Showing posts with label PATI. Show all posts
Showing posts with label PATI. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Terkini Isu Lahad Datu: Mayat Pengganas Sulu 80 Peratus Selesai Dibedah Siasat - Hamza

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.

"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini.

Hamza berkata mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.

Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara 12 Februari lepas.

Bagaimanapun sehingga tempoh itu berakhir hari ini, belum ada sebarang indikasi dari Manila berhubung tuntutan mayat-mayat tersebut.

Dalam pada itu Hamza tidak menolak kemungkinan ada pengganas yang melarikan diri ke Pulau Tambisan, kira-kira 100 kilometer dari Felda Sahabat kerana musuh memahami muka bumi kawasan pantai timur Sabah.

Bagaimanapun, katanya pasukan keselamatan telah mengetatkan kawalan di pelbagai kawasan strategik untuk mengesan sebarang pergerakan musuh.

Beliau optimis operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai esok dan pasukan keselamatan kemudian akan menumpukan operasi di kawasan Tanjung Labian dan Sungai Bilis.

Ahmad Zaki pula mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi membolehkan pasukan keselamatan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Sehingga kini seramai 62 pengganas dibunuh, 104 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241, termasuk sembilan ditahan semalam dan hari ini, kerana berada di zon merah Operasi Daulat dan pelbagai kesalahan lain. -BERNAMA
 
Sumber: mStar Online

Isu Lahad Datu tangguhkan PRU 13??

Isu Lahad Datu tangguhkan PRU 13??

datuk hamza

LAHAD DATU – Gerakan menjejaki pengganas Sulu tetap akan diteruskan di kawasan musuh di sini walaupun pada waktu pilihan raya umum dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam hal keselamatan, pasukan keselamatan tidak boleh berkompromi dengan apa jua keadaan.

“Tidak kira pilihan raya berlaku dalam masa terdekat ini, kalau kami dikehendaki berada di sini (Lahad Datu), kami akan terus berada di sini,” tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau memberitahu, pasukan keselamatan juga tidak pernah menetapkan tempoh dalam menamatkan isu pencerobohan sekumpulan pengganas Sulu di Sabah sejak 12 Februari lalu. Menurut Hamza, matlamat utama Ops Daulat ketika ini adalah menjejak saki-baki pengganas yang dipercayai tinggal seramai 50 orang selain membersihkan kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk yang berada dalam gugusan Tanjung Labian. – Kosmo
 
Sumber: KL Post

Saturday, March 16, 2013

Terkini Isu Lahad Datu: Operasi Daulat Diteruskan

OPERASI DAULAT DITERUSKAN SEHINGGA ZON MERAH BERSIH DARIPADA PENGGANAS
Gambar: 1Sabah

Kuala Lumpur, 16 Mac - Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina. 

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan esok.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militant dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu. 

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA

Friday, March 15, 2013

Keadaan Kampung Tanjung Batu LD - Must SHARE!



Kampung Tanjung Batu LD: Keadaan semasa dan kisah 2 Beradik Berkurung 12 hari - sembunyi daripada Pengganas.

Sumber: My Lahad Datu

TERKINI : AZZIEMUDIE BERJAYA LOLOSKAN DIRI KE SELATAN FILIPINA.


Gambar Hiasan

Ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Azzumudie Kiram disahkan telah melarikan diri ke selatan Filipina dan meninggalkan kumpulannya bersendirian. 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan negara mendapat maklumat mengenai status ketua pengganas berkenaan daripada pelbagai sumber risikan. 

"Azzumudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan melarikan diri ke negaranya," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini malam ini. 

Sementara itu, Ismail berkata, maklum balas yang diterima daripada pasukan keselamatan dalam Ops Daulat juga menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama kumpulannya. 

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. - UTUSAN

Video Operasi Ops Daulat Di Kawasan Pantai Sabah

Laporan Op Daulat (15 Mac 2013 3.00 ptg)

SEMPORNA : TALI BARUT PENGGANAS MILITAN DITANGKAP

POLIS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENGGANAS MILITAN

Semporna, 15 Mac - Dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.

"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ditanya mengenai dakwaan penduduk tempatan berhubung ramai pendatang asing meninggalkan pekan Semporna, Mohd Firdaus berkata perkara itu akan disiasat bagi memastikan tiada anggota pengganas yang meloloskan diri dari pekan itu.- BERNAMA

Tuesday, February 05, 2013

Isu RCI Di Sabah



Politikkan Isu Saksi RCI Tidak Akan Bantu Masyarakat Sabah – Rosnah

PAPAR, 23 Jan – Tindakan pembangkang mempolitikkan keterangan beberapa saksi pertama prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak akan membantu masyarakat negeri itu. 

Ketua Puteri UMNO yang juga Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perbuatan mereka memilih keterangan seorang dua saksi bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan juga tidak adil kerana masih adalebih 100 saksi bakal dipanggil 

“…sebagai rakyat Sabah, kita ingin masalah yang menghantui Sabah ini dapat diselesaikan secara baik. 

“Jangan ambil peluang ini mempolitikkan isu itu untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan kerana ini tidak akan membantu mana-mana pihak pun termasuk rakyat Sabah sendiri,” katanya. 

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pemberita selepas menutup Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Kinarut di sini Rabu. 

Mengulas lanjut, keputusan kerajaan menubuhkan RCI bagi mencari langkahterbaik menangani masalah kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri itu menunjukkan keikhlasan kerajaan pusat. 

Justeru katanya biarlah mereka yang terlibat, terutama anggota panel RCI,melakukan siasatan dan membuat rumusan tentang apa yang perlu dilakukan. 

“Ini yang kita mahu capai, kalau mereka (pembangkang) terus bermain politik setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi-saksi…itu langsung tidak akan membantu proses ini,” katanya. 

Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan Najib pada11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izindi Sabah. 

Pendengaran prosiding itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, manakala anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. 

RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada 14 Jan dan berakhir 18 Jan lepas. Prosiding seterusnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb.

Sumber: UMNO Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...