Politikkan Isu Saksi RCI Tidak Akan Bantu Masyarakat Sabah – Rosnah
PAPAR, 23 Jan – Tindakan pembangkang mempolitikkan keterangan beberapa saksi pertama prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak akan membantu masyarakat negeri itu.
Ketua Puteri UMNO yang juga Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perbuatan mereka memilih keterangan seorang dua saksi bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan juga tidak adil kerana masih adalebih 100 saksi bakal dipanggil
“…sebagai rakyat Sabah, kita ingin masalah yang menghantui Sabah ini dapat diselesaikan secara baik.
“Jangan ambil peluang ini mempolitikkan isu itu untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan kerana ini tidak akan membantu mana-mana pihak pun termasuk rakyat Sabah sendiri,” katanya.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pemberita selepas menutup Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Kinarut di sini Rabu.
Mengulas lanjut, keputusan kerajaan menubuhkan RCI bagi mencari langkahterbaik menangani masalah kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri itu menunjukkan keikhlasan kerajaan pusat.
Justeru katanya biarlah mereka yang terlibat, terutama anggota panel RCI,melakukan siasatan dan membuat rumusan tentang apa yang perlu dilakukan.
“Ini yang kita mahu capai, kalau mereka (pembangkang) terus bermain politik setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi-saksi…itu langsung tidak akan membantu proses ini,” katanya.
Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan Najib pada11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izindi Sabah.
Pendengaran prosiding itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, manakala anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping.
RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada 14 Jan dan berakhir 18 Jan lepas. Prosiding seterusnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb.
Sumber: UMNO Online
No comments:
Post a Comment