Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Manifesto BN Sabah: 16 Perkara Dalam Manifesto BN Sabah #PRU13





Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Isnin melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah bertemakan ‘Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan’, yang mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Manifesto itu merupakan pelengkap kepada manifesto nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak “Manifesto ini adalah komitmen dan iltizam kita semua dalam meneruskan perjuangan yang sentiasa dekat di hati rakyat.

“Ia telah dipersetujui selepas perbincangan oleh semua parti komponen yang mengambil kira semua pihak kerana kita tidak populis dan kita berpijak di bumi yang nyata,” kata Musa yang juga penyelaras BN negeri pada majlis pelancaran di Bangunan Umno di sini.

Antara kandungan manifesto itu ialah komitmen untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani pendatang haram, memelihara dan memperkenalkan ordinan tanah yang relevan dan mempertahankan keamanan serta keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

Manifesto itu juga mengandungi janji BN yang akan memastikan peluang saksama dalam perkhidmatan negeri, meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah.

BN juga akan mendokong Perjanjian 20 Perkara selain mengurangkan tahap kemiskinan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun, memelihara alam sekitar, membanteras rasuah, perundingan dengan masyarakat dalam membuat dasar serta sasaran terhadap pembangunan belia dan sukan.

Golongan wanita juga tidak dilupakan apabila manifesto itu turut melibatkan usaha memperkasa wanita dan memastikan kesaksamaan gender, meningkatkan pembangunan modal insan, penyertaan dalam ekonomi moden, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta keberkesanan badan-badan negeri.

Musa berkata segala janji dalam kandungan manifesto itu akan ditunaikan sekiranya kerajaan BN mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ini.

Malah, beliau percaya rakyat Sabah akan bijak membuat penilaian terhadap pencapaian kerajaan BN sepertimana terkandung dalam manifesto yang akan diedarkan kepada seluruh rakyat Sabah.

Menurutnya, manifesto itu akan diedar bersama aku janji BN nasional serta buletin BN dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Kadazandusun.Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Musa berkata manifesto yang dilancarkan itu adalah praktikal yang mampu dilaksanakan apabila mentadbir kerajaan negeri dan pusat.

“Manifesto ini adalah amat realistik dan berpijak di bumi yang nyata boleh dlaksanakan sedangkan manifesto pembangkang semuanya tidak betul dan tidak boleh melaksanakan segala janjinya,” katanya.

Turut hadir kesemua calon BN pada pilihan raya umum ini termasuk pemimpin parti komponen BN iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew. -BERNAMA




The key points are :
1. Resolve the issue of illegal immigrants

2. Land laws

3. Peace and security under Eastern Sabah Security Command

4. Equal opportunities in the state service

5. Oil and gas industry

6. 20-point agreement

7. Poverty eradication

8. Protecting the environment

9. Fight against corruption

10. Consultation with the people in decision making

11. Focus on youth and sports development

12. Empowering women and ensuring gender equality

13. Intensifying human capital development

14. Participation in the modern economy

15. Bridging the gap between urban and rural development

16. Effectiveness and accountability of state agencies.


Sumber: MummyNemo

Sunday, April 21, 2013

SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING PARLIMEN BAGI NEGERI SABAH, 2013 #PRU13

SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
PARLIMEN BAGI NEGERI SABAH, 2013


P. 167 - KUDAT

1. MOJURIP BIN DIYUNSAPP LAYAK BERTANDING

2. RAHIMAH BINTI MAJIDPKR LAYAK BERTANDING

3. DATUK ABD RAHIM BIN BAKRIBN LAYAK BERTANDING

4. JUTIRIM BIN GALIBAI GALABISTAR LAYAK BERTANDING

P. 168 - KOTA MARUDU

1. MAJAMIS BIN TIMBONGSTAR LAYAK BERTANDING

2. JOHNITY @ MAXIMUS BIN ONGKILIBN LAYAK BERTANDING

3. YUNTAU BIN KOLOD SAPP LAYAK BERTANDING

4. MAIJOL BIN MAHAPPKR LAYAK BERTANDING

P. 169 - KOTA BELUD

1. ISNARAISSAH MUNIRAH BT. MAJILIS @ FAKHARUDYPKR LAYAK BERTANDING

2. LAMSIL BIN AMIDSORBEBAS LAYAK BERTANDING

3. KANUL BIN GINDOLBEBAS LAYAK BERTANDING

4. DATO' ABD RAHMAN BIN DAHLANBN LAYAK BERTANDING

5. JALUMIN BIN BAYOGOHSTAR LAYAK BERTANDING

P. 170 - TUARAN

1. SAMIN @ JASMIN BIN DULINSTAR LAYAK BERTANDING

2. ERVEANA ANSARI ALIBEBAS LAYAK BERTANDING

3. MADIUS BIN TANGAUBN LAYAK BERTANDING

4. MOJILIP BIN BUMBURING @ WILFREDPKR LAYAK BERTANDING

P. 171 - SEPANGGAR

1. CHIN HON KIONGSAPP LAYAK BERTANDING

2. DANIEL JOHN JAMBUNSTAR LAYAK BERTANDING

3. JEFFREY KUMIN @ JOHNDAP LAYAK BERTANDING

4. DATUK JUMAT BIN IDRISBN LAYAK BERTANDING

P. 172 - KOTA KINABALU

1. CHIN TEK MINGBN LAYAK BERTANDING

2. LIEW HOCK LEONG @ MICHAELSTAR LAYAK BERTANDING

3. WONG SZE PHIN @ JIMMYDAP LAYAK BERTANDING

P. 173 - PUTATAN

1. LEE HAN KYUN @ JOSEPH LEEDAP LAYAK BERTANDING

2. MAKIN @ MARCUS MOJIGOHBN LAYAK BERTANDING

3. DULI @ DULLIE BIN MARI @ MARIESAPP LAYAK BERTANDING

4. AWANG AHMAD SAHSTAR LAYAK BERTANDING

P. 174 - PENAMPANG

1. BERNARD GILUK DOMPOKBN LAYAK BERTANDING

2. MELANIA @ MELANIE ANNOLSTAR LAYAK BERTANDING

3. IGNATIUS DORELL LEIKINGPKR LAYAK BERTANDING

P. 175 - PAPAR

1. DATUK ROSNAH BINTI HJ ABD RASHID SHIRLINBN LAYAK BERTANDING

2. MOHAMMAD YAHYA @ YAHYA BIN LAMPONGPKR LAYAK BERTANDING

3. BALON BIN MUJIMSTAR LAYAK BERTANDING

P. 176 - KIMANIS

1. DATUK ANIFAH BIN AMAN @ HANIFF AMMANBN LAYAK BERTANDING

2. JAAFAR BIN ISMAILPKR LAYAK BERTANDING

3. JAMIL BIN WILLIAM CORESAPP LAYAK BERTANDING

4. LUSIN BIN BALANGONSTAR LAYAK BERTANDING

P. 177 - BEAUFORT

1. GUAN DEE BIN KOH HOISTAR LAYAK BERTANDING

2. DATUK AZIZAH BINTI MOHD DUNBN LAYAK BERTANDING

3. LAJIM BIN UKINPKR LAYAK BERTANDING

P. 178 - SIPITANG

1. DATUK SAPAWI BIN AMAT WASALI @ AHMADBN LAYAK BERTANDING

2. KAMIS BIN DAMINGSAPP LAYAK BERTANDING

3. RAMLE BIN DUA @ RAMLI DUA LEEPKR LAYAK BERTANDING

P. 179 - RANAU

1. JONATHAN BIN YASINPKR LAYAK BERTANDING

2. YAZID BIN SAHJINANBEBAS LAYAK BERTANDING

3. EWON EBINBN LAYAK BERTANDING

4. JULIANAH BTE SITUN @ WIDYA JULIASTAR LAYAK BERTANDING

P. 180 - KENINGAU

1. GAPARI BIN KATINGAN @ GEOFFREY KITINGANSTAR LAYAK BERTANDING

2. JOSEPH PAIRIN KITINGANBN LAYAK BERTANDING

3. STEPHEN SANDORPKR LAYAK BERTANDING

P. 181 - TENOM

1. DATUK RAIME BIN UNGGIBN LAYAK BERTANDING

2. MUTANG @ SYLVESTER BIN DAWATKITA LAYAK BERTANDING

3. JAINEH BIN JUAYA @ JIMMY JAWATAHSAPP LAYAK BERTANDING

4. MASDIN BIN TUMASPKR LAYAK BERTANDING

5. HASMIN @ AZROY BIN ABDULLAHSTAR LAYAK BERTANDING

P. 182 - PENSIANGAN

1. MARTIN TOMY @ TOMMY STAR LAYAK BERTANDING

2. RICHARD SAKIAN BIN GUNTINGPKR LAYAK BERTANDING

3. JOSEPH KURUPBN LAYAK BERTANDING

4. FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUDBEBAS LAYAK BERTANDING

P. 183 - BELURAN

1. RONALD KIANDEEBN LAYAK BERTANDING

2. RAIMON BIN LANJATSTAR LAYAK BERTANDING

3. JAMES BIN MIKIPKR LAYAK BERTANDING

4. DATU KAMARUDDIN BIN DATU MUSTAPHABEBAS LAYAK BERTANDING

P. 184 - LIBARAN

1. DATUK JUSLIE BIN AJIROLBN LAYAK BERTANDING

2. SAHAR BIN SAKABEBAS LAYAK BERTANDING

3. MOHD SERMAN BIN HASSNARPKR LAYAK BERTANDING

4. ROSNAH BINTI UNSARISTAR LAYAK BERTANDING

P. 185 - BATU SAPI

1. HAMZA BIN A. ABDULLAH @ HAMZAHPAS LAYAK BERTANDING

2. TSEN THAU LINBN LAYAK BERTANDING

3. SAIFUL BAHARI RASHADA BIN AHMADSTAR LAYAK BERTANDING

P. 186 - SANDAKAN

1. LIEW VUI KEONGBN LAYAK BERTANDING

2. WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOHDAP LAYAK BERTANDING

P. 187 - KINABATANGAN

1. ABDULLAH BIN ABDUL SANIPKR LAYAK BERTANDING

2. DATUK MOKTAR BIN RADINBN LAYAK BERTANDING

3. HAJI ALI LATIP BIN HAJI TAHABEBAS LAYAK BERTANDING

4. YAMBUYA BIN PARANTIS @ CYRIL PONGODSTAR LAYAK BERTANDING

P. 188 - SILAM

1. APAS @ NAWAWIE BIN SAKINGSTAR LAYAK BERTANDING

2. BADRULAMIN BIN BAHRONPKR LAYAK BERTANDING

3. DATU NASRUN BIN DATU MANSURBN LAYAK BERTANDING

4. DUMI BIN PG. MASDALBEBAS LAYAK BERTANDING

P. 189 - SEMPORNA

1. DATUK SERI MOHD SHAFIE BIN APDALBN LAYAK BERTANDING

2. ZAMREE @ MOHD SUFFIAN B ABDUL HABIPKR LAYAK BERTANDING

3. DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HJ MUSTAPHABEBAS LAYAK BERTANDING

P. 190 - TAWAU

1. YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JINBN LAYAK BERTANDING

2. KONG HONG MING @ KONG FO MINPKR LAYAK BERTANDING

3. CHUA SOON BUISAPP LAYAK BERTANDING

4. AHMAD BIN AWANG @ MADONBEBAS LAYAK BERTANDING

P. 191 - KALABAKAN

1. MALVINE REYESSTAR LAYAK BERTANDING

2. FREDDIE JAPAT ANAK SIMBOLBEBAS LAYAK BERTANDING

3. YAHYA BIN ZAINAL BEBAS LAYAK BERTANDING

4. USMAN BIN MADEAMINGPAS LAYAK BERTANDING

5. ABDUL GHAPUR BIN SALLEHBN LAYAK BERTANDING

6. MOHD BIN MANUKEBEBAS LAYAK BERTANDING

7. SIAMSIR BIN BORHANBEBAS LAYAK BERTANDING


Sumber: SPR

Saturday, April 20, 2013

SENARAI CALON-CALON PRU 13, DUN NEGERI SABAH SELEPAS PENAMAAN CALON #PRU13


SENARAI CALON-CALON PRU 13, DUN NEGERI SABAH
Semoga Kita Semua Akan Dapat Memilih yang Terbaik!

P. 167 – KUDAT

N. 01 - BANGGI
1. DATU MOHD ARIFIN BIN DATU ABDUL SALAM STAR LAYAK BERTANDING
2. ABD MIJUL BIN UNAINI BN LAYAK BERTANDING
3. MURSALIM BIN TANJUL BEBAS LAYAK BERTANDING
4. JAE-LY BIN MEDONG SAPP LAYAK BERTANDING 
5. DATU ABDUL RAZAK BIN DATU ABDUL SALAM PKR LAYAK BERTANDING

N. 02 - TANJONG KAPOR
1. ZAINAL BIN NASIRUDDIN BERSAMA LAYAK BERTANDING
2. TEO CHEE KANG BN LAYAK BERTANDING
3. TSEN HENG CHONG @ PETER TSEN SAPP LAYAK BERTANDING
4. ALEXANDRA @ ALEXANDER ANTHONY BEBAS LAYAK BERTANDING
5. CHIN CHUNG KUI @ WILLIAM CHIN PKR LAYAK BERTANDING
6. HENDIRI @ HENDRY BIN MINAR STAR LAYAK BERTANDING

N. 03 - PITAS
1. JOHNES @ ONIS BIN PIUT SAPP LAYAK BERTANDING
2. AWANG LATIP BIN ABDUL SALAM KITA LAYAK BERTANDING
3. MAKLIN BIN MASIAU STAR LAYAK BERTANDING
4. DATUK BOLKIAH BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING
5. DAUSIEH BINTI QUECK @ PARAMAN PAS LAYAK BERTANDING

P. 168 - KOTA MARUDU

N. 04 – MATUNGGONG 
1. SARAPIN BIN MAGANA BN LAYAK BERTANDING
2. RICHARD BIN JIUN SAPP LAYAK BERTANDING
3. MARUNSAI BIN DAWAI STAR LAYAK BERTANDING
4. JELIN BIN DASANAP @ JELANI BIN HAMDAN PKR LAYAK BERTANDING
5. JOLIUS BIN MAJAWAI BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 05 – TANDEK
1. LASIAH BARANTING @ ANITA BN LAYAK BERTANDING
2. ANDONNY PILIT @ ANTHONY BIRI MANDIAU PKR LAYAK BERTANDING
3. JEBON JANAUN STAR LAYAK BERTANDING
4. YAPOLAI BIN KUNDAPIT @ HENRY SAPP LAYAK BERTANDING

P. 169 - KOTA BELUD

N. 06 – TEMPASUK 
1. ABDUL MALIK BIN MOHED SAPP LAYAK BERTANDING
2. LAIMAN BIN IKIN PAS LAYAK BERTANDING
3. SUWAH BIN BULEH @ BULLEH STAR LAYAK BERTANDING
4. DATUK MUSBAH BIN JAMLI BN LAYAK BERTANDING

N. 07 - KADAMAIAN
1. UKOH @ JEREMMY BIN MALAJAD @ MALAZAD PKR LAYAK BERTANDING
2. RUBBIN BIN GURIBAH STAR LAYAK BERTANDING
3. TIMBON @ HERBERT BIN LAGADAN BN LAYAK BERTANDING
4. PETER MARAJIN @ PETER MARAZING SAPP LAYAK BERTANDING

N. 08 – USUKAN 
1. DATUK MD SALLEH MD SAID BN LAYAK BERTANDING
2. BAKHRUDDIN BIN ISMAIL STAR LAYAK BERTANDING
3. MUSTAPHA @ MOHD YUNUS BIN SAKMUD PKR LAYAK BERTANDING

P. 170 - TUARAN

N. 09 – TAMPARULI
1. MOJILIP BIN BUMBURING @ WILFRED PKR LAYAK BERTANDING
2. LINGGU @ EDWARD BIN BUKUT STAR LAYAK BERTANDING
3. STEPHAN BIN GAIMIN SAPP LAYAK BERTANDING
4. JAMES ONGKILI JR. BEBAS LAYAK BERTANDING
5. JAHID @ NOORDIN BIN JAHIM BN LAYAK BERTANDING

N. 10 – SULAMAN
1. DATUK HAJIJI BIN HAJI NOOR BN LAYAK BERTANDING
2. DAVID BIN OROK STAR LAYAK BERTANDING
3. ARIFIN BIN HARITH BEBAS LAYAK BERTANDING
4. GULABDIN @ GHULABDIN BIN ENJIH PKR LAYAK BERTANDING
5. ALI AKBAR BIN KAWI BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 11 - KIULU
1. JONISTON BIN LUMAI @ BANGKUAI BN LAYAK BERTANDING
2. TINDIL BIN GONSOBIL @ SINDIN SAPP LAYAK BERTANDING
3. JOHN BIN HUSSEIN BEBAS LAYAK BERTANDING
4. TERENCE SINTI STAR LAYAK BERTANDING

P. 171 - SEPANGGAR

N. 12 - KARAMBUNAI
1. AG. MAIDIN BIN AG. APONG BEBAS LAYAK BERTANDING
2. DATUK JAINAB BINTI AHMAD BN LAYAK BERTANDING
3. MUALI BIN ACHING PKR LAYAK BERTANDING
4. AZIZ BIN IBRAHIM SAPP LAYAK BERTANDING
5. RANO BIN SUSULAN BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 13 - INANAM
1. ROLAND CHIA MING SHEN PKR LAYAK BERTANDING
2. ENCHIN BIN MAJIMBUN @ ERIC SAPP LAYAK BERTANDING
3. JOSEPH BIN PAULUS LANTIP BN LAYAK BERTANDING

P. 172 - KOTA KINABALU

N. 14 – LIKAS
1. YONG TECK LEE SAPP LAYAK BERTANDING
2. WONG HONG JUN DAP LAYAK BERTANDING
3. HO CHEONG TSHUN STAR LAYAK BERTANDING
4. CHIN SHU YING BN LAYAK BERTANDING

N. 15 - API-API
1. LIEW CHIN JIN PKR LAYAK BERTANDING
2. MARCEL JUDE A/L MS JOSEPH BEBAS LAYAK BERTANDING
3. FELIX CHONG KAT FAH STAR LAYAK BERTANDING
4. YEE MOH CHAI BN LAYAK BERTANDING
5. WONG YIT MING SAPP LAYAK BERTANDING

N. 16 - LUYANG
1. JAFERY BIN JOMION STAR LAYAK BERTANDING
2. HIEW KING CHEU DAP LAYAK BERTANDING
3. SHIM TSHIN NYUK @ AGNES SHIM BN LAYAK BERTANDING
4. CHIA CHUI KET SAPP LAYAK BERTANDING

P. 173 - PUTATAN

N. 17 - TANJONG ARU 
1. YONG WE KONG SAPP LAYAK BERTANDING
2. YONG OUI FAH BN LAYAK BERTANDING
3. HAMID BIN ISMAIL PAS LAYAK BERTANDING
4. SALLEH BIN TIASI @ TIASEH STAR LAYAK BERTANDING

N. 18 - PETAGAS
1. AWANG AHMAD SAH STAR LAYAK BERTANDING
2. DATUK YAHYAH @ YAHYA BIN HUSSIN @ AG HUSIN BN LAYAK BERTANDING
3. MAT YUNIN @ MOHD YUNIN BIN ATIN PKR LAYAK BERTANDING

P. 174 - PENAMPANG

N. 19 – KAPAYAN 
1. KHOO KEOK HAI BN LAYAK BERTANDING
2. PHILLIP AMONG @ DANIEL DELL FIDELIS STAR LAYAK BERTANDING
3. EDWIN @ JACK BOSI DAP LAYAK BERTANDING
4. CHONG PIT FAH SAPP LAYAK BERTANDING

N. 20 - MOYOG
1. BERNARD LAWRENCE SOLIBUN STAR LAYAK BERTANDING
2. DANIM @ ALOYSIUS BIN SIAP SAPP LAYAK BERTANDING
3. TERRENCE SIAMBUN PKR LAYAK BERTANDING
4. PHILIP BENEDICT LASIMBANG BN LAYAK BERTANDING

P. 175 - PAPAR

N. 21 - KAWANG
1. KEFLI @ DZULKEFLI BIN SAFAR PKR LAYAK BERTANDING
2. EDWARD DAGUL SAPP LAYAK BERTANDING
3. AKOP BIN DAMSAH @ YAKUP BIN DAMSAH STAR LAYAK BERTANDING
4. DATUK GULAMHAIDAR @ YUSOF BIN KHAN BAHADAR BN LAYAK BERTANDING

N. 22 - PANTAI MANIS
1. DATUK ABDUL RAHIM BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING
2. NORAIZAL BIN MOHD NOOR SAPP LAYAK BERTANDING
3. FRED BIN GABRIEL PKR LAYAK BERTANDING
4. BAHARUDIN @ BAHARUDDIN BIN NAYAN STAR LAYAK BERTANDING

P. 176 - KIMANIS

N. 23 - BONGAWAN
1. AWANG TALIP BIN AWANG BAGUL SAPP LAYAK BERTANDING
2. MOHAMAD BIN ALAMIN BN LAYAK BERTANDING
3. TAN SRI IBRAHIM BIN MENUDIN PKR LAYAK BERTANDING
4. ASSIM @ HASSIM BIN MATALI STAR LAYAK BERTANDING
5. AK ALIUDDIN BIN PG MOHD TAHIR BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 24 - MEMBAKUT
1. DATUK MOHD ARIFIN BIN MOHD ARIF BN LAYAK BERTANDING
2. NARAWI @ SINAR BIN AHMAD PKR LAYAK BERTANDING
3. BANJIMIN ONDOI SAPP LAYAK BERTANDING
4. JAAPAR BIN AG GADOR STAR LAYAK BERTANDING

P. 177 - BEAUFORT

N. 25 - KLIAS
1. MOHD SANUSI BIN TARIPIN SAPP LAYAK BERTANDING
2. ALIAPA BIN OSMAN STAR LAYAK BERTANDING
3. LAJIM BIN UKIN PKR LAYAK BERTANDING
4. ISNIN BIN ALIASNIH @ LIASNIH BN LAYAK BERTANDING

N. 26 - KUALA PENYU
1. JUSBIAN BIN KENNETH BEBAS LAYAK BERTANDING
2. LIMUS BIN JURY BN LAYAK BERTANDING
3. JOHAN @ CHRISTOPHER BIN O.T. GHANI PKR LAYAK BERTANDING
4. INING BIN SINTEN @ ALEXANDER SINTIN STAR LAYAK BERTANDING
5. HAJI MD. TAJUDDIN BIN HJ. MD. WALLI BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 178 – SIPITANG


N. 27 - LUMADAN
1. ABDUL RAHMAN BIN MD YAKUB PKR LAYAK BERTANDING
2. JAMAIN BIN SARUDIN SAPP LAYAK BERTANDING
3. RAPAHI BIN EDRIS BEBAS LAYAK BERTANDING
4. DATUK KAMARLIN BIN OMBI BN LAYAK BERTANDING
5. SAUDI BIN SUHAILI BEBAS LAYAK BERTANDING
6. MOHD JAAFAR BIN IBRAHIM STAR LAYAK BERTANDING

N. 28 - SINDUMIN
1. HARUNSAH BIN IBRAHIM PKR LAYAK BERTANDING
2. SEMION @ FRED SEMION BIN SAKAI STAR LAYAK BERTANDING
3. AMDE @ HAMDI BIN SIDIK SAPP LAYAK BERTANDING
4. AHMAD BIN BUJANG BN LAYAK BERTANDING

P. 179 - RANAU

N. 29 – KUNDASANG
1. JAIN SAUTING STAR LAYAK BERTANDING
2. CLEFTUS STEPHEN SPINE BEBAS LAYAK BERTANDING
3. SATIOL BIN INDONG PKR LAYAK BERTANDING
4. JOACHIM GUNSALAM BN LAYAK BERTANDING
5. JAPIRIL BIN SUHAIMIN SAPP LAYAK BERTANDING
6. SAM BIN HONDOU BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 30 - KARANAAN
1. DATUK MASIDI BIN MANJUN @ MASDI BN LAYAK BERTANDING
2. JALIBIN BIN PAIDI STAR LAYAK BERTANDING
3. MAT JAILI BIN SAMAT BEBAS LAYAK BERTANDING
4. MUHIDDIN @ MOHD ANAS BIN YUSIN PKR LAYAK BERTANDING

N. 31 - PAGINATAN
1. YAZID BIN SAHJINAN BEBAS LAYAK BERTANDING
2. SIRINGAN BIN GUBAT @ ALIANCE BN LAYAK BERTANDING
3. AMRU BIN ABD KADIR PKR LAYAK BERTANDING
4. PEDDERIN @ FEDDRIN BIN TULIANG @TULING STAR LAYAK BERTANDING

P. 180 - KENINGAU

N. 32 - TAMBUNAN
1. WILFRED WIN BIN PONIL PKR LAYAK BERTANDING
2. JOSEPH PAIRIN KITINGAN BN LAYAK BERTANDING
3. KOH KUI TZE @ FRANCIS KOH KUI TZE BEBAS LAYAK BERTANDING
4. JUSTIN BIN YONSODING BEBAS LAYAK BERTANDING
5. NESTOR BIN JOANNES STAR LAYAK BERTANDING

N. 33 - BINGKOR
1. AHMAD SHAH BIN HUSSEIN TAMBAKAU PKR LAYAK BERTANDING
2. GAPARI BIN KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN STAR LAYAK BERTANDING
3. KENNEDY JIE JOHN @ KENN BN LAYAK BERTANDING
4. RICKY @ ROLAND SEDOMON BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 34 - LIAWAN
1. DATUK SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO BN LAYAK BERTANDING
2. PAUL BUNSU BIN GITANG @ PAUL GITANG PKR LAYAK BERTANDING
3. NUSLEH BIN MADARAK BEBAS LAYAK BERTANDING
4. PAUKET YADILOH @ JAHARI TAHIR SAPP LAYAK BERTANDING
5. NICHOLAS JAMES GUNTOBON STAR LAYAK BERTANDING

P. 181 - TENOM

N. 35 – MELALAP
1. RADIN MALLEH BN LAYAK BERTANDING
2. ROGER BIN STIMIN SAPP LAYAK BERTANDING
3. NOORITA BINTI SUAL DAP LAYAK BERTANDING
4. KONG FUI SENG STAR LAYAK BERTANDING

N. 36 - KEMABONG
1. DATUK RUBIN BIN BALANG BN LAYAK BERTANDING
2. TAY JIN KIONG @ ALFRED STAR LAYAK BERTANDING
3. WILLIAM ENSOR BIN TINGKALOR SAPP LAYAK BERTANDING
4. BIOU BIN SUYAN PKR LAYAK BERTANDING

P. 182 - PENSIANGAN

N. 37 - SOOK
1. RUSAYIDI BIN ABDULLAH BEBAS LAYAK BERTANDING
2. KUSTIN BIN LADI STAR LAYAK BERTANDING
3. LIBERTY @ ALIBI BIN LOPOG PKR LAYAK BERTANDING
4. ELLRON BIN ANGIN BN LAYAK BERTANDING
5. CHONG YU CHEE @ FRANKIE SAPP LAYAK BERTANDING

N. 38 - NABAWAN
1. GEORGE ERAM @ GEORGE IRAM STAR LAYAK BERTANDING
2. FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD BEBAS LAYAK BERTANDING
3. SIDUM BIN MANJIN BERSAMA LAYAK BERTANDING
4. RAYMOND BIN AHUAR PKR LAYAK BERTANDING
5. BOBBEY AH FANG BIN SUAN BN LAYAK BERTANDING

P. 183 - BELURAN

N. 39 - SUGUT
1. DATU KAMARUDDIN BIN DATU MUSTAPHA BEBAS LAYAK BERTANDING
2. DATUK JAMES BIN RATIB BN LAYAK BERTANDING
3. ABDUL RAHMAN BIN ATANG BEBAS LAYAK BERTANDING
4. PAGRIOS @ PETRUS BIN ZABANG PKR LAYAK BERTANDING
5. MASIAWAN KUNCHING STAR LAYAK BERTANDING

N. 40 - LABUK
1. METAH @ MICHAEL BIN ASANG BN LAYAK BERTANDING
2. PINUS BIN GONDILI STAR LAYAK BERTANDING
3. TANG YUNG HI @ TAN YONG GEE PKR LAYAK BERTANDING

P. 184 - LIBARAN

N. 41 - GUM-GUM
1. AHMAD THAMRIN @ TAMRIN B. MOHD JAINI PKR LAYAK BERTANDING
2. HASSAN BIN HAMI @ HAMID STAR LAYAK BERTANDING
3. DATUK ZAKARIA BIN MOHD. EDRIS @ TUBAU BN LAYAK BERTANDING

N. 42 - SUNGAI SIBUGA
1. A.M. JAFFAR @ DAMAID BIN JUANA SAPP LAYAK BERTANDING
2. MUSA BIN AMAN BN LAYAK BERTANDING
3. MOHD ROSLAN BIN YUSSOF STAR LAYAK BERTANDING
4. IRWANSHAH BIN MUSTAPA PKR LAYAK BERTANDING
5. MOHD ARSHAD BIN ABDUL BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 185 - BATU SAPI

N. 43 – SEKONG
1. MUSAH BIN GHANI PKR LAYAK BERTANDING
2. AHMAD BIN IBRAHIM STAR LAYAK BERTANDING
3. AWANG @ ABDUL NASIP BIN OTHMAN . SAPP LAYAK BERTANDING
4. DATU ILAHAN BIN DATU AMILBANGSA BEBAS LAYAK BERTANDING
5. DATUK SAMSUDIN BIN YAHYA BN LAYAK BERTANDING

N. 44 - KARAMUNTING
1. CHARLES O PANG SU PIN BN LAYAK BERTANDING
2. CHONG KET KIUN DAP LAYAK BERTANDING
3. YONG VUI MIN SAPP LAYAK BERTANDING

P. 186 - SANDAKAN

N. 45 - ELOPURA
1. HIEW VUN ZIN DAP LAYAK BERTANDING
2. AU KAM WAH BN LAYAK BERTANDING
3. LIAU FOOK KONG SAPP LAYAK BERTANDING

N. 46 - TANJONG PAPAT
1. POON MING FUNG DAP LAYAK BERTANDING
2. TAN SHU KIAH BN LAYAK BERTANDING
3. YONG CHIE MAN @ YU CHIE MAN SAPP LAYAK BERTANDING

P. 187 - KINABATANGAN

N. 47 – KUAMUT
1. MASIUNG BIN BANAH BN LAYAK BERTANDING
2. EDWARD PODOK STAR LAYAK BERTANDING
3. MUSTAPA BIN DATU TAMBUYONG PKR LAYAK BERTANDING

N. 48 - SUKAU
1. APRIN BIN MUSIN SAPP LAYAK BERTANDING
2. AHDAH BIN SULAIMAN PAS LAYAK BERTANDING
3. JUHORI BIN PARITAI STAR LAYAK BERTANDING
4. DATUK SADDI BIN ABDU RAHMAN BN LAYAK BERTANDING

P. 188 - SILAM

N. 49 - TUNGKU
1. DATO SHUAIB BIN DATO MUTALIB SAPP LAYAK BERTANDING
2. DATUK MOHD SUHAILI BIN SAID BN LAYAK BERTANDING
3. TSEN YUN FAH @ MOHD. AZLAN TSEN ABDULLAH BEBAS LAYAK BERTANDING
4. JOHANI BIN ABD HALIM PKR LAYAK BERTANDING
5. JOHAN BIN NUL STAR LAYAK BERTANDING

N. 50 - LAHAD DATU
1. ALIANDU BIN ENJIL SAPP LAYAK BERTANDING
2. DATO' MOHAMMAD YUSOF BIN APDAL BN LAYAK BERTANDING
3. HAMID AWONG @ ABDUL HAMID AWONG PKR LAYAK BERTANDING
4. ARIFFIN BIN HAMID @ ALFA HAMID STAR LAYAK BERTANDING

N. 51 - KUNAK
1. DATUK NILWAN BIN KABANG BN LAYAK BERTANDING
2. KASMAN BIN KARATE PAS LAYAK BERTANDING
3. HUSSEIN BIN IBNU HASSAN BEBAS LAYAK BERTANDING
4. VALENTINE @ RENGERS SEBASTIAN STAR LAYAK BERTANDING
5. ABD SATTAL BIN SHAFIEE BEBAS LAYAK BERTANDING
6. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 189 - SEMPORNA


N. 52 - SULABAYAN
1. HASAMAN BIN SAGARAN BERSAMA LAYAK BERTANDING
2. HUSSEIN BIN MUMAKIL BEBAS LAYAK BERTANDING
3. DATO' JAUJAN BIN SAMBAKONG BN LAYAK BERTANDING
4. MAMAT BIN BARHANA BEBAS LAYAK BERTANDING
5. HERMENY BIN MURGAL PKR LAYAK BERTANDING
6. JULKALANI BIN ABD. RAHMAN BEBAS LAYAK BERTANDING
7. GHAZALIE B PG. HINDI @ ABDUL GHANI BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 53 - SENALLANG
1. DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HJ MUSTAPHA BEBAS LAYAK BERTANDING
2. MOHD AMIN BIN ABDUL MEM PKR LAYAK BERTANDING
3. DATUK NASIR BIN SAKARAN BN LAYAK BERTANDING
4. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OSMAN BEBAS LAYAK BERTANDING
5. AB KARIM BIN TALIP BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 54 - BUGAYA
1. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG BEBAS LAYAK BERTANDING
2. ABDUL HUSSIN BIN KIAMSIN BEBAS LAYAK BERTANDING
3. HASAI BIN TUDAI PAS LAYAK BERTANDING
4. ALIMIN BIN BUDIN BEBAS LAYAK BERTANDING
5. RAMLEE BIN MARAHABAN BN LAYAK BERTANDING
6. ABDULLAH SANI BIN ABDUL SALLEH BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 190 - TAWAU


N. 55 - BALUNG
1. S. ABAS BIN S. ALI BN LAYAK BERTANDING
2. ABDUL HAMID SAPP LAYAK BERTANDING
3. FRANK SALAZAR @ FRANCO PKR LAYAK BERTANDING
4. MOHD ABDILLAH BIN TIMBASAL BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 56 - APAS
1. TAHIR BIN DAHU SAPP LAYAK BERTANDING
2. CHOK YIT MIN STAR LAYAK BERTANDING
3. ALIZAMAN BIN JIJURAHMAN PKR LAYAK BERTANDING
4. DATUK TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN BN LAYAK BERTANDING

N. 57 - SRI TANJONG
1. YONG AH POH SAPP LAYAK BERTANDING
2. OLIVIA CHONG OI YUN STAR LAYAK BERTANDING
3. FUNG LEN FUI BN LAYAK BERTANDING
P. 191 - KALABAKAN

N. 58 - MEROTAI
1. AHMAD BIN DULLAH PAS LAYAK BERTANDING
2. MOHD BIN MANUKE BEBAS LAYAK BERTANDING
3. PANG YUK MING BN LAYAK BERTANDING
4.HO SHAU VUI SAPP LAYAK BERTANDING
5. CHIN CHEE SYN BEBAS LAYAK BERTANDING
6. RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR BEBAS LAYAK BERTANDING

N. 59 - TANJONG BATU
1. FATMAWATY BINTI MOHD YUSUF PAS LAYAK BERTANDING
2. HAMISA BINTI SAMAT BN LAYAK BERTANDING

N. 60 - SEBATIK
1. MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH BEBAS LAYAK BERTANDING
2. DAUD BIN JALALUDDIN PAS LAYAK BERTANDING
3. ABD MUIS BIN PICHO BN LAYAK BERTANDING
4. MOHAMMAD JEFFRY BIN ROSMAN STAR LAYAK BERTANDING


Sumber: FB

RAKYAT SABAH DIMINTA TOLAK PR #PRU13

Oleh : HAYATI DZULKIFLI



KOTA KINABALU: Penyandang Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, yang merupakan seorang Ahli Parlimen bebas Pro-Barisan Nasional (Pro BN), berkata mengundi Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bermakna mengundi bencana.

Beliau berkata, rakyat Sabah mesti menolak Anwar pada 5 Mei kerana mengundi untuknya akan menjejaskan masa depan pembangunan Negara dan generasi muda.

Ini kerana, katanya, Anwar hanya tahu membuat janji dan harapan kosong yang akan memperdayakan rakyat dan mengecewakan mereka kemudian.

“Saya pernah berada dalam PKR dan rapat kepada Anwar selama 12 tahun dan untuk itu, saya memanggil ‘Raja Janji’ kerana beliau sangat berkebolehan memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat tetapi tidak memenuhinya.

“Satu contoh jelas, Anwar berjanji kepada lebih 20 keluarga India di kg Buah Pala, Selangor seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2008 bahawa sebaik PR menjadi kerajaan, beliau berjanji untuk mengeluarkan geran tanah kepada keluarga-keluarga ini dalam tempoh dua minggu. Sehingga kini, janji kekal janji kosong dan menghancurkan harapan mereka untuk memiliki tanah.

“janji kosong PR yang paling diketahui ramai tidak membuat pembayaran elaun bulanan kepada ibu tunggal di Selangor dan ia disaman oleh mereka. Satu lagi janji, ia gagal mengeluarkan RM1,000 kepada setiap bayi baru lahir di Selangor termasuk kepada setiap pelajar yang meneruskan pengajian mereka di universiti,” katanya.

Gobalakrishnan berkata demikian dalam satu sidang media bersama dengan presiden Pakatan NGO Pro BN Zulkarnai Mahdar di sini pada selasa lepas.

Beliau antara penceramah dalam program Pakatan NGO Pro BN ‘Gerak Gempur: Membongkar pembohongan Anwar Ibrahim dan Bahaya Memilih Pakatan Pembangkang’ di Tamparuli, Tuaran dan daerah lain di Sabah.

Hadir sama adalah seorang penggiat politik merangkap bekas Pengarah Perhubungan PKR Sabah, Ronnie Klassen.

Gobalakrishnan, yang juga Presiden Perkemas, berkata Anwar melalui PR meminta perintah mahkamah untuk merobohkan sebuah kuil di Bukit Gasing, Selangor untuk memberi laluan bagi pembangunan di tanah itu.

“Bukan sahaja kuil, Anwar juga gagal menepati janjinya untuk membantu sebuah kuil di Selangor untuk memberi laluan bagi pembangunan di estet itu.

“Saya sangat kecewa beliau tidak memenuhi janjinya, malah meminta perintah mahkamah untuk merobohkan kuil itu.

“Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang terbukti merupakan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat di bawah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tanpa mengira agama, kaum dan budaya mereka,” katanya.

Selain itu, Gobalakrishnan turut mendedahkan bahawa Anwar juga sanggup melakukan apa saja untuk faedah politiknya seperti memberi ganjaran kepada ahli politik semata-mata untuk mendapat persekutuan politik dan sokongan mereka.

“Anwar juga pernah menggoda saya dengan satu projek bernilai RM440 juta untuk mengimport bahan api dari Arab Saudi ke India untuk saya kembali ke pihak pembangkang dan menyokongnya.

“Saya menolak projek untuk membeli saya itu kerana saya kenal Anwar…inilah yang beliau lakukan, membeli orang untuk menjadi sekutu politiknya.”

Beliau memberi amaran kepada rakyat Sabah supaya berwaspada terhadap manifesto pilihan raya PR yang hanya bertujuan memancing pengundi untuk mempercayai mereka. (DE)


Sumber: sabahkini

TENOM: PKR TENOM SUKAR ARI CALON WIBAWA? #PRU13 #LUAHAN HATI

 
Saudara Pengarang,

SEJAK kebelakangan ini, hampir kesemua parti pembangkang yang telah memperkenalkan calon wibawa mereka, namun sehingga ke hari ini, PKR Tenom masih menggelabah mencari pemimpin yang berwibawa bagi menggalas tugas sebagai calon Parlimen Tenom.

Apa tidaknya, pemimpin yang diharapkan oleh PKR Tenom masih bergelut dengan tugasan harian keluarganya untuk menjaga anak-anak di rumah selaku 'amah' yang mendiami rumah PPRT kerana isteri terlalu sibok dengan kerja hariannya di sebuah jabatan kerajaan.

Bagaimanakah penerimaan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Tenom jika mereka mendapat tahu senario liku-liku penghidupan seorang yang bakal diangkat sebagai pemimpin tetapi masih bergelut dengan masalah keluarga?

Suatu ketika dahulu seorang Peguam telah bersedia untuk menawarkan diri untuk mengisi tugasan itu, namun kepimpinan PKR Tenom membantah hasrat Peguam berkenaan dengan pelbagai alasan; meskipun Peguam itu adalah anak watan daerah Tenom. (jadi) Mahu cari jenis pemimpin bagaimana lagi?

Bagi APS pula, sebuah NGO di bawah PKR telah menawarkan seorang pemimpin yang berwibawa lulusan Ekonomi dari UPM dan mempunyai latar belakang penghidupan yang lebih baik, memiliki bisnes yang baik dan berpengaruh di kawasan Tenom tetapi ditolak oleh PKR. Apakah sebabnya lagi?

Masa sudah terlalu singkat untuk PKR mencari pemimpin yang lebih sesuai bagi menggalas tugas selaku calon yang berwibawa di Parlimen Tenom, dicadangkan agar niat untuk meletakkan calon disitu terpaksa dilupakan dan adalah lebih baik ucapkan sahaja, "Selamat Tinggal PRU13" untuk PKR Tenom.

Sekian,

PENYOKONG PKR KEMABONG

Friday, April 19, 2013

Nasib Malang Politik Edward Ewol Mujie Bersama DAP #PRU13




KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Kata orang, dalam politik, pencapaian lebih utama daripada sekadar menanam tebu di bibir.

Perkara ini dialami Edward Ewol Mujie, 65, yang mengaku menempuh waktu yang sukar dan mencabar ketika berjuang dalam DAP selama enam tahun sungguhpun menjadi naib pengerusi parti itu di Sabah.

Pada 11 April, Mujie mengambil keputusan untuk keluar daripada parti pembangkang berpusat di Semenanjung itu dan menyertai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Tindakan berani beliau mengundang lebih banyak masalah kepada DAP kerana seminggu sebelum itu, Pengerusi DAP Kepayan Stephen Jimbangan, bersama-sama 128 penyokong meninggalkan parti itu untuk menyertai Upko.

Bekas setiausaha Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (kini Majlis Bandaraya KK)berkata beliau gagal memenuhi harapannya untuk menjadi suara rakyat yang berkesan menerusi DAP, terutamanya dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut.

Dalam pengakuan yang berterus-terang, Mujie berkata sebagai pemimpin pembangkang, tidak banyak yang boleh dilakukannya untuk menyaingi prestasi secara langsung pemimpin BN, terutamanya dari segi membawa perubahan sosio-ekonomi kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar yang dihuni majoriti penduduk Kadazan, Dusun dan Murut.

"Berbeza dengan BN, saya dapati sukar bagi DAP menampung wawasan saya untuk menyediakan perkhidmatan bermakna kepada rakyat, terutamanya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

"Pada awalnya, saya melihat DAP sebagai platform politik yang sesuai untuk menyuarakan masalah dan keluhan rakyat.

"Tetapi apa yang berlaku ialah saya sebenarnya berdepan situasi yang 'menghalang' disebabkan program dan aktiviti yang terhad, malah untuk bergerak ke seluruh negeri bagi mempromosikan perjuangan DAP pun susah," katanya kepada Bernama.

Bekas pelajar Kolej Sabah itu berkata beliau berasa 'ketinggalan' daripada gaya politik 'touch and go' DAP.

"Memanglah, pemimpin tertinggi DAP sekali-sekala datang melawat Sabah, namun amat jarang berlaku interaksi sebenar antara pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan setempat," katanya.

Oleh kerana itu, usaha DAP untuk menembusi masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah menemui kegagalan dan peletakan jawatan anggota kanan seperti Mujie dan Stephen memberi tamparan hebat kepada parti itu.

Mujie bertanding kerusi Parlimen Sepanggar atas tiket DAP pada pilihan raya umum 2008 namun kalah kepada calon BN, Eric E. Majimbun.

Calon BN bagi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini ialah Datuk Jumat Idris.

Ditanya sebab beliau memilih Upko, Mujie berkata parti itu sebuah parti komponen BN yang memberi tumpuan khusus kepada kepentingan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Mujie memuji Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Dompok dan Tan Sri Joseph Kurup, masing-masing merupakan presiden PBS, Upko dan PBRS, kerana merapatkan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di bawah inisiatif 'Gelombang Tataba.

"Saya amat tertarik dengan wawasan seperti ini. Jadi, saya fikir daripada menghabiskan tenaga dan masa dengan DAP, saya boleh menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut, terutamanya golongan muda," kata Mujie, seorang dusun lotud dari Kampung Batangan di Tuaran.

"Saya tidak minta apa-apa (jawatan daripada Upko). Yang penting ialah apakah sumbangan saya kepada parti dan paling mustahak kepada masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

"Saya harap Gelombang Tataba dapat membawa perpaduan lebih erat antara kaum ini agar mereka dapat melaksanakan peranan lebih besar dalam pembinaan negara," katanya.

Mengenai retorik 'Sabah for Sabahans', Mujie berkata: "Sama ada kita suka atau tidak, penduduk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semuanya rakyat Malaysia.

"Ini adalah satu kenyataan dan kita mesti menerima kenyataan selagi kita menganggapkan diri kita sebagai rakyat Malaysia yang sebenar." - BERNAMA

SABAH: 70 anggota polis kawal penamaan calon di Parlimen Silam #PRU13

LAHAD DATU - Dewan Tun Mustapha di sini yang menjadi lokasi bagi penamaan calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Silam esok akan dikawal oleh lebih 70 anggota polis.

Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat berkata, tindakan untuk menempatkan sejumlah anggota polis yang diramai di kawasan berkenaan bukan disebabkan kepada kebimbangan mengenai ancaman daripada pihak pengganas.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu adalah bagi memastikan kelancaran proses penamaan apabila terdapat lebih daripada dua parti yang dijangka membuat pencalonan masing-masing.

"Tahap keselamatan di sini terjamin dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Anggota polis ditempatkan di kawasan berkenaan sebagai usaha untuk mengelak daripada berlaku sebarang bentuk kekacauan penyokong-penyokong parti," katanya di sini hari ini. - Kosmo!

Yong Akui Pertelegahan Serius Dalam Pakatan Pembangkang Di Sabah #PRU13



KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengakui berlaku pertelagahan serius dalam pakatan pembangkang yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk menjadikan Sabah 'negeri di barisan hadapan'.

"Kami tidak menjangkakan bahawa perbalahan antara parti termasuk PKR, PAS dan DAP berlaku begitu sengit sehingga menjejaskan peluang pembangkang untuk menawan kerusi negeri.

"Sekiranya SAPP tahu lebih awal bahawa perpecahan dalam pakatan boleh melumpuhkan, kami sudah pasti membuat persediaan untuk bertanding lebih banyak kerusi dewan undangan negeri (DUN)," kata Yong semasa mengumumkan senarai calon parti itu yang bertanding pilihan raya umum ke-13 5 Mei ini, semalam.

Yong akan bertanding di DUN Likas kali ini, menggantikan Datuk Liew Teck Chan, yang memenangi kerusi itu pada PRU 2008.

Likas ialah antara kerusi yang mencatatkan jumlah undi keseluruhan pembangkang yang besar pada PRU12 selain DUN Inanam, Likas, Kapayan, Luyang dan Bingkor.

Yong mengaitkan pertelegahan pembangkang ini dalam isu Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mahu bertanding 48 kerusi negeri dan 15 kerusi parlimen.

Jeffrey sendiri dijangka berdepan dengan abangnya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk kerusi Parlimen Keningau.

Pada pertarungan pertama dua beradik itu pada 2008, Pairin menang kerusi Keningau dengan 4,264 majoriti dalam perlawanan tiga penjuru.

PKR pula dijangka meletakkan calon di 43 kerusi negeri dan 19 parlimen dan SAPP pula dijangka mencuba nasib di 41 kerusi negeri dan lapan kawasan parlimen.

SAPP dan Star sebelum ini diwar-warkan akan bekerjasama dengan blok pembangkang yang berpusat di Semenanjung, namun menemui jalan buntu susulan kegagalan perundingan pembahagian kerusi dalam kalangan mereka.

Star kini cuba menjalin kerjasama dengan protem parti Usno baharu, yang diketuai Datu Badarudin, anak pengasas Usno, Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun, yang juga bekas ketua menteri Sabah.

Badarudin dijangka akan menentang Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bagi kerusi Parlimen Semporna.

Ketika PKR dijangka mempertaruh harapan pada ahli politik veteran, bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong untuk kerusi Parlimen Papar, seorang pemimpin kanan parti itu, Ansari Abdullah, digugurkan daripada senarai calon, yang dikatakan boleh menjejaskan rentak kempen PKR.

Turut mewarnai kehangatan pilihan raya umum kali ini ialah keputusan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah) untuk mempertahan kerusi Parlimen Beaufort dan bertanding di DUN Klias.

DAP sehingga ini belum mengumumkan senarai penuh calonnya di Sabah kecuali Pengerusi DAP negeri Jimmy Wong, yang dijangka bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Kinabalu, satu-satunya kerusi parlimen yang dimenangi pembangkang di Sabah.

PAS pula akan bertanding sembilan kerusi negeri dan dua kerusi parlimen.

Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Aman memenangi 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 daripada 25 kerusi parlimen. BN hanya tewas di tangan DAP untuk kerusi DUN Sri Tanjung di Tawau serta kerusi Parlimen Kota Kinabalu. - BERNAMA

Thursday, April 18, 2013

PKR Has Failed To Show Its Sincerity In Sabah #PRU13


PENAMPANG : PKR Tuaran division chief Ansari Abdullah has taken the party leadership to task for failing to honour the promise of political autonomy for Sabah.

“PKR has failed to show its sincerity, fail to show that it is practicing autonomy. So today, all of us will have to go back to our respective divisions to explain the situation and will make a decision on any future undertaking. Saturday (which is the nomination day) is a very long time to go, and in politics, anything can happen,” he said.

“The real issue here is not about me being a candidate, it is about us being promised the autonomy but autonomy is not here. Fullstop. It is about the division making a decision, (and) the decision is not respected. Fullstop. It is about the promise to treat us as equal partners, (but) now are we being treated as equal partners when we are not even consulted about the candidates' list?” he added.

He told reporters this when cornered after chairing an informal meeting here, on Thursday (18 April 2013) together with several divisional leaders and members who were dissatisfied with the newly-unveiled PKR candidates' list by Sabah PKR chief Ahmad Thamrin Jaini, in Petaling Jaya, Selangor, two days ago.

He was commenting on the Party leadership rejecting of three quarter of the candidates proposed by the seven divisions in the West Coast North Zone, in Sabah, one day after the dissolution of the Parliament.

“The seven proposed candidates' names which was announced recently is not my list. It is not Ansari's line-up. It was the decision made by the respective divisions in the West Coast North areas. We were promised of the autonomy to make decision as stipulated in the Buku Jinggaand Kuching Declaration.

“Unfortunately three quarter of the list were rejected, where of the seven candidates, only two made it. It is sad to say but the Party has failed the test (of trustworthiness and sincerity)," he said.

PRU13: Lajim pertahankan kerusi Beaufort, tanding DUN Klias

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin, yang kini mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang menyokong pakatan pembangkang, akan mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Selain itu, Lajim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.
Di Parlimen Beaufort, beliau akan berhadapan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri manakala di DUN Klias pula menentang pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasneh.

Pada pilihan raya 2008, Lajim yang bertanding atas tiket BN mengalahkan calon PKR Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi bagi kerusi parlimen Beaufort.

Sebelum pembubaran DUN Sabah, DUN Klias disandang oleh Azizah daripada UMNO yang menang dengan majoriti 2,413 undi.

Ketika mengumumkan senarai calon PKR yang mewakili PPPS di sini hari ini, Lajim berkata penasihat PPPS yang juga bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Papar manakala tokoh korporat Tan Sri Ibrahim Menudin pula diberi peluang mencuba nasib di DUN Bongawan.

Katanya, pengagihan kerusi pakatan pembangkang Sabah menyaksikan lima wakil daripada PPPS bertanding kerusi Parlimen dan 15 pemimpin PPPS bertanding di DUN.
Selain PPPS yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakatan pembangkang Sabah dianggotai PKR, DAP, PAS dan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Wilfred Bumburing.

Lajim mengakui kemungkinan berlaku sedikit perpecahan undi pembangkang jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih tetapi yakin rakyat bijak memilih parti yang akan mentadbir negeri dan negara ini untuk lima tahun akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut mengumumkan akan bertanding di Parlimen Keningau dan DUN Bingkor.

Jeffrey akan bertarung dengan abangnya yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan calon BN Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Parlimen Keningau dan
Ketua Pemuda Upko Keningau Kennedy Jie John @ Kenn bagi kerusi DUN Bingkor.

Jeffrey berkata, STAR dan sekutunya Usno Baru, yang belum didaftarkan, bercadang untuk bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 55 kerusi DUN pada pilihan umum ini. - BERNAMA
 
 
Sumber: AKA FB

Wednesday, April 17, 2013

Parlimen Sepanggar: PKR Tarik Diri Lawan @DatukJumat di Sepanggar? #PRU13

Pengumuman calon Parlimen dan DUN di Sabah diantara yang lewat diumumkan. Sabah adalah eposit tetap bagi BN, namun, pembangkang dari KL sudah kerap kali turun ke Sabah untuk dapatkan undi orang Sabah kononnya bagi mencukupi kerusi untuk menubuhkan kerekaan campuran pakatan.

Orang Sabah bukan untuk diperbodohkkan, semasa nakkan undi, barulah Anwar dan konco-koonconya turun ke Sabah jenguk pengundi, tapi, bila mereka senang, muka pengundi ini dibiarkan begitu sahaja.

Muka baru dan lama bakal membariskan nama-nama pemimpin di Sabah. menariknya calon Parlimen Sepanggar yang sebelum ini diberikan kepada parti komponen BN diberikan kepada UMNO untuk mewakili BN. Kedengarannya Anwar dan konco-konconya termauk Yong Teck Lee tidak senang dengan pengumuman ini. Harapan mereka agar BN meletakkan calon selain UMNO tidak kesampaian.

Calon BN bagi Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Hj Idris adalah calon yang terbaik untuk mengembalikan kemenangan BN di sini. Eric Majimbun dikatakan tidak berani menentang BN atas situuasi ini. Anwar mula mencongakkan strategi lain disebabkan pencalonan Datuk Jumat.

Yong yang pada mulanya mahu menepatkan diri di Parlimen ini dikatakan akan berubah angin dan tempat di atas perkembangan ini. Yong yang diketahui sebagai YB Oranng kahwin (MUNCUL ketika majlis kahwin sahaja...) dikatakan tidak berani menempatkan diri di sini.

Datuk Jumat yang dikenali sebagai Pemimpin akar Umbi yang berjiwa rakyat semakin hari semakin mendapat perhatian bukan sahaja diperingakt negeri malahan di peringkat Nasional.

Apa yang pasti, BN telah melunaskan janjinya, tinggal calon untuk membawa imej baik demi kemenangan BN di Sabah!

BN TATAP!!!
Sumber: Jomo

TAHNIAH DATUK @Rosnah_ARS !! RAKYAT PAPAR MASIH PERLUKAN PEMIMPIN MUDA INI! #PRU13


Tahniah diucapkan kepada pemimpin wanita muda ini, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin kerana sekali lagi diberikan kepercayaan oleh PM DS Najib Razak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada PRU13 ini.

Sikap beliau yang sempoi dan senang didekati rakyat pelbagai kaum di Papar akan memastikan kejayaan dengan majoriti yang besar dalam PRU13 kali ini. Perkhidmatan selama beliau diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Papar sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan begitu baik.

Pada rakyat Papar, harus berikan undi kepada pemimpin wanita muda ini kerana banyak lagi pembangunan akan dilakukan demi kestabilan rakyat Sabah khususnya di Papar. Kekalkan apa yang kita nikmati sekarang dan bukan dengan cara ubah kita beroleh apa yang diinginkan. Pilih pemimpin yang kuat kerja tak kira masa demi membantu rakyat.

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Terengganu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.
Sumber: GR

#Revise: Muslihat Dan Tipu Helah Lajim-Bumburing #PRU13


Apakah ada muslihat politik lebih besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Lajim Ukin dan Datuk Welfred Bumburing kerana dalam politik, tiada siapapun boleh menang jika permainan politik dilakukan sendirian malah kemenangan dalam politik ditentukan oleh kumpulan berserta massa yang mendokongnya.

Apakah Lajim dan Bumburing merupakan` prime mover’ kepada gelombang lebih besar? Siapa-siapa kah yang terlibat di mana pada masa ini masih bermain di belakang layar kerana dalam sejarah politik Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai muslihat yang lebih besar dibelakangnya.

Tahun 1976, Tun Mustapha dengan Usnonya dijatuhkan oleh pemimpinnya sendiri, apabila Menteri Kewangan masa itu-Datuk Harris Salleh menubuhkan parti Berjaya dan mendapat kerjasama dibelakang tabir daripada pemimpin pusat serta TYT masa itu- Tun Mohd Fuad Stephen.

Demikian juga pada tahun 1985, apabila Berjaya ditumpaskan oleh PBS, apabila Pairin dipecat daripada Berjaya kemudian disertai oleh kumpulan pemimpin parti Berjaya.

Peristiwa yang sama berulang pada tahun 1994, apabila tiga orang pemimpin PBS keluar parti menyertai BN, yang mengakibatkan jumlah ADUN PBS di DUN Sabah menjadi minoriti, akibatnya BN membentuk kerajaan dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah-atas ilham mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad.

Apakah keadaan yang sama berulang dengan tindakan Lajim dan Bumburing? meskipun caranya berbeza, kerana tindakan dua pemimpin BN ini tidak mengubah status quo kerajaan.

Kita sama-sama maklum, bahawa mandat kerajaan sekarang akan berahir pada Mac,2013-yakni berbaki 7 bulan lagi, atas sebab itu pilihanraya umum perlu diadakan. Ada yang memperkirakan, bahawa PRU-13 akan diadakan selepas bajet yang dibentangkan pada ujung September ini di Dewan Rakyat.

Dipihak BN, ramai yang meremehkan tindakan Lajim dan Bumburing; malah ada yang mengucapkan selamat berjuang kepada mereka. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada performance BN pada PRU-13 akan datang.

Yang pasti itulah anggapan para pemimpin BN, kerana tiada siapapun tahu movement dua pemimpin itu-apakah mereka merupakan prime mover kepada gelombang yang lebih besar.

Sejak tahun 2008, memang tidak dapat dinafikan ada beberapa pemimpin BN yang bersuara lantang, antaranya Timbalan Presiden LDP, MP Kalabakan dan ADUN Pantai Manis serta Presiden UPKO; selain daripada mereka itu, keadaan adalah under control di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman.

Di pihak pembangkang pula memberi gambaran bahawa gerakan bermula daripada Tuaran dan Beaufort, kononnya akan menukar lanskap politik Sabah pada PRU-13 akan datang. Malah anggapan mereka itu disokong oleh seorang ahli akademik daripada UiTM cawangan Sabah, Arnold Poyuk, kononnya BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang tersedia.

Telah disebutkan diawal tulisan ini, dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.

Lajim dan Bumburing adalah mantan pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.

Melihat kepada kadar pembangunan kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan yang ada, adalah hasil dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd Bumburing).

Mengkaji rekod perkhidmatan kedua-dua pemimpin (Lajim dan Bumburing) tiadapun yang perlu rakyat banggakan, kecualilah segelintir pengikut yang mendapat habuan.

Walau apapun-dalam politik semuanya boleh berlaku, namun berasaskan kepada keadaan semasa, jika hanya mereka berdua yang bertindak melawan arus, percayalah impak yang boleh memudaratkan BN tidak akan berlaku.


Sumber: STJ

Tuesday, April 16, 2013

BN BARISKAN CALON TERKUAT DAN TERBAIK #PRU13

BN BARISKAN CALON TERKUAT DAN TERBAIK
Oleh : ABDUL RAHIM SABRI



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN hari ini telah memuktamadkan calonnya yang 'terkuat dan terbaik' bagi berdepan calon pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Beliau yang juga pengerusi BN juga menegaskan sebanyak 33 peratus calon di peringkat parlimen terdiri daripada muka baru, manakala sebanyak 49 peratus terdiri calon baru di peringkat DUN.
Menurutnya lagi, 91 peratus calon BN di peringkat parlimen mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma ke atas.

"Dari segi penyertaan, sebanyak 31 peratus di kalangan profesional termasuk profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, doktor, peguam, ulama, (pemimpin) popular di peringkat akar umbi dan sebagainya.

"Umumnya saya yakin, ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan. Dan saya yakin inilah pasukan yang mampu memenuhi akujanji manifesto dan membantu kerajaan dengan dasar tranformasinya," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan senarai dan watikah calon kepada presiden komponen parti dan pengerusi BN di seluruh negara.

Menurutnya lagi pemilihan calon di peringkat parlimen dan DUN adalah berdasarkan kepada "sentimen dan jangkaan pengundi bahawa BN dan Umno sudah bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan".

"Di samping itu, kita juga cuba mengambil kira perlunya kita membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada, yang terdiri ada pengalaman berkhidmat dalam kerajaan.

"Ini kerana imbangan muka baru dan muka yang berpengalaman adalah amat penting. Kita bukan sahaja menampilkan pembaharuan, tetapi kita ada sebuah parti yang mana dengan mandat baru akan menubuhkan kerajaan akan datang, kita juga mampu mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, berdasarkan jadual, parti-parti komponen BN akan memaklumkan senarai calon masing-masing pada hari ini.

Umno umum calon hari ini

Manakala, pengerusi BN negeri-negeri akan mengumumkan senarai dan penyerahan watikah secara serentak pada keesokan harinya (hari ini).

Bahkan katanya, pengumuman calon Umno akan dibuat pada selasa.

"Ini merupakan barisan terbaik yang mampu disediakan. Ia (pemilihannya) adalah merupakan satu proses yang panjang yang dilakukan pada kali ini, meliputi banyak perundingan dengan parti komponen BN dan pengerusi BN negeri," katanya.

Menjawab soalan, Najib berkata senarai calon yang diserahkan adalah "senarai terakhir" dan berharap tidak timbul situasi yang membolehkan pertukaran berlaku.

"Saya berharap tidak ada perubahan. Kami tidak menjangkakan perubahan. Saya berharap tidak timbul situasi yang membolehkan perubahan berlaku... Kami berharap (senarai) ini adalah final," tegasnya.

Kepada calon atau penyandang yang tidak terpilih, Najib turut mengucapkan perhargaan dan terima kasih dan ia tidak disebabkan mereka "gagal, bermasalah atau ada kepincangan".

Sebaliknya, katanya, tuntutan rakyat yang mahukan perubahan adalah antara sebab tindakan itu dibuat.

"Terima kasih kepada semua wakil rakyat yang tidak bertanding. Ia bukan stu penafian atas khidmat mereka selama ini.

"Kita berharap mereka terus menyokong parti dan memberi sumbangan dalam pilihan raya umum dan selepas itu," katanya.(MKINI)

Link: LHRS

GE13: Sabah - Umno to contest 14 parliament, 32 state seats #PRU13

KOTA KINABALU: Sabah Umno ushered in changes in three parliamentary and six state seats with state party chief Datuk Seri Musa Aman describing it as a combination of experienced incumbents and dynamic new blood.

As widely anticipated, Umno got 14 of Sabah's 25 parliament constituencies with the addition of the Sepanggar seat while it would be defending its existing 32 state seats.

Businessman Datuk Jumat Idris was the Umno choice for Sepanggar won by the Sabah Progressive Party (SAPP) that quit Barisan Nasional after the 2008 polls.

State minister Datuk Azizah Mohd Dun was picked to wrest the Beaufort parliament seat from Datuk Lajim Ukin who resigned from Umno last September and aligned himself to PKR.

The party also moved Lahad Datu state assemblyman Datuk Nasrun Datu Mansor to the Silam parliamentary seat replacing Salleh Kalbi.

Musa said Umno would be announcing its choice for the Tenom seat later on Tuesday after a few issues were resolved.

Former chief minister Datuk Salleh Tun Said, the Sabah State Assembly Speaker, made a return when he was picked to contest the Usukan state seat that he once held.

The Umno choice for Lahad Datu seat vacated by Nasrun was businessman Datuk Yusof Apdal, a younger brother of party vice president Datuk Mohd Shafie Apdal who would be defeding his Semporna parliament seat.

Shafie's former political secretary Datuk Jaujan Sambukong was the party's choice for Sulabayan while Datuk James Ratib was picked to contest in Sugut.

Umno was also replacing Datuk Karim Bujang in the Bongawan seat with lawyer Mohamad Alamis, the Kimanis Umno Youth chief while contesting the Klias seat vacated by Azizah was businessman Isnin Aliasmih.


Candidates for parliament seats:

KUDAT - Datuk Abdul Rahim Bakri (BN-Umno)

KOTA MARUDU - Datuk Dr. Maximus Ongkili (BN-PBS)

KOTA BELUD - Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-UMNO)

TUARAN - Datuk Madius Tangau (BN-UPKO)

SEPANGGAR - Datuk Jumat Idris (BN- Umno)

KOTA KINABALU - Chin Tek Ming (BN-PBS)

PUTATAN - Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-UPKO)

PENAMPANG - Tan Sri Bernard Dompok (BN-Upko)

PAPAR - Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (BN-Umno)

KIMANIS - Datuk Anifah Aman (BN-Umno)

BEAUFORT - Datuk Azizah Mohd Dun (BN-UMNO)

SIPITANG - Datuk Sapawi Ahmad (BN-Umno)

RANAU - Ewon Ebin (BN-UPKO)

KENINGAU - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN-PBS)

TENOM - Not announced

PENSIANGAN - Tan Sri Joseph Kurup (BN-PBRS)

BELURAN - Datuk Ronald Kiandee (BN-Umno)

LIBARAN - Datuk Juslie Ajirol (BN-Umno)

BATU SAPI - Datin Linda Tsen (BN-PBS)

SANDAKAN - Datuk Liew Vui Kiong (BN-LDP)

KINABATANGAN - Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Umno)

SILAM - Datuk Nasrun Datu Mansur (BN-Umno)

SEMPORNA - Datuk Mohd Shafie Apdal (BN-Umno)

TAWAU - Datuk Mary Yap (BN-PBS)

KALABAKAN - Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Umno)


Candidates for state seats:

BANGGI - Abd Mijul Unaini ((BN- Umno)

TANJUNG KAPOR - Datuk Teo Chee Kang (BN-LDP)

PITAS - Datuk Bolkiah Ismail (BN-Umno)

MATUNGGONG - Sarapin Magana ( BN-PBS)

TANDEK - Anita Baranting (BN-PBS)

TEMPUSUK - Datuk Musbah Jamli (BN-Umno)

KADAMAIAN - Datuk Herbert Timbon Lagadan (BN-PBS)

USUKAN - Datuk Salleh Tun Said (BN-Umno)

TAMPARULI - Datuk Jahid Jahim (BN-PBS)

SULAMAN - Datuk Hajiji Noor (BN-Umno)

KIULU - Datuk Louis Rampas (BN-PBS)

KARAMBUNAI - Datuk Jainab Ahmad (BN-Umno)

INANAM - Datuk Johnny Goh Chin Lok (BN-PBS)

LIKAS - Chin Su Yin (BN-LDP), 49 (New Face)

API-API - Datuk Dr Yee Moh Chai (BN-PBS)

LUYANG - Datuk Agnes Shim (BN-MCA) (New face)

TANJUNG ARU - Datuk Edward Yong Oui Fah (BN-PBS)

PETAGAS - Datuk Yahya Hussin (BN-Umno)

KAPAYAN - Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN-MCA)

MOYOG - Phillip Lasimbang (BN-UPKO) (New fACE)

KAWANG - Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar (BN-Umno)

PANTAI MANIS - Datuk Abdul Rahim Ismail(BN-Umno)

BONGAWAN - Mohammad Alamin (BN-Umno) (New Face)

MEMBAKUT - Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (BN-Umno)

KLIAS - Isnin Aliasni (BN-Umno) (New Face)

NKUALA PENYU - Limus Jury (BN-UPKO) (New Face)

LUMADAN - Kamarlin Ombi (BN-Umno)

SINDUMIN - Ahmad Bujang (BN-Umno)

KUNDASANG - Datuk Dr Joachim Gunsalam (BN-PBS)

KARANAA - Datuk Masidi Manjun (BN-Umno)

PAGINATAN - Siringan Gubat @ Aliance (BN-UPKO)

TAMBUNAN - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN-PBS)

BINGKOR - Kennedy Jie John @ Ken (BN-UPKO) (New face)

liawan - Datuk Sairin Karno (BN-Umno)

MELALAP - Datuk Radin Malleh (BN-PBS)

KEMABONG - Datuk Rubin Balang (BN-Umno)

SOOK - Datuk Elron Angin (BN-PBRS)

NABAWAN - Datuk Bobby Suan (BN-upko)

SUGUT - Datuk James Ratib (BN-Umno) (new Face)

LABUK - Datuk Michael Asang (BN-PBS)

GUM GUM - Datuk Zakaria Edris (BN-Umno)

SUNGAI SIBUGA - Datuk Musa Aman (BN-Umno)

SEKONG - Datuk Samsudin Yahya (BN-Umno)

KARAMUNTING - Datuk Charles Pang (BN-LDP) 48 (new Face)

ELOPURA - Au Kam Wah (BN-Gerakan)

TANJONGPAPAT - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (BN-Gerakan)

KUAMAT - Masiung Banah (BN-Upko)

SUKAU - Datuk Saddi Abdi Rahman (BN-Umno)

TUNGKU - Mohd Suhaili Said (BN-Umno)

LAHAD DATU - Datuk Yusoff Apdal (BN-Umno)

KUNAK - Datuk Nilwan Kabang (BN-Umno)

SULABAYAN - Datuk Joujan Sambakong (BN-Umno) (New face)

SENALLANG - Datuk Nasir Sakaran (BN-Umno)

BUGAYA - Datuk Ramlee Marabahan (BN-Umno)

BALUNG - Datuk Syed Abas Ali (BN-Umno)

APAS - Datuk Tawfiq Abu Bakat Titingan (BN-Umno)

SRI TANJUNG - Fung Len Fui (BN-PBS) (new Face)

METOTAI - Pang Yuk Ming (BN-LDP)

TANJUNG BATU - Datuk Hamisa Samat (BN-Umno)

SEBATIK - Abdul Muis Picho (BN-Umno)


Source: TheStar

Monday, April 15, 2013

BEAUFORT: 16 ANAK NEGERI DAPAT GERAN TANAH

AKHIRNYA 16 ANAK NEGERI DAPAT GERAN
Oleh : ABU BAKAR ESAH


KENANGAN......Azizah, Sarina (duduk tengah) dan penduduk serta pemimpin masyarakat 
merakamkan kenangan selepas program Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Jimpangah Beaufort.


SERAMAI 16 penduduk Kg Jimpangah Beaufort merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyandang wakil rakyat Dun Klias, Datuk Aizah Mohd Dun atas usaha dan komitmen beliau membantu penduduk dalam urusan permohonan tanah sehingga diluluskan.

Sarina Agang yang mewakili penduduk terbabit berkata kumpulan penduduk akan terus memberi sokongan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka yakin hanya BN yang dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk khususnya di luar bandar.
“Kami amat gembira kerana telah mendapat kelulusan tanah yang kami pohon sebanyak 10 ekar seorang. Dalam kesempatan ini kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan Datuk Azizah.

“Selain itu beliau adalah wakil rakyat yang sentiasa turun padang untuk memastikan semua penduduk di sini tidak terpinggir dari arus pembangunan negara.

Di sini juga kami berjanji akan menyokong calon BN pada pilhanraya ini untuk mempertahankan pemerintahan BN,” katanya pada program Pemimpin Bersama Rakyat yang dirasmikan Azizah.

Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Naib Ketua Umno Beaufort, Datuk Kimjs Duin, Ahli Jawatankuasa Umno Beaufort, Sadi Nasah, KDM Ludin Gumat dan ketua-ketua parti kompone n BN Beaufort.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia berkata beliau akan terus turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat.

“Kita diangkat oleh rakyat untuk membantu rakyat. Inilah perjuangan sebenar pemimpin BN,” katanya.

CALON KITA PERLU LULUS TAPISAN INSOLVENSI #SABAH #PRU13

CALON KITA PERLU LULUS TAPISAN INSOLVENSI
Oleh: JACOB BALANG



KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Nasional menegaskan bahawa parti itu setakat ini telah pun selesai mengenalpasti 7 pemimpinnya yang layak untuk bertanding sebagai calon bagi kawasan Parlimen; manakala 18 pemimpinnya untuk bertanding kerusi Dun kini masih dalam proses tapisan pihak pejabat Insolvensi.

Presidennya, Haji Masrum Dayat (dua dari kiri) berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas parti itu selesai mengadakan mesyuarat khas yang dihadiri kira-kira seratus Ketua Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi yang diadakan di bangunan Tabung Haji.
Hadir sama mengiringi beliau Setiausaha Agung Parti KITA Azmi Othman, Ketua Penerangan Jailin Toh, Thomas Anggan (Pengerusi Parti KITA Sabah), Mutang Dawat dan beberapa pemimpin parti itu diperingkat Nasional.

Haji Masrum berkata, ketujuh tujuh pemimpin yang telah melepasi tapisan dari pihak Insolvensi dan layak bertanding bagi kerusi Parlimen adalah seperti berikut, Woldin Salag (Kota Marudu); Haji Asik Shah (Kota Belud); Ag Tengah bin Pg Damit (Sipitang); Dr Abdul Rasid Kobod (Semporna); Thomas Anggan (Keningau), Mutang Dawat (Tenom) dan Engah Sintan (Pensiangan).

“Jumlah yang diumumkan sekarang tidak bermakna parti ini hanya menurunkan sejumlah itu sahaja, tetapi kita masih ada lagi pemimpin untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN tetapi masih belum mendapat pelepasan daripada pihak Insolvensi.

“Kita mahu semua bakal bakal calon mesti melepasi kekangan kelayakan mereka untuk bertanding dan memastikan mereka ini benar benar bersih dan bebas daripada masalah kebankrapan. Lagi pun kita mahu pemimpin yang bakal diturunkan itu mempunyai rekod bersih supaya rakyat akar umbi tidak ragu-ragu memberi sokongan padu,” tegas beliau.

Ketika ditanya sama ada parti KITA akan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) beliau berkata, kesediaan mereka sentiasa terbuka jika pakatan kerjasama yang dihasratkan itu jujur dan ikhlas.

Sebelum itu, ketika mesyuarat itu berlangsung, situasi agak tegang sedikit apabila beberapa pemimpin akar umbi khususnya bakal calon mula mengetengah isu perbelanjaan parti untuk membiayai kos pencalonan dan kos operasi berkempen yang sepatutnya mendapat subsidi daripada pucuk pimpinan parti.

Namun keadaan bertambah hangat apabila pucuk pimpinan parti enggan menyerahkan surat watikah pencalonan dan tauliah parti kepada bakal bakal calon dengan alasan bahawa mereka (bakal calon) hendaklah terlebih dahulu melalui tapisan dari pejabat Insolvensi yang mengesahkan mereka bebas dari masalah kebankrapan.

Seorang pemimpin parti itu yang tersenarai untuk bertanding kawasan Parlimen Pensiangan Engah Sintan berkata, “Kita tidak mahu terlalu membuang masa dengan pelbagai alasan itu dan ini termasuk masalah kewangan parti. Tetapi apa yang lebih penting, serahkanlah watikah dan tauliah kepada kami dan tahulah kami menguruskannya kepada pihak Insolvensi,” tegasnya.

Manakala seorang bekas ahli DAP Kemabong yang mahu menyertai Parti KITA, William Datuk Tingkalor bertindak meninggalkan mesyuarat itu kerana bingung dengan situasi tersebut sambil memberitahu bahawa beliau (William) mahu menangguhkan hasratnya itu untuk sementara waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...