Orang kaya atau orang miskin?

Rumah siapa yang lebih besar? Rumah siapa yang ada banyak lampu? Rumah siapa yang ada aircond di setiap ruang? Rumah siapa yang ada banyak TV? Rumah siapa yang ada banyak decoder astro? Orang kaya atau orang miskin?

Jadi…

Siapa yang paling banyak dapat subsidi minyak? Siapa yang paling banyak dapat subsidi elektrik? Siapa yang paling banyak dapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Etc. etc…

Jenis subsidi

Sebenarnya terdapat 2 jenis subsidi: 

1) Subsidi pukal  - subsidi yang diterima oleh semua orang tanpa mengira samaada mereka itu kaya atau miskin. Ia diberikan berasaskan kepada penggunaan. Dengan kata lain, siapa guna banyak dialah yang dapat banyak.

2) Subsidi bersasar  -  subsidi yang diberikan hanya kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Subsidi pukal

Pada tahun 2007, IMF telah menerbitkan sebuah kertas kerja berkenaan isu subsidi minyak. Menurut kertas kerja tersebut, subsidi minyak lebih menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Ini kerana, kajian mereka mendapati bahawa bagi setiap unit penggunaan sumber oleh golongan miskin, lebih 3 unit digunakan oleh golongan kaya.

Lebih jelas lagi, sekiranya subsidi  minyak diterima oleh golongan miskin adalah RM100, maka subsidi yang diterima oleh golongan kaya adalah lebih daripada RM300. Ini kerana subsidi minyak adalah berasaskan kepada penggunaan. Lebih banyak penggunaan, lebih tinggi subsidi diterima. 

Pastinya, jumlah penggunaan oleh golongan kaya adalah lebih tinggi daripada golongan miskin.  Sebagai contoh, golongan kaya mempunyai banyak kereta. Setiap ahli keluarga golongan kaya mempunyai kenderaan masing-masing. Jarak perjalanan mereka juga lebih jauh. Mereka sering ‘out-station’. Mereka sering bercuti.  Mereka sering membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu.

Golongan miskin pula hanya mempunyai motosikal yang dikongsi bersama ahli keluarga lain. Jarak perjalanan juga terhad di dalam kampung sahaja. Jarang-jarang sekali mereka ke bandar, melainkan sekiranya mempunyai urusan penting. 

Jelas sekali, penggunaan golongan kaya adalah jauh lebih banyak berbanding golongan miskin. Silap-silap, subsidi yang sampai kepada golongan miskin hanyalah sekitar ‘puluh-puluh’ sebulan manakala subsidi yang diterima oleh golongan kaya  adalah sebanyak ‘ratus-ratus’ dan mungkin mencecah ‘ribu-ribu’ sebulan!

Persoalannya, perlukah golongan kaya atau yang berpendapatan sederhana tinggi ini diberikan subsidi sebanyak ‘ratus-ratus’ atau ‘ribu-ribu’ sebulan? Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan?

Begitu juga dengan subsidi pukal lain seperti elektrik, gas memasak, makanan dan sebagainya. Rumah orang kaya adalah besar, banyak lampu, mempunyai aircond di setiap ruang dan alat-alat elektronik lain yang akan meningkatkan konsumsi elektrik .  Mereka lebih banyak makan dan lebih banyak menggunkan gas memasak. Rumah orang miskin pula hanya ada beberapa biji mentol lampu. Mereka hanya makan sekadar cukup memberi tenaga. Sebahagian mereka masih lagi memasak menggunakan dapur kayu.  Ini sekali lagi menunjukkan bahawa orang kaya lebih banyak menerima subsidi berbanding orang miskin. 

Itulah sebabnya subsidi pukal adalah kurang adil dan perlu dirasionalisasikan secara berperingkat-peringkat. Malah,kertas kerja IMF tersebut juga mencadangkan agar subsidi ini dihapuskan dan perbelanjaan subsidi ini dialihkan kepada pembinaan infrastruktur, perkhidmatan kesihatan, penambahbaikan program pendidikan dan pengurangan cukai yang memberikan manfaat lebih besar kepada rakyat dan negara.  

Subsidi bersasar

Kerajaan telah melaksanakan beberapa bentuk transformasi subsidi bagi memastikan sistem subsidi negara adalah lebih adil serta sampai kepada hanya mereka yang benar-benar layak.

Antaranya adalah dengan melakukan rasionalisasi subsidi petrol yang mana RON95 yang kebanyakannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah diberikan lebih banyak subsidi berbanding RON97 yang digunakan oleh mereka yang memiliki kereta-kereta mahal di kalangan orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi.

Kerajaan juga telah memperkenalkan banyak program subsidi bersasar yang disasarkan khusus kepada golongan miskin dan sederhana rendah. Ini termasuk program seperti 1azam bagi mengeluarkan golongan miskin daripada kemiskinan, program e-Kasih, Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya. (Lebih lanjut, sila rujuk SINI)

Program-program ini telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara selain meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Penurunan harga kereta

Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh bagi mengetahui kesan penurunan harga kereta melalui penghapusan duti import. Apa yang perlu buat adalah meneliti harga-harga kereta di pulau bebas cukai Langkawi.

Kita akan dapati bahawa harga kereta-kereta sederhana dan murah hanya lebih murah sekitar RM10,000 ke RM20,000 jika dibandingkan harga di tempat lain di Malaysia. Ini berbeza dengan kereta mahal dan mewah yang ratusan ribu hingga jutaan lebih murah! Persoalannya, siapakah yang membeli kereta-kereta mewah? Orang kaya atau orang miskin? Siapakah yang lebih mendapat manfaat daripada penurunan harga kereta? Orang kaya atau orang miskin?

Penghapusan duti import kereta akan mengorbankan sebanyak kira-kira RM7 billion pendapatan negara. Namun, untuk siapakah RM7 billion ini dikorbankan? Orang kaya atau orang miskin?

Lebihan wang

Apabila kita memberikan subsidi, rakyat akan mempunyai lebihan wang. Sebagai contoh, dengan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia, seseorang akan mendapat lebihan wang sebanyak RM500. Seseorang yang mendapat subsidi-subsidi lain seperti minyak, elektrik dan sebagainya juga akan mendapat lebihan wang berdasarkan kadar penggunaannya.

Sebenarnya terdapat perbezaan di antara lebihan wang pada orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi dengan lebihan wang pada orang miskin atau berpendapatan sederhana rendah. 

Orang kaya atau berpendapatan sederhana tinggi banyak berbelanja di ‘atas’ iaitu dengan membeli barangan mewah, makan di restoran makanan segera dan mahal, minum kopi RM10, membeli-belah barangan berjenama, membeli telefon pintar yang canggih dan sebagainya.  Mereka berbelanja pada perusahaan yang dimiliki oleh orang kaya juga. Dengan kata lain, lebihan wang itu hanya mengalir di ‘atas’ dan sedikit sahaja yang mengalir ke ‘bawah’. 

Manakala orang miskin pula banyak berbelanja di ‘bawah’. Mereka membaiki rumah dengan mengupah tukang kampong, berbelanja di kedai-kedai peniaga kecil, membeli pakaian di pasar malam, makan makanan di gerai dan sebagainya yang biasanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana rendah. Ini bermakna lebihan wang pada golongan miskin dan berpendapatan sederhana rendah akan terlebih dahulu beredar di ‘bawah’, di kalangan mereka yang berpendapatan rendah sebelum naik ke ‘atas’.  Ini pasti memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa apa yang kelihatan indah di mata dan manis didengar tidaklah semestinya baik. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir di kalangan masyarakat awam dan ‘cerdik-pandai’ yang ‘idealis’ yang terpesona dengan kata-kata manis  pihak yang cuba menipu rakyat bagi menjayakan usaha mereka dalam merebut kuasa. Namun, hanya jauhari yang mengenal manikam.



Rasulullah SAW bersabda: 

“Ambillah daripada penduduk Yaman yang kaya sebahagian harta mereka dan agihkan kepada golongan fakir (dan miskin) di sana.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Firman Allah:

“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” 
(Surah al-Hasyr, ayat 7)

Tuesday, April 02, 2013

Tindakan Tukar Kerajaan Yang Ada Rekod Cemerlang Merugikan Rakyat


KUALA PENYU, 2 April – Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, sekiranya rakyat berniat untuk menukar kerajaan yang mempunyak rekod cemerlang maka ianya akan merugikan negara dan rakyat sendiri.

Ujarnya yang juga merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, rakyat tidak harus memperjudikan kesejahteraan dan masa depan negara kepada sebuah kerajaan baru yang belum pasti mampu mentadbir dengan baik seperti apa yang telah dibuktikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Kerajaan yang ada sekarang mempunyai rekod pentadbiran yang cemerlang dan telah berjaya membangun negara serta sentiasa prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat secara berterusan. Kerajaan BN menunaikan tanggungjawab terhadap semua penduduk tanpa diskriminasi. Biarkan rakyat itu tidak menyokong kerajaan namun bantuan tetap dihulurkan tanpa ada sebarang rasa pilih kasih.

“Justeru itu kita tidak perlu tukar kerajaan kerana ianya adalah satu tindakan yang amat merugikan negara dan dikhuatiri kesejahteraan yang kita nikmati selama ini akan tergadai,” katanya pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort di Tadika Pen Yu Kg Sungai Labuan, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Ketua Daerah Kuala Penyu, OKK Raymond Insi, KDM Sitompok Jumat Isnin dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Beaufort, Munah Jikri.

Tambah Azizah, beliau masih amat yakin bahawa rakyat khususnya di negeri Sabah masih sayangkan BN dan akan memberi mandat yang lebih besar kepada BN untuk terus mentadbir negara ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias berkata, rakyat telah menilai bahawa kerja yang dilaksanakan BN bertambah baik sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan.

“Kita mempunyai pemimpin yang baik dan sayangkan rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang bijak mentadbir negara dan tahu menjaga kepenting rakyat. Kita mahu pemimpin yang sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat yang telah menjadi agenda utama BN di bawah pimpinan Perdana Menteri.

“Oleh itu, saya amat yakin, kita di Sabah masih terus setia dan akan terus menyokong BN. Hanya bersama BN Sabah akan terus membangun dengan lebih pesat,” katanya.
 
 
Sumber: Online

KUNAK Sedia Laksana Penyusunan Semula Penempatan


Pencapaian Malaysia Selepas Najib Jadi PM Selama 4 Tahun

najib-tabik




3 April 2013... Empat tahun selepas Najib jadi PM

Taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar dapat dirasai sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang memegang tampuk pentadbiran negara mulai 3 April 2009 dan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, komited melaksanakan yang terbaik dalam semua aspek pembangunan negara, khusus untuk rakyat selaras dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Perjalanan Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi mungkin dapat dicapai lebih awal apabila Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun nyata memberi kesan yang hebat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.

Hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun lepas.

Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional yang dibentangkan Najib bulan lepas, kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.

Bernama melaporkan pendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun lepas, menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.

Laporan itu juga menyebut bahawa kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu antara yang terendah di rantau ini.

Selaras dengan matlamat untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa, Najib memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dan meringankan beban rakyat.

Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah dan ia memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia.

Bantuan itu kemudian diteruskan tahun ini dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Ketika membentangkan laporan GTP bulan lepas, Najib turut mengumumkan bahawa BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan, sekaligus menunjukkan bahawa ia merupakan contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat.

Melalui inisiatif jenama 1Malaysia juga, rakyat mempunyai alternatif mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Justeru, kerajaan pimpinannya telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Krisis di Lahad Datu, Sabah, membuatkan Najib diuji hebat berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negara apabila pencerobohan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina berlaku Febuari lepas.

Nyata, beliau tidak gentar malah lantang bersuara menyampaikan mesej jelas kepada kumpulan pengganas itu bahawa Sabah adalah hak Malaysia buat selama-lamanya dan tegas menolak tawaran gesaan gencatan senjata.

Bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali, beliau telah mengumumkan kewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah di Sabah sebagai memberi asas perundangan kepada Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

Walaupun ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa kejadian yang menumpahkan darah ramai pasukan keselamatan negara dalam Operasi Daulat itu sebagai sandiwara Umno, Najib menegaskan bahawa pengorbanan satria negara bukan untuk diperlekehkan tetapi untuk dikenang dan dihargai semua rakyat.

Justeru, beliau mengumumkan penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari tahun ini ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bulan lepas.

Di samping untuk menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara, langkah itu juga diyakini akan menaikkan semangat anggota pasukan keselamatan itu untuk terus mempertahankan negara daripada pelbagai ancaman.

Di bawah Program Transformasi Komuniti, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditubuhkan sebagai satu daripada langkah strategik bagi mengembangkan permintaan untuk produk domestik, terutamanya produk luar bandar.

Berkonsepkan "Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan", RTC pertama dibina di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang manakala UTC pertama dilancarkan di Melaka, selain mini UTC yang ditempatkan di Sentul.

Umum mengetahui bahawa Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 30 April ini, justeru ramai yang ternanti-nanti pengumuman Najib bilakah beliau akan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Najib yang akan mengetuai pasukan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya pada PRU kali ini mengatakan bahawa beliau memerlukan masa dan mahu rakyat benar-benar merasai hasil dari segala dasar dan program yang dilaksanakan di bawah GTP.

Beliau juga mahu kejayaan besar memihak kepada BN selain ingin menebus kekecewaan PRU ke-12 pada 2008 apabila BN buat pertama kalinya hilang majoriti dua per tiga di Parlimen serta empat negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kepada pembangkang.

Malah, pemilihan Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dilihat mampu menyuntik semangat pemimpin parti komponen BN untuk berjuang habis-habisan merampas kembali negeri itu.

Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya ekonomi negara tidak stabil, sehubungan itu, beliau telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada lewat tahun 2010.

Sejak ia dilancarkan, kadar pertumbuhan pelaburan swasta telah berkembang lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22 peratus pada tahun 2012, ini menyaksikan bahawa sektor swasta memainkan peranan utama sebagai pemacu ekonomi negara.

Agenda transformasi negara terus meniti kejayaan apabila Malaysia mengukuhkan pelbagai tangga kedudukan di peringkat antarabangsa.

Mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia selain menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

Malaysia juga adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia, menurut Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.

Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar beli belah kedua terbaik di Asia Pasifik.

Dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember tahun lepas.

Segala pengiktirafan global yang diberikan kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa GTP dan ETP sejak ia dilaksanakan dan menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang betul.

Najib dilihat bukan membuat pelbagai dasar yang hanya cantik dilihat di atas kertas dan sedap didengar sahaja tetapi hasilnya dapat dirasai segenap lapisan masyarakat.-3/4/2013


Sumber: AgendaDaily

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Hutang Negara?


Hutang negara baru-baru ini yang mencecah 50 % daripada KDNK begitu menjadi isu oleh puak pembangkang. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada LINGKUNGAN 2015 - 2020 kalau hal ini berterusan. Lantas, Malaysia dibandingkan dengan Greece. Ada yang mengatakan bahawa hutang negara yang meningkat ini akan membawa kepada bankrapsi. Benarkah sedemikian?

Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt. Apa itu Internal Debt? Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara.

External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara kerajaan dan pemiutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank Dunia. Kita akan mengulas benda ini dalam perbincangan kita yang akan datang.

Benarkah dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kalau kita berbelanja lebih daripada pendapatan maka kita akan bankrap?

Seperti mana yang kita tahu, isi rumah menambah pendapatan mereka melalui kerja dan pelaburan. Manakala syarikat pula, mereka mendapat pendapatan melalui penjualan barang-barang dan perkhidamatan mereka misalnya. Pendapatan kerajaan pula datangnya daripada cukai langsung dan tidak langsung. Di sini dah cukup untuk membangkang apa yang dikatakan oleh pembangkang bahawa kerajaan dan isi rumah lebih kurang sama fungsi dengan isi rumah.

Kita juga kena faham bahawa cukai ini dikawal oleh kerajaan. Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menaikkan cukai dan menurunkan cukai. Jadi, tiada kekangan dalam pendapatan kerajaan berbanding isi rumah. Kalau melalui perbelanjaan kerajaan mampu menimbulkan keupayaan produktif ekonomi, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dengan tanggapan pembangkang yang berfikir bahawa hutang negara sama seperti isu rumah – sekiranya kerajaan membelajakan lebih daripada pendapatan KDNK, maka negara akan bankrap.

Kita teruskan perbincangan kita mengenai kadar hutang yang ditanggung oleh negara. Seperti mana yang kita tahu, hutang sesebuah kerajaan itu boleh dibahagi dua iaitu Internal Debt dan External Debt.

Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi, kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang seperti itu dikategorikan sebagai internal debt. Jadi, seperti mana yang kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui external debt.

Kenapa saya tekankan external debt? Sebenarnya external debt inilah yang sangat berbahaya. Pakar ekonomi semuanya sependapat bahawa external debt sebenarnya membawa kepada ranapnya sebuah negara.

Mungkin ada yang bertanya apa bezanya hutang dengan luar dan dalam negara? Namanya tetap hutang. Sebenarnya begini, kita kena faham bagaimana sebuah kerajaan dan bank dunia berkerja.

Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada German merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.

Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.

Sekarang, kita ambil contoh negara Malaysia. Berdasarkan rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kita menduduki tangga ke-48 dunia dengan jumlah external debt negara kita dalam angka 30 % daripada KDNK.

Kalau IKUT LOGIK PEMBANGKANG, Malaysia yang berhutang 30 % ini dikatakan akan bankrap pada tahun 2015 misalnya, maka kita akan melihat ada lebih kurang 47 negara lagi yang akan bankrap lebih awal daripada Malaysia.

USA misalnya mempunyai external debt lebih kurang 103 % daripada KDNK mereka. Negara Jepun yang diambil contoh oleh pakar ekonomi di atas hanya mempunyai 45 % sahaja hutang external debt daripada KDNK mereka walaupun kita tahu hutang mereka mencecah 200 %.

United Kingdom, 390 % daripada KDNK mereka, Belanda – 344 %, Belgium dengan 266 % daripada KDNK mereka, Turki dengan 40 % daripada KDNK mereka sudah cukup untuk membuktikan kalau mengikut logik pembangkang, ada puluhan negara lagi yang sedang menanti untuk bankrap lebih awal daripada Malaysia.

Dan tahukah anda jumlah negara yang berhutang di atas ranking daripada Malaysia semuanya terdiri daripada negara-negara maju? USA, Jepun, China, Italy, Jerman, Hong Kong, Ukraine, Korea Selatan, Denmark, Austria, Finland. Kenapa tiada seorang pun suara pembangkang mengatakan bahawa negara-negara ini akan bankrap?

Seterusnya, dakwaan pembangkang mengatakan bahawa Malaysia akan jadi seperti Greece – BANKRAP dalam 10 tahun lagi, ada yang cakap beberapa tahun lagi. Benarkah dakwaan ini?

Kita buat perbandingan, Malaysia tidak pernah untuk mencarum untuk hutang luar manakala Greece memang terkenal melakukan perkara itu sejak sekian lama. Greece mempunyai hutang kepada nisbah pendapatan lebih 100% untuk dua puluh tahun yang lalu, nisbah pada waktu ini mencecah 150 %. Hutang Malaysia jika dilihat dari KDNK mempunyai nisbah sebanyak 70 % pada 25 tahun yang lalu dan pada hari ini, sekadar 50 % daripada KDNK. Greece juga berhutang hampir 2/3 daripada KDNK mereka kepada negara luar manakala Malaysia sekadar 1/5 sahaja. Kita juga kena ingat bahawa negara seperti Greece tidak mempunyai kawalan terhadap insuran duit mereka kerana mereka berada dalam zon eropah dan ini sangat berbeza dengan Malaysia. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...